Facebook Twitter
    Trending
    • Ancaman tersembunyi internet, telefon pintar
    • Ancaman kewangan alam siber: Penipu, pencuri, penggodam sedang menunggu peluang
    • Ajar anak cara congak
    • Ini apa yang perlu dilakukan sekiranya anda sedang bersedih
    • 8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan
    • 5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama
    • Apa itu job insecurity dan 8 cara mengatasinya
    • 5 album yang berusia 10 tahun pada 2023
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Ini apa yang perlu dilakukan sekiranya anda sedang bersedih

      November 29, 2023

      7 tanda perhubungan toksik, ‘bahagia dalam derita’

      November 27, 2023

      Alergi makanan boleh bawa maut, kenali punca dan gejala  

      November 23, 2023

      8 petanda stres pada kulit muka selain jerawat

      November 21, 2023

      Populariti merkuri dalam kecantikan, sebab dan kesan buruknya

      November 20, 2023
    • Kewangan

      Ancaman tersembunyi internet, telefon pintar

      November 30, 2023

      Ancaman kewangan alam siber: Penipu, pencuri, penggodam sedang menunggu peluang

      November 30, 2023

      5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama

      November 28, 2023

      1 daripada 3 rakyat Malaysia tidak celik kewangan

      November 22, 2023

      6.3 juta bersara dengan RM42 sebulan, ini kelemahan lain perlindungan sosial warga emas di Malaysia

      November 21, 2023
    • Pendidikan

      Ajar anak cara congak

      November 29, 2023

      8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan

      November 28, 2023

      5 album yang berusia 10 tahun pada 2023

      November 27, 2023

      7 cara memperkuat ingatan 

      November 24, 2023

      Kes perceraian meningkat 43.1% pada 2022, paling banyak libatkan pasangan berumur 30-39 tahun

      November 23, 2023
    • Kerjaya

      5 perkara ibu bapa boleh bantu anak mulakan pekerjaan pertama

      November 28, 2023

      Apa itu job insecurity dan 8 cara mengatasinya

      November 28, 2023

      Malas bekerja? 7 tip ini untuk anda, nombor 5 paling menarik

      November 24, 2023

      5 sebab penting meraikan kejayaan pekerja

      November 22, 2023

      Jumlah siswazah menganggur berkurang, peningkatan tinggi dalam kategori majikan dan bekerja sendiri

      November 20, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Jangan terlepas peluang mengundi, ini panduan dan syarat permohonan undi pos

    Jangan terlepas peluang mengundi, ini panduan dan syarat permohonan undi pos

    By Umi FatehahOctober 19, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Jangan terlepas peluang mengundi, ini panduan dan syarat permohonan undi pos. Gambar Hiasan Shiddieqiin Zon/Kosmo

    PENGUMUMAN pembubaran Parlimen telah dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 10 Oktober lalu bagi membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

    Ini bermakna, pilihan raya yang seterusnya perlu dilakukan dalam masa 60 hari selepas tarikh tersebut. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga telah mengumumkan mereka akan bermesyuarat untuk membincangkan tarikh PRU pada 20 Oktober 2022.

    Tibanya hari mengundi, rakyat yang berada di perantauan pasti akan pulang ke kawasan mengundi bagi menunaikan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. 

    Tetapi ada beberapa golongan individu yang mendapat pengecualian untuk tidak pulang ke kawasan masing-masing. Mereka dibenarkan untuk membuat permohonan undi pos. Permohonan undi pos boleh dilakukan tertakluk kepada kelayakan dalam kategori tertentu.

    Apakah kategori dan cara untuk membuat permohonan undi pos?

    Kategori pengundi pos. Infografik oleh SPR
    • Kategori 1A (Dalam Negara)

    Pemohon undi pos bagi kategori ini terbuka kepada pemilih yang merupakan ahli atau pegawai SPR, petugas pilihan raya, petugas media yang membuat liputan berkaitan pilihan raya serta anggota polis atau tentera yang tidak dapat hadir untuk mengundi pada Hari Mengundi Awal.

    Untuk memohon undi pos bagi kategori ini, pemohon perlu menghantar borang secara manual iaitu kepada pejabat Pegawai Pengurus PRU15.

    Cara-cara untuk memohon adalah seperti berikut:

    1. Pemohon perlu melengkapkan borang 1A yang boleh dimuat turun di laman web rasmi SPR. Bagi petugas pilihan raya, borang ini boleh didapatkan daripada Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya tempat mereka bertugas.
    2. Seterusnya, pemohon perlu dapatkan perakuan daripada Ketua Jabatan/majikan. Pastikan Ketua Jabatan/majikan menurunkan tanda tangan dan cop rasmi di Bahagian C Borang 1A.

      Bahagian C di Borang 1A
    3. Setelah borang tersebut diisi dan dilengkapkan dengan maklumat yang dikehendaki, hantarkan kepada Pegawai Pengurus di tempat pemohon mengundi. Alamat Pejabat Pegawai Pengurus boleh didapati di laman web SPR.

    Status permohonan undi pos akan dimaklumkan melalui e-mel atau panggilan telefon selepas permohonan diproses.

    • Kategori 1B (Luar Negara)

    Permohonan undi pos bagi Kategori 1B (Luar Negara) boleh dilakukan secara dalam talian. Syarat-syarat permohonan bagi kategori ini ialah pemohon merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi di mana-mana bahagian pilihan raya dan pemohon hendaklah bermastautin di luar negara.

    Cara-cara untuk memohon adalah seperti berikut:

    1. Layari laman web SPR untuk pendaftaran dan pengaktifan akaun pengguna MySPR.
    2. Kemudian, log masuk akaun SPR dan klik Permohonan Undi Pos. Kemudian, klik pilihan Borang Permohonan yang tertera di skrin. SPR menyediakan borang 1B dan panduan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris bagi memudahkan rakyat menjalankan tanggungjawab untuk mengundi.
    3. Lengkapkan maklumat yang dikehendaki dan hantar permohonan. Pastikan semua maklumat diisi dengan tepat untuk mengelakkan apa-apa permasalahan.
    4. Pemohon akan menerima emel berkenaan status permohonan undi pos sama ada diluluskan atau ditolak selepas permohonan diproses. Peka dengan pesanan emel yang masuk agar tidak terlepas pandang.

    ARTIKEL BERKAITAN: 10 jawapan untuk mereka yang masih keliru tentang pilihan raya

    • Kategori 1C (Agensi/Organisasi)

    Permohonan untuk kategori ini boleh dilakukan secara dalam talian di laman web SPR. Syarat-syarat untuk memohon undi pos bagi kategori ini ialah pemohon merupakan seorang pemilih berdaftar yang mengundi di mana-mana bahagian pilihan raya atau merupakan anggota agensi atau organisasi yang tersenarai. 

    Pemohon yang tidak dapat hadir pada hari mengundi kerana tuntun bekerja hari mengundi juga boleh memohon di bawah kategori ini. 

    Cara-cara untuk memohon adalah seperti berikut:

    1. Daftar dan aktifkan akaun pengguna SPR.
    2. Kemudian, log masuk akaun SPR dan klik Permohonan Undi Pos. Kemudian, klik pilihan Borang Permohonan yang tertera di skrin.
    3. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dan hantar permohonan.
    4. Bagi kategori ini, pemohon perlu lakukan beberapa langkah tambahan. Selepas menghantar permohonan, klik Transaksi Undi Pos yang tertera di skrin. Muat turun borang permohonan tersebut dan dapatkan perakuan daripada ketua jabatan atau majikan.
    5. Setelah mendapatkan perakuan daripada ketua jabatan atau majikan, klik Transaksi Undi Pos semula dan muat naik borang permohonan tersebut. Pemohon akan menerima emel berkenaan status permohonan undi pos sama ada diluluskan atau ditolak selepas permohonan diproses.
    • Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara

    Pengundi yang telah didaftarkan sebagai Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara yang dimaksudkan ialah penjawat awam yang bertugas di luar negara dan pasangannya atau pelajar sepenuh masa di Institut Pengajian Tinggi di luar negara dan pasangannya.

    PTH Luar Negara adalah pengundi pos secara automatik. Ini bermakna anda tidak perlu memohon undi pos dan tidak boleh mengundi secara biasa pada hari mengundi.

    Semakan status PTH Luar Negara boleh dilakukan melalui aplikasi telefon mudah alih “MySPR Semak” atau di pautan https://mysprsemak.spr.gov.my/. 

    Jalankan tanggungjawab anda sebagai rakyat. Cuba sedaya upaya untuk turun mengundi. Sekiranya layak, hantar permohonan undi pos. Satu undi daripada anda mampu mengubah nasib dan masa depan negara. – RELEVAN

    featured pendidikan PRU SPR
    Artikel Terkini

    Ancaman tersembunyi internet, telefon pintar

    November 30, 2023

    Ancaman kewangan alam siber: Penipu, pencuri, penggodam sedang menunggu peluang

    November 30, 2023

    Ajar anak cara congak

    November 29, 2023

    Ini apa yang perlu dilakukan sekiranya anda sedang bersedih

    November 29, 2023

    8 langkah hadapi kecurangan, putus atau teruskan hubungan

    November 28, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.