KES jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 1,722 kes berbanding 1,483 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,848,308 kes.
Kes sembuh pula mencatatkan sebanyak 1,639 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,788,889 kes.
Sebanyak dua kes kematian dilaporkan semalam dan dua kes kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,387 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,739 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 23,038 kes dengan 22,011 kes atau 95.5 peratus (%) pesakit menjalani kuarantin di rumah dan sifar kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 979 kes atau 4.2% pesakit dirawat di hospital, 22 kes atau 0.1% berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 26 kes atau 0.1% lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN