Facebook Twitter
    Trending
    • Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik
    • Punca bateri telefon sentiasa habis
    • Kubis goreng boleh mengundang kanser?
    • 8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi
    • 5 tabiat pagi yang merosakkan otak
    • 4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah
    • Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini
    • Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kubis goreng boleh mengundang kanser?

      February 5, 2026

      5 tabiat pagi yang merosakkan otak

      February 4, 2026

      4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

      February 4, 2026

      Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

      February 2, 2026

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026
    • Kewangan

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026
    • Pendidikan

      Punca bateri telefon sentiasa habis

      February 6, 2026

      Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini

      February 4, 2026

      Jangan cas telefon sebelah bantal!

      February 2, 2026

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026
    • Kerjaya

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 tip berpenampilan menarik ketika temu duga kerja

    5 tip berpenampilan menarik ketika temu duga kerja

    By Zubaidah IbrahimSeptember 16, 2022Updated:November 16, 20225 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PENAMPILAN sangat penting ketika mengikuti temu duga untuk meyakinkan anda layak mendapat pekerjaan itu. - Foto oleh Andrea Piacquadio

    DALAM masa tujuh saat pertemuan pertama, kebanyakan orang akan memberi satu persepsi siapa anda. Ada juga kajian mencadangkan 10 saat pertama untuk menentukan tahap kepercayaan terhadap anda atau perniagaan yang dilakukan.

    Konsep tanggapan pertama ini juga terpakai untuk pertemuan secara bersemuka mahupun dalam talian.

    Oleh itu, tanggapan pertama adalah penting ketika temu duga pekerjaan, mesyuarat perniagaan mahupun pertemuan dengan orang baharu yang mana penampilan profesional dan dipercayai amat diperlukan.

    Konsultan Imej, Siti Sarah Mohamad Hata atau lebih dikenali sebagai Sarah Hata berkata, warna pakaian yang sesuai untuk lelaki dan wanita ketika temu duga adalah rona neutral seperti hitam, putih, kelabu, coklat dan biru laut (navy blue).

    “Warna neutral itu sangat sesuai digabungkan dengan rona-rona lain seperti merah, hijau, biru, ungu.

    “Anda juga boleh menggabungkan warna neutral dengan warna neutral seperti hitam dan warna putih, kelabu dengan biru laut serta coklat bersama putih. 

    “Paling mudah, pakai sahaja warna biru untuk nampak profesional dan dipercayai.” katanya yang berpengalaman 12 tahun dalam bidang perundingan gaya dan imej.

    SARAH Hata berpengalaman selama 12 tahun sebagai konsultan imej.

    Berikut Sarah Hata kongsikan tip penampilan temu duga untuk lelaki dan wanita sebagai panduan.

     Penampilan untuk lelaki

    1. Wajah

    Pastikan wajah anda bersih daripada sebarang minyak dan jika mempunyai jerawat atau kesan jerawat usahakan untuk merawat wajah anda. 

    Jika berjambang, berjanggut atau bermisai, cukur dan kemaskan. Jangan dilupakan untuk merapikan bulu hidung agar tidak mengganggu pandangan penemu duga

    2. Rambut

    Potong rambut agar mengikut cara yang profesional dan gayakan rambut anda dengan gel atau wax agar lebih kemas dan tidak berminyak

    3. Nafas dan Gigi

    Pastikan anda menggosok gigi dengan bersih dan jaga bau nafas. Bau mulut boleh memberi kesan kepada persepsi seseorang ketika berkomunikasi. 

    Oleh itu, disarankan untuk menggosok gigi 30 hingga 15 minit sebelum sesi temu duga berlangsung.

    Anda juga boleh mengambil gula-gula berangin dan mengunyah gula-gula getah untuk nafas lebih segar.

    Peringatan penting untuk perokok dan penggemar minuman kopi, pastikan ada penyembur penyegar mulut dalam beg anda.

    PEMAKAIAN formal sangat disarankan ketika temu duga. – Foto oleh Teddy Joseph/pexels

    4. Haruman

    Badan yang berbau segar dan harum mampu membuatkan orang yang berada dekat dengan anda senang dan selesa. Pakai deodoran jenis anti peluh agar ketiak kekal segar dan kering. 

