JANGKITAN baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 1,358 kes berbanding 1,591 kes semalam.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,516,580 kes.
Sebanyak 1,620 kes sembuh dilaporkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,457,118 kes.
Semalam turut mencatatkan dua kematian dan satu daripadnya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,688 kematian dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,562 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 22,183 dengan 21,232 atau 95.7 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 21 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 904 atau 4.1 peratus pesakit dirawat di hospital, 14 atau 0.0 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 17 atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan. – RELEVAN