Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Risiko wanita hamil dengan obesiti dan diabetes kepada bayi

    Risiko wanita hamil dengan obesiti dan diabetes kepada bayi

    By Zubaidah IbrahimSeptember 12, 2022Updated:September 14, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PASUKAN penyelidik mendapati wanita hamil yang mempunyai masalah obesiti dan diabetes berisiko tinggi untuk melahirkan bayi dengan penyakit Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD). - Foto oleh Valeria_aksakova/Freepik

    PASUKAN penyelidik dari Hospital Universitari MutuaTerrassa di Barcelona, ​​Sepanyol mendapati wanita yang mempunyai masalah obesiti dan diabetes semasa hamil berisiko tinggi untuk melahirkan bayi dengan penyakit Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD).

    Hasil penyelidikan terbaharu itu diterbitkan dalam Endocrine Society’s Journal of Clinical Endocrinology & Metabolism.

    Kira-kira 30 peratus (%) wanita mengalami obesiti ketika diawal kehamilan dan jumlah ini meningkat kepada 47% peratus bagi wanita yang menghidap diabetes semasa hamil.

    MASALAH obesiti dan diabetes dalam kalangan wanita hamil akan melahirkan anak dengan gangguan kesihatan mental jangka panjang seperti ADHD. – Foto oleh Myriams-Fotos/Pixabay

    Ketua penyelidik, Dr. Verónica Perea memberitahu, pertambahan berat badan yang berlebihan semasa mengandung dalam populasi ini adalah menjadi faktor risiko untuk anak-anak mengalami ADHD.

    “Kajian kami mendapati, wanita yang mengalami masalah obesiti dan diabetes semasa hamil berisiko tinggi untuk melahirkan anak dengan gangguan kesihatan mental jangka panjang seperti ADHD,” jelasnya.

    Para penyelidik mengkaji 1,036 kanak-kanak yang dilahirkan oleh wanita yang menghidap diabetes semasa hamil. Mereka mendapati 13% daripada kanak-kanak tersebut telah didiagnosis dengan ADHD.

    PARA penyelidik mengkaji 1,036 kanak-kanak yang dilahirkan oleh wanita yang menghidap diabetes semasa hamil. – Gambar hiasan oleh Prashant Sharma/Pixabay

    Perea memberitahu, berdasarkan kajian yang dijalankan itu mereka mendapati anak-anak yang lahir daripada ibu menghidap diabetes semasa hamil dan obesiti adalah dua kali ganda lebih tinggi mempunyai ADHD berbanding mereka yang dilahirkan oleh ibu tanpa obesiti.

    Dalam kajian ini, para penyelidik hanya memberi fokus kepada perkaitan wanita yang menghidap diabetes, obesiti dan penambahan berat badan yang berlebihan semasa kehamilan.

    Para penyelidik tidak memerhatikan risiko ADHD yang lebih tinggi pada kanak-kanak yang dilahirkan oleh ibu menghidap diabetes semasa hamil dan obesiti jika jumlah berat badan wanita itu semasa kehamilan berada dalam julat normal.

    “Adalah penting bagi doktor untuk menasihati pesakit mereka tentang kepentingan penambahan berat badan yang sihat semasa kehamilan,” tutur Perea. – RELEVAN

    Previous Article26,339 kes aktif Covid-19 di Malaysia
    Next Article Apakah yang akan berlaku selepas Raja Charles III menjadi raja baharu Britain?

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.