Facebook Twitter
    Trending
    • Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya
    • Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar
    • 150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA
    • Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan
    • Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar
    • Sam Altman: Penggerak revolusi AI
    • Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025

      15 tabiat gagalkan usaha menurunkan berat badan

      April 29, 2025
    • Kewangan

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025

      Bila waktu terbaik untuk mula bahagi harta pusaka?

      May 20, 2025
    • Pendidikan

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

      June 16, 2025

      150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

      June 16, 2025

      Kurangkan sisa makanan, selamatkan alam sekitar

      June 12, 2025

      Hukum daging korban digunakan untuk hidangan majlis atau kenduri

      June 6, 2025
    • Kerjaya

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025

      Kerjaya impian untuk pencinta haiwan liar

      June 4, 2025

      Wright Brothers: Dari bengkel basikal ke langit biru

      June 3, 2025

      Realiti kesusahan mencari kerja

      May 26, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Fakta Semesta: Antara meteor, meteoroid, meteorit dan tahi bintang

    Fakta Semesta: Antara meteor, meteoroid, meteorit dan tahi bintang

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalJune 10, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    PERNAHKAH anda melihat coretan cahaya melintasi langit malam secara tiba-tiba?  

    Tahukah anda, cahaya yang anda lihat di waktu malam itu adalah daripada gugusan tahi bintang dan ia merupakan pengalaman yang mungkin hanya dinikmati sekali seumur hidup?

    Galaksi kita bukan sahaja dihuni berjuta planet dan bintang.  Batuan angkasa iaitu meteoroid, juga terapung berselerak di serata galaksi.  Meteoroid hadir dalam pelbagai saiz, daripada butiran debu kecil sehingga seakan-akan kelihatan seperti asteroid versi yang lebih kecil.

    Kebanyakan meteoroid adalah serpihan kecil batu yang terhasil daripada perlanggaran asteroid. Komet, iaitu bebola yang diperbuat daripada ais dan mengorbit Matahari juga menghasilkan meteor serta meninggalkan habuk dan serpihan di angkasa.

    Meteoroid yang memasuki atmosfera bumi atau planet lain seperti Marikh dan meluncur pada kelajuan tinggi sekali gus terbakar digelar meteor.  Coretan cahaya meteor juga sering dipanggil sebagai tahi bintang.  Meskipun digelar tahi bintang, objek tersebut bukan bintang, malah tiada apa-apa kaitan langsung dengan bintang.

    Dalam situasi lain, jika meteoroid berjaya meneruskan perjalanannya sehingga mencecah tanah, ia dipanggil meteorit.

    Apabila terdapat lebih banyak meteor dalam satu masa yang sama, ia merupakan peristiwa hujan meteor yang berlaku setiap tahun atau dalam beberapa keadaan apabila bumi melalui laluan serpihan berdebu yang ditinggalkan oleh komet dan asteroid.

    Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan Amerika (NASA), kira-kira 30 hujan meteor berlaku setiap tahun. Sesetengah meteor berusia lebih lama daripada 100 tahun. Sebagai contoh, hujan meteor Perseid yang berlaku setiap tahun pada bulan Ogos, pertama kali diperhatikan kira-kira 2000 tahun lalu dan direkodkan dalam sejarah Cina.

    Kebanyakan teleskop berteknologi tinggi yang ada pada hari ini masih tidak mampu mencari atau melihat semua serpihan kecil meteoroid di angkasa. Secara amnya, para saintis hanya tahu ia wujud apabila ia terbakar di atmosfera, meninggalkan coretan cahaya yang menyala dengan terang. 

    Meteor kebiasaannya tidak menghasilkan bunyi yang boleh didengari oleh telinga manusia tanpa bantuan apa-apa alat canggih. Oleh itu, meteor akan berlalu tanpa disedari jika tidak memerhati langit malam. 

    Tetapi, bunyi desisan telah dilaporkan bagi meteor yang mengeluarkan cahaya terang. Bunyi ini terhasil disebabkan oleh gelombang radio frekuensi sangat rendah (VLF) yang berinteraksi dengan persekitaran.

    Bekas kolumnis Utusan Malaysia, Zin Mahmud mempunyai teori bahawa besar kemungkinan meteor dipanggil tahi bintang kerana dianggap sebagai kotoran yang keluar daripada bintang.  Ini kerana, menurut beliau, meskipun meteor dilihat indah dari bumi tetapi apabila sebahagian daripadanya jatuh dari langit, ia tidak lagi cantik. – RELEVAN

    Fakta Semesta featured pendidikan
    Artikel Terkini

    Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

    June 18, 2025

    Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

    June 17, 2025

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara dan syarat untuk tukar

    June 16, 2025

    150,557 calon lepasan SPM ditawar tempat ke IPTA

    June 16, 2025

    Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

    June 13, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.