Facebook Twitter
    Trending
    • Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’
    • Bahana bangun tidur lambat
    • Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 
    • Gaji pertama hilang sekelip mata
    • 5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum
    • Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya
    • Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja
    • Imperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Bahana bangun tidur lambat

      October 31, 2025

      5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

      October 29, 2025

      Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

      October 29, 2025

      Makanan yang beri tenaga buat pelari maraton

      October 27, 2025

      Rahsia minum air sejurus bangun tidur 

      October 24, 2025
    • Kewangan

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025

      Jangan ‘lepak’ sampai ‘pokai’

      October 28, 2025

      7 cara untuk perbaiki pengurusan kewangan

      October 23, 2025
    • Pendidikan

      Imperial College London dinobatkan universiti terbaik UK, kedua peringkat dunia

      October 29, 2025

      4 universiti tempatan antara 150 terbaik dunia

      October 27, 2025

      Kenali pemimpin dunia bakal hadir Sidang Kemuncak ASEAN

      October 24, 2025

      LSE ungguli senarai universiti terbaik UK 2026

      October 24, 2025

      7 kesan buruk digital footprint yang perlu kita tahu

      October 23, 2025
    • Kerjaya

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025

      Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

      October 16, 2025

      Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

      October 14, 2025

      Nak nampak yakin dalam temu duga? Tanya 7 soalan ini

      October 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 8 nasihat kewangan buat anak muda

    8 nasihat kewangan buat anak muda

    By June 21, 20225 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    ILMU pengurusan kewangan bukan seperti Sains atau Matematik yang diajar sejak sekolah. Ilmu ini sering diajar dan diperturunkan secara tidak formal; mungkin dari ibu bapa kepada anak, abang kepada adik atau kenalan yang tua kepada yang muda.

    Namun, ia kemahiran hidup yang penting. Menjelang dewasa apabila hal kewangan sepenuhnya jatuh ke bahu sendiri, kita perlu tahu bagaimana untuk menyimpan, tabiat berbelanja yang baik atau cara memastikan simpanan semakin bertambah.

    Ditambah dengan tekanan ekonomi sekarang, semakin penting untuk anak muda melengkapkan diri dengan ilmu kewangan. Harga barang yang naik, keperluan teknologi yang meningkat dan tangga gaji yang tidak berubah memberi tekanan, khususnya kepada mereka yang baru hendak memulakan kehidupan dewasa. Baru hendak bekerja, simpanan pun belum ada.

    Oleh itu, berpandukan artikel oleh  penulis kewangan peribadi, Amy Fontinelle di portal Investopedia, Relevan kongsikan kepada anda lapan nasihat kewangan yang perlu diketahui anak muda.

    • Kawal diri. Bayar tunai, jangan hutang.

    Kunci untuk memastikan kewangan peribadi kita dalam keadaan sihat ialah mengawal diri. Nampak kawan-kawan guna kereta mewah tapi kita belum mampu, sabar dulu. Sepupu kahwin mewah dalam dewan siap jemput Dayang Nurfaizah, kita tenang dan kahwin ringkas-ringkas. Termasuk dalam isu ganjaran diri, tidak semestinya kita perlu manjakan diri setiap minggu dengan ganjaran mahal-mahal. Ketahui kemampuan sendiri dan berbelanjalah mengikut kemampuan. 

    Kawalan diri kewangan yang terbaik ialah tidak berhutang. Betul, bukan semua keperluan kita boleh bayar tunai tetapi mana yang boleh, kita bayar tunai. Hutang juga ada yang baik dan ada yang buruk, ketahui setiap satu daripadanya supaya anda tidak terperangkap dalam hutang. Jika ada barang yang mahu dibeli, pastikan anda ada wang yang cukup. Jika tidak cukup, simpan dahulu. Elak menggunakan skim seperti beli sekarang bayar kemudian (BNPL) atau paylater jika pembelian tersebut tidak betul-betul mustahak.

    • Didik diri sendiri

    Banyak nasihat kewangan yang anda boleh jumpa. Baik dari penasihat kewangan berbayar atau dapat secara percuma dari Facebook dan Twitter. Ada juga nasihat yang anda dapat dari Relevan. Namun, yang betul-betul tahu keadaan anda sepenuhnya ialah diri anda sendiri. 

    Tidak salah untuk meminta nasihat kewangan tapi bukan semua nasihat kita boleh guna. Ada masa, nasihat diberikan tanpa menilai dengan baik situasi anda. Seperti ibu saudara yang menasihatkan anda untuk beli kereta yang mahal sikit supaya lebih selesa, sedangkan anda ada komitmen kewangan kepada ibu bapa yang dia tak tahu.

    Cara terbaik adalah dengan mengambil nasihat sebagai maklumat. Kemudian maklumat itu ditambah dengan bacaan-bacaan yang baik sehingga diri anda lengkap dengan ilmu kewangan yang mencukupi. Selepas itu, anda boleh buat keputusan kewangan sendiri dengan penilaian situasi yang jauh lebih baik, kerana anda lebih tahu keadaan anda bagaimana.

    • Buat belanjawan, jejak perbelanjaan

    Ada dua nasihat penting yang sering diulang-ulang pakar kewangan peribadi. Pertama, jangan berbelanja melebihi kemampuan dan kedua, sentiasa tahu ke mana wang anda pergi. Untuk memastikan kedua-dua perkara ini terkawal, anda perlu buat belanjawan.

    Seperti Menteri Kewangan pada setiap hujung Oktober, anda perlu tahu dari mana wang anda datang dan ke mana wang itu pergi. Jika dua hal ini dapat dicatat, perancangan kewangan anda lebih tersusun dan kemas. Anda tahu had belanja setiap bulan dan jika tiada wang yang cukup untuk keperluan, anda boleh usahakan pendapatan sampingan.

    • Pastikan ada dana kecemasan

    Bayar diri sendiri dahulu, itu caranya. Sebelum buat apa-apa bayaran atau pembelian, pastikan anda masukkan duit ke dalam tabungan kecemasan. Ini sangat membantu apabila terjadi perkara-perkara yang tidak dijangka, seperti kemalangan atau kenderaan rosak yang memerlukan jumlah besar untuk dibaiki.

    Cuba amalkan menyimpan secara automatik supaya simpanan dilihat sebagai komitmen bulanan. Boleh gunakan tabung digital yang memotong sejumlah wang anda secara automatik dari akaun masuk ke tabungan.

    Akaun simpanan lebih anjal, duit boleh dikeluarkan bila-bila masa apabila diperlukan. Namun, simpanan seperti ini tiada kadar faedah, maknanya simpanan anda akan semakin kurang nilai disebabkan inflasi. Jadi, anda boleh cuba menyimpan dalam akaun simpanan hasil tinggi, sijil deposit jangka pendek (CD) atau akaun pasaran wang. Cuma pastikan simpanan itu boleh dikeluarkan dengan mudah apabila berlaku kecemasan.

    • Mulakan simpanan persaraan

    Kebanyakan pekerja di Malaysia mempunyai pelan persaraan sendiri, baik melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi pekerja swasta atau skim pencen untuk pekerja kerajaan. Namun, perkembangan kerjaya era ini mewujudkan kumpulan pekerja baharu yang digelar sebagai prekariat – mereka yang menjalankan pekerjaan tidak menentu dan tidak terlindung, seperti pemandu e-hailing, penghantar makanan dan sebagainya.

    Untuk golongan ini, simpanan waktu persaraan perlu diutamakan. Anda masih boleh mencarum dalam KWSP atau melakukan simpanan sendiri secara berdisiplin. Malah, mereka yang mempunyai pelan persaraan sedia ada juga digalakkan untuk membuat simpanan persaraan berasingan. Antara pilihan yang ada ialah simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) atau unit amanah lain.

    • Belajar ilmu percukaian

    Ramai pekerja baharu tidak mengambil kisah tentang cukai dengan anggapan gaji permulaan mereka tidak akan dicukai. Namun, lambat-laun, pendapatan anda yang bertambah akan dicukai juga. Maka, pelajarilah ilmu percukaian dengan segera.

    Persediaan berkenaan cukai dapat membantu anda menganggar pendapatan bersih dan merancang perbelanjaan dengan lebih baik. Anda juga dapat membuat penjimatan yang signifikan jika anda peka dengan pembelian-pembelian yang mendapat pengecualian cukai.

    • Jaga kesihatan

    Sakit itu mahal. Ia akan jadi lebih mahal jika anda tidak mempunyai perlindungan insurans yang mencukupi. Walaupun  kebanyakan syarikat menawarkan perlindungan kesihatan, anda perlu membuat semakan terhadap liputan perlindungannya dan jika tidak mencukupi, dapatkan perlindungan kesihatan peribadi. 

    Cara yang lebih berkesan ialah menjaga kesihatan anda sebaiknya. Kemalangan memang tidak dapat dielakkan tetapi masalah kesihatan yang lain seperti penyakit tidak berjangkit boleh dielakkan dengan mengamalkan gaya hidup sihat. 

    • Lindungi harta

    Sekali lagi, tentang kemalangan. Banyak perkara boleh terjadi tanpa kita jangka, maka persiapkanlah perlindungan secukupnya. Kemalangan seperti bencana alam atau kebakaran boleh meninggalkan kesan mendalam terhadap kewangan anda. Maka, dapatkanlah perlindungan.

    Pastikan anda membaca polisi insurans bagi memastikan ia memberikan perlindungan yang secukupnya, termasuk terhadap bencana alam, kebakaran dan rompakan. Dapatkan perlindungan sosial seperti yang ditawarkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) agar kemalangan ketika bekerja tidak merosotkan pendapatan anda secara signifikan. – RELEVAN

    featured kewangan tip kewangan

    Artikel berkaitan

    Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

    October 31, 2025

    Bahana bangun tidur lambat

    October 31, 2025

    Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

    October 30, 2025

    Gaji pertama hilang sekelip mata

    October 30, 2025

    5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

    October 29, 2025

    Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

    October 29, 2025
    Artikel Terkini

    Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

    October 31, 2025

    Bahana bangun tidur lambat

    October 31, 2025

    Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

    October 30, 2025

    Gaji pertama hilang sekelip mata

    October 30, 2025

    5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

    October 29, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.