Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » #SchoolTourSPM PTTI gegar sekolah seluruh Malaysia

    #SchoolTourSPM PTTI gegar sekolah seluruh Malaysia

    By RELEVANAugust 19, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    PROGRAM #SchoolTourSPM bakal diteruskan di beberapa lagi sekolah dalam negara tidak lama lagi.

    PUSAT peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), PTTI memulakan program #SchoolTourSPM ke sekolah di seluruh Malaysia bagi membantu pelajar yang bakal menduduki peperiksaan.

    Sebagai permulaan, PTTI bersama Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman atau lebih mesra disapa sebagai Cikgu Fana meraikan jemputan guru kimia di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Lipis, Kuala Lipis, Pahang untuk berkongsi bersama lebih 160 pelajar SPM mengenai tips dan strategi skor A subjek kimia.

    Cikgu Fana berkata, dia berpeluang berjumpa 15 guru kimia yang mana sebelum ini mereka hanya menonton perkongsian video dalam membantu kefahaman pelajar.

    “Jemputan ini adalah inisiatif daripada guru kimia SMK Clifford, Cikgu Husaini dan disertai semua guru kimia daerah Lipis. Mereka sangat teruja dapat berjumpa kerana selama ini hanya menonton video yang saya kongsikan untuk membantu kefahaman pelajar yang bakal menduduki SPM.

    “Sesi ini bermula dari pagi hingga petang yang turut membabitkan lebih 160 pelajar SPM. Saya berkongsi tips sebagai persediaan awal menghadapi percubaan SPM terutamanya subjek Kimia. Insya-Allah, menerusi program ini kami berhasrat untuk membantu dan berkerjasama dengan lebih banyak sekolah sebagai persediaan untuk menghadapi SPM,” katanya.

    Menurut Cikgu Fana, program #SchoolTourSPM bakal diteruskan di beberapa lagi sekolah dalam negara tidak lama lagi.

    “PTTI percaya kolaborasi pihak sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersama pihak swasta dapat meningkatkan prestasi pelajar menjelang SPM dengan sasaran lebih 60 peratus pelajar lulus dan mendapat sekurang-kurangnya 5A dan ke atas.

    “Kami melihat kepada potensi generasi sekarang yang mampu dipupuk dengan penggunaan teknologi interaktif yang dapat merangsang minat lebih mendalam, terutamanya dalam bidang STEM dan inovasi teknologi baharu,” katanya.

    Untuk rekod, seramai 96 pelajar SPM 2021 yang mengikuti pembelajaran dan latihan disediakan PTTI memperoleh semua A berbanding 34 pelajar pada 2020 dengan menyaksikan peningkatan sebanyak 188 peratus.

    Sementara itu, seramai 383 pelajar mendapat 7A ke atas (2021) berbanding 158 pelajar (2020) dan peningkatan sebanyak 143 peratus. Selain itu, 522 pelajar memperoleh 5A ke atas pada 2021 berbanding 366 pelajar pada 2020 dengan jumlah peningkatan 43 peratus. – RELEVAN

    featured pendidikan sekolah spm STPM
    Artikel Terkini

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.