ANGKA jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 4,831 kes semalam berbanding 4,896 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,724,225 kes.
Berita berkaitan:
- 1,645 kes baharu Covid-19 semalam, 2 kematian dilaporkan
- SOP Covid-19 disemak semula, ini 9 kelonggaran baharu yang diberikan
- Makan snek bernutrisi tinggi sangat penting ketika berpuasa, ini tip yang dikongsikan oleh pakar pemakanan
- Berpuasa mungkin menyebabkan sembelit, ikuti tip ini untuk mengatasinya
- 1,562 kes sembuh Covid-19 dilaporkan semalam
Bagi kes sembuh pula dilaporkan sebanyak 3,362 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,642,078 kes.
Sebanyak 10 kes kematian dilaporkan semalam dan dua daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 36,066 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,667 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 46,081 kes dengan 44,404 kes atau 96.4 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 33 kes atau 0.1 peratus di Pusat dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,584 kes atau 3.4 peratus pesakit dirawat di hospital, 20 kes atau 0.0 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 40 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN


