Facebook Twitter
    Trending
    • Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya
    • Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas
    • Beli kereta atau rumah dahulu?
    • Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!
    • James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden
    • Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia
    • Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti
    • Makan durian sambil beringat
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

      July 11, 2025

      Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

      July 7, 2025

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025
    • Kewangan

      Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

      July 17, 2025

      Beli kereta atau rumah dahulu?

      July 14, 2025

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025
    • Pendidikan

      Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

      July 16, 2025

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025
    • Kerjaya

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Adakah perbincangan gaji sesama rakan sekerja dibenarkan?

    Adakah perbincangan gaji sesama rakan sekerja dibenarkan?

    By Umi FatehahOctober 27, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Adakah perbincangan gaji sesama rakan sekerja dibenarkan? - Gambar Hiasan Annie Spratt/Unsplash

    BELAKANGAN ini, pengguna media sosial terutamanya di Twitter membangkitkan isu untuk berbincang sesama rakan sekerja tentang gaji masing-masing. Melalui perbincangan tersebut, ada beberapa pihak yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju. 

    Menerusi aplikasi TikTok juga, ramai konsultan kerjaya dan penasihat kerjaya di negara barat memberi galakan untuk membangkitkan perbincangan ini sesama rakan sekerja. 

    Meskipun isu ini semakin rancak dipertengahkan di media sosial, masih ada yang ragu-ragu sama ada ia dibenarkan atau tidak. 

    Bagi menjawab persoalan ini, kita rujuk kembali kepada undang-undang Malaysia. Menurut Ask Legal, sebenarnya tiada undang-undang di Malaysia yang menghalang pekerja daripada membincangkan gaji sesama pekerja di bawah syarikat yang sama. 

    Tetapi, ini tidak bermakna anda boleh sesuka hati untuk berbincang dan mendedahkan gaji anda. Perkara ini dapat dikukuhkan dengan satu perkara iaitu polisi syarikat. 

    Walaupun tidak ada undang-undang Malaysia yang melarang, tetapi sekiranya polisi syarikat menekankan bahawa pekerja tidak dibenarkan untuk mendedahkan gaji, lebih baik anda patuhinya.

    Sewaktu ditawarkan bekerja, anda dikehendaki untuk menandatangani kontrak pekerjaan termasuk perjanjian sulit. 

    Perjanjian sulit yang juga dikenali sebagai Dokumen Perjanjian Kerahsiaan (NDA) pada asasnya adalah kontrak undang-undang antara pekerja dan syarikat. Tujuan NDA adalah bagi menghalang pekerja daripada berkongsi sebarang maklumat sulit antara pekerja dengan syarikat.

    Walaupun ia akan meliputi banyak perkara seperti projek syarikat, pelan, pelanggan dan sebagainya, ia juga boleh meliputi perkara seperti gaji dan faedah yang diberikan. 

    Jadi, jika NDA telah ditandatangani dan ia melarang pendedahan apa-apa berkaitan gaji, anda dinasihatkan untuk patuh pada polisi yang ditetapkan. Pelanggaran polisi mungkin menyebabkan penamatan khidmat bekerja atau disaman oleh syarikat.

    Jika mempunyai keraguan sama ada anda pernah menandatangani NDA, semak semula dengan Jabatan Sumber Manusia syarikat. 

    Meskipun begitu, tidak kiralah sama ada anda telah menandatangani NDA atau tidak, pilihan yang lebih selamat dan terbaik adalah tidak membincangkan gaji anda dengan rakan sekerja yang lain, ataupun sekurang-kurangnya jangan adakan perbincangan ini secara terbuka.

    Walaupun anda merasakan perbualan santai antara rakan sekerja yang dilakukan semasa waktu makan tengahari, kesan negatif daripada perbualan itu tidak ada siapa yang tahu.

    Namun, ada baiknya jika perbualan sebegini diadakan sesama pekerja. Ia boleh menghalang daripada diri kita sendiri mahupun rakan sekerja menerima gaji yang tidak setimpal atau secara kasarnya ketidakadilan. 

    Dalam situasi lain, sekiranya rakan sekerja mengetahui bahawa gaji yang kita dapat lebih tinggi daripada mereka, layanan dan hubungan menjadi semakin renggang akibat iri hati.

    Bukan mahu berburuk sangka, tetapi isi hati manusia tidak dapat dibaca. Walaupun kelihatan baik di hadapan kita, boleh jadi dia sebenarnya dengki dan mempunyai niat yang tidak baik jauh di sudut hatinya. 

    Tidak dapat dinafikan, perbincangan gaji sesama pekerja akan menguntungkan kerana gaji yang tidak setimpal dapat dirunding semula. Tetapi, perkara ini akan merugikan majikan dan syarikat. 

    Disebabkan itulah sesetengah syarikat mewujudkan NDA, lebih-lebih lagi jika ia berkaitan dengan gaji untuk memastikan keharmonian hubungan antara majikan dan pekerja.

    Jadi, untuk persoalan sama ada patut atau tidak mendedahkan gaji kepada rakan sekerja ini tiada jawapan yang pasti. 

    Apa yang anda boleh lakukan sekiranya merasakan gaji yang diterima tidak setimpal dengan bebanan kerja, usahakan untuk berunding semula dengan syarikat tanpa mendedahkan gaji asal kepada rakan sekerja yang lain.

    Tetapi jika ingin mengetahui gaji seseorang tanpa melanggar NDA, anda boleh menyemak laman web seperti Glassdoor yang menyenaraikan purata gaji mengikut bidang dan jawatan yang berbeza. – RELEVAN

    featured gaji kerjaya NDA
    Artikel Terkini

    Duit habis entah ke mana? Mungkin ini punca utamanya

    July 17, 2025

    Jangan takut untuk bercakap di hadapan kelas

    July 16, 2025

    Beli kereta atau rumah dahulu?

    July 14, 2025

    Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

    July 11, 2025

    James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    July 9, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.