    Di samping itu, pilih minyak wangi atau cologne yang sesuai dan dipakai atau disembur di lima lokasi iaitu belakang telinga, bawah leher, dada, pelipat lengan dan bawah lutut

    5. Pakaian

    Pemakaian bergantung kepada posisi dan industri yang anda ingin mohon. Ketika temu duga atau mesyuarat korporat sudah pasti pakaian jenis formal lengkap seperti seluar slack hitam, blazer hitam, baju kemeja, tali leher, kasut bertutup, stokin, tali pinggang.

    Sebaliknya, untuk temu duga dalam bidang kreatif anda bebas memakai pakaian, tetapi boleh cuba jenis pakaian kasual seperti seluar khaki digabungkan dengan blazer berwarna dan kemeja

    Penampilan untuk wanita

    1. Rambut / tudung

    Pastikan rambut diikat atau didandan kemas mengikut posisi yang anda ingin mohon.

    Jika bertudung, pilihan selamat adalah tudung yang polos tanpa corak. Sekiranya ingin pakai tudung bercorak digalakkan memakai tudung bermotif abstrak atau bergaris.

    Motif berbunga, penuh manik dan berkilauan agak kurang sesuai dalam dunia korporat kerana ia menampakkan anda terlalu feminin.

    GUNAKAN solekan yang ringkas dan nampak natural.- Foto oleh Ali Pazani/Pexels

    2. Wajah dan solekan

    Gunakan solekan yang ringkas dan nampak natural. Jika kulit anda berjerawat, disarankan untuk rawat kulit dahulu atau sembunyikan jerawat anda menggunakan bedak asas. 

    Barangan asas untuk solekan ringkas ialah seperti bedak asas, bedak kompak, penggaris mata (eyeliner), maskara, pemerah pipi dan juga gincu.

    3. Nafas dan gigi

    Jika anda memakai gincu atau baru lepas makan, pastikan anda senyum dan lihat gigi di cermin kerana kadang-kadang sisa gincu atau makanan terlekat di gigi atau celah gigi. 

    Selain itu, bagi penggemar kopi, boleh kunyah gula-gula berangin sebelum bertemu dengan penemu duga.

     4. Haruman

    Pakai deodoran dari jenis anti peluh jika anda seorang yang kuat berpeluh dan mengeluarkan bau badan. 

    Pilih haruman yang bersesuaian dengan diri anda dan sembur di lokasi seperti di belakang telinga, leher, dada, pelipat lengan dan juga bawah lutut.

    BAUAN wangi dan segar membuatkan orang selesa bersama dengan kita.- Foto oleh Mart Production/Pexels

    Sebenarnya, bau yang anda tidak dapat bau selepas 15 minit adalah bau yang paling sesuai dengan anda.

    Jika anda masih dapat menghidu baunya, itu bermakna minyak wangi tersebut sangat kuat dengan anda. Setiap orang berbeza kadar penyerapan minyak wangi dan apabila ia bercampur dengan peluh ia akan menghasilkan bau anda.

    5. Pakaian

    Wanita boleh menggayakan pakaian sesuai dengan jawatan yang dipohon. Kebiasaannya untuk temu duga perlu gaya formal seperti blazer, seluar slack atau skirt, tudung tidak bercorak mahupun rambut yang diikat kemas, baju kemeja, stokin kulit dan juga kasut bertutup.

    Baju kurung juga dikira sebagai pemakaian formal dan disarankan agar anda mengenakan baju kurung berona neutral dan tidak bercorak. Ia boleh dipadankan dengan blazer labuh yang mempunyai kepanjangan sama dengan baju kurung tersebut agar nampak lebih kemas.

    Sementara itu, bagi industri kreatif anda bebas memakai pakaian yang menunjukkan sisi kreatif dan boleh mencuba warna-warna yang berani.

    Untuk mendapatkan pelbagai tip penampilan serta gaya menarik, anda boleh layari Facebook dan TikTok SH Grooming. – RELEVAN 

    Previous Article2,364 kes aktif Covid-19 di Malaysia
    Next Article 2,018 kes sembuh Covid-19 semalam

    Artikel berkaitan

    Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

    February 6, 2026

    Punca bateri telefon sentiasa habis

    February 6, 2026

    Kubis goreng boleh mengundang kanser?

    February 5, 2026

    8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

    February 5, 2026

    5 tabiat pagi yang merosakkan otak

    February 4, 2026

    4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

    February 4, 2026
    Artikel Terkini

    Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

    February 6, 2026

    Punca bateri telefon sentiasa habis

    February 6, 2026

    Kubis goreng boleh mengundang kanser?

    February 5, 2026

    8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

    February 5, 2026

    5 tabiat pagi yang merosakkan otak

    February 4, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.