Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah kewangan anda stabil?
    • Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor
    • 6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan
    • Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet
    • 7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah
    • Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 
    • Risiko terlalu lama depan laptop
    • 8 hidangan brunch sihat dan mudah
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

      November 20, 2025

      Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

      November 19, 2025

      Risiko terlalu lama depan laptop

      November 18, 2025

      8 hidangan brunch sihat dan mudah

      November 17, 2025

      Waktu terbaik berhenti makan waktu malam?

      November 17, 2025
    • Kewangan

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025

      Tiba-tiba jadi orang kaya? Ini apa yang perlu dilakukan

      November 17, 2025

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025
    • Pendidikan

      Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

      November 20, 2025

      Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

      November 20, 2025

      7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

      November 20, 2025

      NewsCamp 5.0 buka mata pelajar, cakna tentang komuniti

      November 14, 2025

      Cara bantu anak sesuaikan diri apabila bertukar sekolah

      November 13, 2025
    • Kerjaya

      6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

      November 20, 2025

      Tanda-tanda anda seorang workaholic

      November 17, 2025

      Ramai terlepas pandang perkara penting saat pilih kerja

      November 12, 2025

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 15 maklumat penting tentang PRU15

    15 maklumat penting tentang PRU15

    By October 20, 20225 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PENGERUSI SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh bercakap dalam sidang akhbar Pilihan Raya Umum Ke-15 di Menara SPR, Putrajaya pada 20 Oktober. - GAMBAR FAISOL MUSTAFA/UTUSAN

    TARIKH mengundi untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) telah diumumkan melalui sidang akhbar oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 20 Oktober 2022.

    Selain tarikh mengundi, SPR turut mengumumkan tarikh-tarikh penting lain seperti hari penamaan calon dan hari mengundi awal.

    Dalam sidang akhbar tersebut, pelbagai maklumat penting berkenaan PRU15 dikumpulkan dalam kira-kira lapan minit ucapan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

    Relevan menyenaraikan 15 maklumat penting berkenaan PRU15 yang perlu anda ketahui sebelum membuang undi pada 19 November ini.

    • Makluman pembubaran dan pembatalan darurat

    Seperti yang ramai sedia maklum, pembubaran Parlimen ke-14 telah diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 10 Oktober. SPR telah menerima surat pemakluman berhubung pembubaran tersebut daripada Yang Dipertua Dewan Rakyat pada 11 Oktober.

    Surat pemakluman berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi Pahang dan Perlis pula diterima pada 14 Oktober manakala Perak pada 17 Oktober.

    ARTIKEL BERKAITAN: 10 jawapan untuk mereka yang masih keliru tentang pilihan raya

    Bagi satu lagi DUN yang akan menjalani pilihan raya iaitu DUN Bugaya, pemakluman rasmi berkenaan pembatalan Proklamasi Darurat (No. 3) dan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 3) pula diterima pada 12 Oktober.

    • Mencari 339 wakil rakyat baharu

    PRU15 akan melibatkan kekosongan 338 kerusi. Ia meliputi 222 kerusi Dewan Rakyat, 42 kerusi Dewan Negeri Pahang, 15 kerusi DUN Perlis dan 59 kerusi Dewan Negeri Perak. 

    Sementara itu, Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN N.66 Bugaya, Sabah juga akan diadakan serentak. Ini menjadikan seramai 339 wakil rakyat baharu akan ditentukan dalam pengundian pada 19 November nanti.

    RAKYAT Malaysia akan mengundi untuk kerajaan baharu pada 19 November ini. – GAMBAR HIASAN/UTUSAN
    • Tarikh keramat

    Empat tarikh penting telah diumumkan dalam sidang akhbar oleh SPR, iaitu: 

    Tarikh keluar writ : 20 Oktober 2022 (Khamis)

    Hari penamaan calon : 5 November 2022 (Sabtu)

    Hari mengundi awal : 15 November 2022 (Selasa)

    Hari mengundi : 19 November 2022 (Sabtu)

    • Tempoh berkempen

    Sebanyak 14 hari diberikan kepada calon-calon PRU15 untuk berkempen. Ia akan bermula selepas pengisytiharan calon pada 5 November sehingga pukul 11.59 malam 18 November.

    • Tarikh tutup undi pos

    Permohonan semua kategori undi pos telah dibuka pada 10 Oktober untuk PRU15 dan 13 Oktober untuk PRK DUN Bugaya.

    Untuk kategori 1A, iaitu petugas pilihan raya, ahli atau pegawai SPR, anggota polis, anggota tentera dan petugas media, tarikh tutup permohonan adalah pada 2 November.

    ARTIKEL BERKAITAN: Jangan terlepas peluang mengundi, ini panduan dan syarat permohonan undi pos

    Kategori 1B iaitu warganegara Malaysia yang berada di luar negara pula, tarikh tutup permohonan adalah pada 23 Oktober.

