Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?
    • Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia
    • Cara mudah gandakan simpanan walau gaji rendah
    • Perut buncit walaupun kurang makan? Ini punca sebenar 
    • 5 keadaan kulit yang mungkin menandakan usus bermasalah
    • Guna ‘pen kurus’ untuk turun berat badan? Jangan dibuat sewenangnya
    • Penyakit jantung kongenital ‘pembunuh senyap’ bayi baru lahir
    • Bahaya letak 10 barang ini di atas peti ais
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Perut buncit walaupun kurang makan? Ini punca sebenar 

      April 23, 2026

      5 keadaan kulit yang mungkin menandakan usus bermasalah

      April 22, 2026

      Guna ‘pen kurus’ untuk turun berat badan? Jangan dibuat sewenangnya

      April 22, 2026

      Penyakit jantung kongenital ‘pembunuh senyap’ bayi baru lahir

      April 21, 2026

      Rasa tak boleh bekerja tanpa kopi? Ada perkara penting anda perlu tahu

      April 21, 2026
    • Kewangan

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026

      Cara mudah gandakan simpanan walau gaji rendah

      April 23, 2026

      Tabiat kecil yang nampak remeh tapi boleh rosakkan masa depan kewangan 

      April 20, 2026

      Umur 20-an tapi hutang keliling pinggang? 

      April 16, 2026

      Dapat bonus ? buat 3 perkara ini sekarang

      April 15, 2026
    • Pendidikan

      Bahaya letak 10 barang ini di atas peti ais

      April 21, 2026

      Bandar paling bahagia di Malaysia 2026

      April 16, 2026

      Makanan yang boleh disimpan bertahun-tahun

      April 10, 2026

      Tip ketika temu duga kursus universiti

      April 9, 2026

      Bekerja selepas tamat SPM: Patut atau tidak?

      April 9, 2026
    • Kerjaya

      Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

      April 24, 2026

      Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia

      April 24, 2026

      7 ‘side income’ terbaik di Malaysia yang boleh dicuba

      April 17, 2026

      7 kerjaya tak popular tapi gaji lumayan

      April 15, 2026

      Pilih program pengajian yang tiada pasaran kerja?

      April 8, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Ingin menjadi jutawan? 7 tip ini mungkin membantu

    Ingin menjadi jutawan? 7 tip ini mungkin membantu

    By Umi FatehahSeptember 2, 2022Updated:September 19, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Dengan menjadi seorang jutawan, kita boleh hidup mewah, berbelanja tanpa had, hidup di dalam rumah agam mewah dan hidup bersenang lenang tanpa perlu memikirkan kekangan kewangan. - Gambar Unsplash

    SETIAP daripada kita pasti mempunyai angan-angan untuk menjadi seorang jutawan. Dengan menjadi seorang jutawan, kita boleh hidup mewah, berbelanja tanpa had, hidup di dalam rumah agam mewah dan hidup bersenang lenang tanpa perlu memikirkan kekangan kewangan.

    Mana-mana jutawan bermula dengan mempunyai angan-angan tersendiri.  Berangan itu percuma bukan? Angan-angan itu jugalah yang menjadi motivasi untuk bekerja keras untuk mencapai sesuatu tahap kehidupan yang bebas daripada kekangan kewangan.

    Tetapi menjadi jutawan bukan hanya untuk mendapatkan lebih banyak wang. Ia terpulang kepada perancangan kewangan, pelaburan, di samping mengekalkan keseimbangan kerja dan kehidupan adalah sama penting dalam perjalanan untuk menjadi kaya. 

    Relevan menyenaraikan 7 tip dan larangan untuk menjadi seorang jutawan menurut perkongsian Investopedia.  Siapa tahu, anda mungkin calon jutawan seterusnya suatu hari nanti!

    6 Tip ingin menjadi jutawan. – Gambar oleh Relevan

    #Tip 1: Mencipta rekaan sendiri

    Mencipta adalah laluan membina kekayaan yang agak mencabar untuk diambil. Tetapi jika anda mempunyai kebijaksanaan untuk mencipta, mematenkan dan memasarkan produk yang diperlukan oleh orang ramai, anda berpotensi untuk mendapatkan untung yang banyak dan menjadi seorang jutawan!

    Ciptaan yang berjaya tidak semestinya rumit atau item berteknologi tinggi tetapi anda boleh menambah baik item sedia ada. Sebagai contoh, James Dyson mencipta pembersih vakum yang berkualiti tinggi, dan Gianfranco Zaccai mencipta mop yang praktikal, Swiffer.

    #Tip 2: Berinovasi

    Inovasi ialah mempertimbangkan pasaran arus perdana semasa dan mencari cara kreatif untuk menambah baik seiring dengan kehendak dan tawaran semasa. Penginovasi yang berjaya akan mengenal pasti keperluan sebenar di sebalik permintaan pelanggan dan memenuhinya dengan produk atau perkhidmatan yang lebih baik dan melebihi kemampuan produk pesaing.

    Orang lain mungkin membangunkan perniagaan yang berfungsi dengan cara yang cukup berbeza untuk menonjol daripada yang lain. Pengasas IKEA Ingvar Kamprad ialah contoh terbaik seseorang yang menggunakan inovasi yang mendapatkan berbilion-bilion keuntungan.