    Untuk kategori terakhir, iaitu 1C untuk agensi atau organisasi, mereka perlu menghantar permohonan sebelum 26 Oktober.

    • PPPR, PPPPR dan PP-KPR

    SPR telah melantik 222 orang Pegawai Pengurus Pilihan Raya (PPPR) yang akan dibantu 1,264 orang Penolong Pegawai Pengurus Pilihan Raya (PPPPR).

    Bagi tujuan memantau aktiviti kempen pilihan raya sepanjang tempoh berkempen, SPR akan menubuhkan 625 Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) yang turut dianggotai wakil dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan wakil-wakil calon bertanding.

    • PPC dan PPRU

    Untuk PRU15 dan PRK DUN Bugaya, SPR menggunakan sebanyak 222 Pusat Penamaan Calon (PPC) dan 222 Pusat Penjumlahan Rasmi Undi (PPRU).

    • Strim langsung

    SPR akan meneruskan penyiaran secara langsung proses-proses pilihan raya menerusi strim langsung. Ia akan dilaksanakan bagi pusat atau saluran mengundi terpilih melalui laman Facebook SPR seperti yang dilaksanakan pada pilihan raya sebelum ini.

    SPR akan melantik petugas yang akan membantu melancarkan proses pengundian pada hari mengundi nanti. – GAMBAR HIASAN/TUSAN
    • Jumlah petugas

    Seramai 363,515 orang petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses PRU15 dan PRK DUN Bugaya.

    • Pusat dan saluran mengundi

    Sebanyak 8,958 buah pusat mengundi biasa yang mengandungi 38,348 tempat atau saluran mengundi akan digunakan dalam PRU15 dan PRK DUN Bugaya.

    Untuk pengundian awal pula, sebanyak 578 pusat mengundi awal dengan 970 tempat atau saluran mengundi digunakan.

    Secara keseluruhannya, sebanyak 9,536 buah pusat mengundi dengan 39,318 tempat mengundi atau saluran akan digunakan.

    • Anggaran peruntukan

    Dianggarkan sebanyak RM1.01 bilion peruntukan diperlukan untuk PRU15 dan PRK DUN Bugaya.

    • Daftar Pemilih Pilihan Raya

    Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) akan digunakan untuk PRU15 dan PRK DUN Bugaya ialah daftar pemilih terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan Ogos 2022 yang dikemas kini sehingga 9 Oktober 2022.

    DPPR bagi PRU15 dijadualkan akan mula dijual pada 31 Oktober 2022.

    • Jumlah pengundi

    DPPR bagi PRU15 mengandungi seramai 21,173,638 orang pemilih. 

    Ia merangkumi 20,905,366 pengundi biasa; 146,737 tentera serta pasangan; 118,794 polis serta pasangan dan polis Pasukan Gerakan Am (PGA) serta 2,741 orang Pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

    • Semakan maklumat pengundian

    Para pengundi boleh membuat semakan maklumat pengundian untuk mengetahui maklumat pusat mengundi, saluran mengundi dan nombor bilangan melalui portal semakan di sini.

    ARTIKEL BERKAITAN: Apa yang berlaku selepas Parlimen dibubarkan?

    Pengundi juga boleh menghubungi Hotline SPR di talian 03-88927018 atau 03-88880040 atau melalui aplikasi MySPR Semak. Semakan boleh dibuat mulai 31 Oktober 2022.

    • Pemerhati pilihan raya

    SPR membuka tawaran kepada mana-mana agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau mana-mana badan yang berminat untuk menjadi pemerhati pilihan raya.

    Pemerhati pilihan raya akan dibenarkan untuk melihat perjalanan proses PRU15 bermula dari hari penamaan calon sehingga keputusan diumumkan.

    Permohonan untuk menjadi pemerhati pilihan raya telah dibuka pada 11 Oktober lalu dan ditutup pada 21 Oktober. Permohonan boleh dikemukakan kepada SPR melalui emel [email protected]. – RELEVAN

    featured pendidikan politik PRU15

    Artikel berkaitan

    Adakah kewangan anda stabil?

    November 20, 2025

    Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

    November 20, 2025

    6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

    November 20, 2025

    Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

    November 20, 2025

    7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

    November 20, 2025

    Ancaman salmonella dan cara mengatasinya 

    November 19, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah kewangan anda stabil?

    November 20, 2025

    Apa harus dilakukan jika terkena sengatan obor-obor

    November 20, 2025

    6 kemahiran yang perlu ada untuk kekal relevan

    November 20, 2025

    Cabaran dan strategi didik anak di zaman gajet

    November 20, 2025

    7 aktiviti menarik semasa cuti sekolah

    November 20, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.