    Perabot tidak kelihatan seperti pasaran yang menarik. Namun, pendekatannya menyediakan potongan modular, item yang praktikal dengan harga yang berkemampuan dari Sweden. Kamprad juga menggunakan khidmat pereka dan pengilang Eropah yang lain untuk menembusi pasaran global terbukti membuahkan hasil.

    #Tip 3: Melabur

    Warren Buffett iaitu seorang lelaki biasa yang berjaya menjadi jutawan terkenal dengan cara berjimat cermat dan pelaburan yang bijak. Untuk memulakan pelaburan, anda memerlukan sedikit wang benih dan beberapa pandangan yang tepat tentang pelaburan yang bijak agar tidak mengalami kerugian. Jika anda boleh mengikut jejak langkah pelabur bilionair seperti Buffett, maka ini mungkin laluan untuk anda membina kekayaan.

    Tetapi salah satu perangkap bakal jutawan adalah ada yang membuat keputusan untuk melabur dengan skala yang besar walaupun hakikatnya pulangan berkemungkinan tidak menguntungkan.

    Pelabur yang berjaya mendapat pulangan yang besar daripada pelaburan mereka mengelakkan membuat pilihan yang bersifat tamak dan berisiko tinggi. Sebaliknya mereka memilih pelaburan jangka panjang untuk memberikan pulangan yang selamat dan menguntungkan.

    Berikut ialah beberapa artikel Relevan yang berkaitan dengan pelaburan untuk pembacaan dan pemahaman lebih lanjut.

    1. Ingin memulakan pelaburan saham? Ikuti sembilan tips ini
    2. 5 pilihan pelaburan emas, aset relevan sepanjang masa
    3. Kenal pasti ciri penipuan pelaburan, jangan termakan janji palsu
    4. Pelaburan aktif vs pasif: Fahami ciri kedua-duanya sebelum buat pilihan

    #Tip 4: Menjadi usahawan

    Pilihan ketiga untuk menjadi jutawan ialah menceburi bidang keusahawanan. Namun untuk memulakan perniagaan dan untuk menjayakan perniagaan tidak selalu mudah. 

    Tetapi, bagi mereka yang mempunyai minat untuk berniaga dan berkebolehan untuk melihat potensi syarikat permulaan (start-ups) maka bidang keusahawanan boleh menjadi langkah untuk anda berkembang dari segi kewangan. 

    Untuk membina kekayaan sebagai usahawan terdapat dua kaedah. Sama ada dengan menghasilkan idea yang hebat dan kembangkan idea tersebut seperti Bill Gates berjaya menghasilkan dan mengembangkan Microsoft.

    Kaedah yang kedua ialah mencari idea inovatif daripada syarikat permulaan dan melabur di dalamnya lebih awal. Kedua-duanya adalah cara berdaya maju yang berpotensi untuk menjana pendapatan yang lumayan.

    #Tip 5: Jangan mempunyai fikiran anda tahu segalanya

    Saat anda fikir anda tidak mempunyai apa-apa lagi untuk dipelajari ialah saat anda membunuh potensi sendiri untuk menjadi jutawan. Lebih-lebih lagi jika anda berminat untuk membina kekayaan melalui mencipta atau berinovasi, anda perlu sentiasa ada sifat ingin tahu, berfikiran terbuka dan sentiasa belajar benda baharu.

    Tabiat dan pemikiran seperti yang disebutkan akan membolehkan anda melihat perkara lama dengan cara yang baharu untuk melihat potensi perubahan dan keuntungan di mana orang lain hanya melihat apa yang telah dilakukan.

    #Tip 6: Mudah putus asa

    Usahawan yang berjaya akan sedia maklum bahawa kejayaan jarang datang dalam sekelip mata dan memakan masa beberapa tahun. Satu idea perniagaan mungkin tidak membuahkan hasil, tetapi idea seterusnya mungkin membawa kejayaan. 

    Jangan terlalu cepat untuk berputus asa. Perasaan hilang semangat itu biasa terjadi kepada sesiapa sahaja. Anggap ia sebagai ujian dan pembakar semangat untuk terus berusaha demi impian dan cita-cita.

    Bukan mudah untuk membina sesuatu dari awal, terutamanya apabila ingin menghasilkan projek yang bakal memberi keuntungan yang besar. Jangan tergesa-gesa. Kejayaan pasti akan tiba bila sampai masanya. – RELEVAN

     

    Previous Article9 kematian Covid-19 dilaporkan semalam, 4 BID
    Next Article 2,618 kes sembuh Covid-19 semalam

    Artikel berkaitan

    Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

    April 24, 2026

    Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia

    April 24, 2026

    Cara mudah gandakan simpanan walau gaji rendah

    April 23, 2026

    Perut buncit walaupun kurang makan? Ini punca sebenar 

    April 23, 2026

    5 keadaan kulit yang mungkin menandakan usus bermasalah

    April 22, 2026

    Guna ‘pen kurus’ untuk turun berat badan? Jangan dibuat sewenangnya

    April 22, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa gaji yang cukup untuk hidup selesa di Malaysia?

    April 24, 2026

    Kerjaya ‘bekerja dari rumah’ dengan gaji lumayan di Malaysia

    April 24, 2026

    Cara mudah gandakan simpanan walau gaji rendah

    April 23, 2026

    Perut buncit walaupun kurang makan? Ini punca sebenar 

    April 23, 2026

    5 keadaan kulit yang mungkin menandakan usus bermasalah

    April 22, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.