Facebook Twitter
    Trending
    • Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu
    • Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu
    • 7 penyesalan terbesar dalam kewangan
    • Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5
    • ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya
    • Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’
    • Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

      June 10, 2026

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026
    • Kewangan

      7 penyesalan terbesar dalam kewangan

      June 11, 2026

      Kesan buruk jika tidak lunaskan hutang PTPTN

      June 9, 2026

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026

      Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

      June 10, 2026

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Fakta Semesta: Mengapa Zuhrah satu-satunya planet yang berputar mengikut arah jam?

    Fakta Semesta: Mengapa Zuhrah satu-satunya planet yang berputar mengikut arah jam?

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalMay 6, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    SISTEM suria terdiri daripada bintang terbesar iaitu Matahari yang dikelilingi oleh planet Utarid, Zuhrah, Bumi, Marikh, Musytari, Zuhal, Uranus, dan Neptun serta planet kerdil seperti Pluto, berpuluh-puluh bulan dan berjuta-juta asteroid, komet, dan meteoroid.

    Sistem suria adalah tempat menetap manusia dan kehidupan lain. Planet yang sedang didiami kita dan dipanggil ‘rumah’ sekarang ialah bumi, iaitu planet ketiga yang terdekat dengan matahari.

    Salah satu fakta menarik tentang sistem suria menurut World Atlas ialah semua planet berputar melawan arah jam, kecuali hanya satu planet berputar mengikut arah jam.  Arah planet berputar adalah arah yang sama matahari berputar iaitu melawan arah jam.  

    Satu-satunya planet yang berputar mengikut arah jam ialah planet Zuhrah.  Mengapa Zuhrah, iaitu jiran terdekat dengan Bumi menjadi satu-satunya planet yang berputar mengikut arah jam?

    Pada awal pembentukan Zuhrah, ia berputar melawan arah jam seperti planet-planet lain.  Selepas meneliti cakera protoplanet Zuhrah, hampir mustahil untuk mengatakan Zuhrah telah berputar mengikut arah jam sejak kelahiran planet tersebut.  Hal ini kerana pembentukan Zuhrah bermula mengikut arah lawan jam. 

    Cakera protoplanet merujuk kepada cakera pembentukan sesuatu planet pada peringkat awal.  Pasti berlakunya sesuatu peristiwa yang menyebabkan Zuhrah berputar mengikut arah jam.  

    Sistem suria asalnya berkemungkinan terdiri daripada beratus-ratus planet dan tidak ada planet yang menjumpai orbit mereka sendiri dan berputar dalam lingkaran orbit dengan stabil.  

    Tarikan graviti planet-planet saling menarik antara satu sama lain dan bergerak dengan rapat antara satu sama lain.  Pelanggaran antara satu planet dengan planet yang lain merupakan perkara biasa dan setiap planet dalam sistem suria dipercayai telah mengalami satu atau lebih pelanggaran suatu ketika dahulu.  

    Peristiwa ini juga tidak terkecuali bagi Zuhrah dan ia berkemungkinan mengalami sekurang-kurangnya satu pelanggaran besar dengan planet lain yang membuatkan Zuhrah berputar mengikut arah jam. 

    Tambahan pula, hipotesis ini menjelaskan mengapa Zuhrah berputar dengan sangat perlahan. Zuhrah memerlukan 243 hari Bumi untuk melengkapkan satu putaran berbanding Bumi yang mengambil masa 24 jam untuk melengkapkan satu putaran. 

    Kesimpulannya, pelanggaran antara planet lain telah mengakibatkan Zuhrah menjadi satu-satunya planet yang berputar mengikut arah jam dan mengambil masa yang lama untuk melengkapkan satu putaran.

    Akan tetapi, pelanggaran planet bukanlah satu-satunya hipotesis yang menerangkan mengapa Zuhrah berputar mengikut arah jam Zuhrah.  Terdapat satu teori bahawa Zuhrah sebenarnya berputar melawan arah jam seperti planet yang lain, cuma dalam keadaan yang terbalik.

    Tetapi, muncul satu lagi persoalan.  Apakah sebenarnya yang menyebabkan planet itu terbalik, seperti yang terjadi pada Zuhrah dalam teori tersebut? 

    Terdapat satu penjelasan yang berkaitan dengan atmosfera Zuhrah. Zuhrah mempunyai atmosfera yang sangat padat dan mempunyai tekanan 90 kali ganda lebih besar daripada Bumi. 

    Daya tarikan graviti matahari berkemungkinan mampu menarik atmosfera Zuhrah dan menyebabkan geseran pasang surut. Jika digabungkan geseran pasang surut atmosfera ini dengan geseran antara lapisan dalam dan kerak Zuhrah, seluruh planet akan terbalik.

    Namun setakat ini, para ahli astronomi masih tidak dapat menjelaskan dengan tepat bagaimana Zuhrah berputar mengikut arah jam.

    Tahukah anda planet Zuhrah mempunyai banyak keunikannya tersendiri selain yang disebut di atas? Ini merupakan sebahagian daripadanya:

    • Zuhrah lebih panas daripada planet Utarid walaupun Zuhrah adalah lebih jauh daripada Matahari.

    Purata suhu Zuhrah ialah 462°C. Ini adalah kerana kepekatan karbon dioksida yang tinggi dalam atmosfera Zuhrah yang berfungsi untuk menghasilkan kesan rumah hijau yang kencang. Haba yang terperangkap di atmosfera menyebabkan suhu Zuhrah jauh lebih tinggi walaupun berjarak jauh dengan Matahari jika dibandingkan dengan Utarid.

    • Zuhrah merupakan objek semula jadi kedua paling terang di langit malam selepas bulan.  

    Awan asid sulfurik dalam atmosfera Zuhrah menjadikannya reflektif dan berkilat dan mengaburkan pandangan kita terhadap permukaannya. Kecerahannya menjadikan ia boleh kelihatan walaupun pada siang hari jika ia dapat dilihat dengan jelas dan anda tahu kedudukan Zuhrah.

    • Permukaan Zuhrah

    Permukaan Zuhrah yang mendidih telah menjadi topik perbincangan hangat di kalangan saintis planet.  Menurut NASA, Zuhrah telah memadamkan sepenuhnya kebanyakan kesan atau tanda yang ada pada permukaan ketika pembentukan awal planet tersebut akibat tekanan gunung berapi dan tektonik, yang berkemungkinan termasuk lengkuk pada permukaan dan letusan besar-besaran.

    Hakikatnya, alam semesta yang kita ketahui sekarang bukan sekadar menjadi rumah kepada 7 planet yang terdapat di dalam sistem suria kita. Bima Sakti (Milky Way) yang merupakan galaksi kepada sistem suria kita hanyalah sekadar pecahan kecil dari jutaan lagi galaksi-galaksi lain yang melangkaui batas pengetahuan manusia. 

    Secara saintifiknya, manusia dikurniakan dengan akal yang lingkungannya itu terbatas. Segala penemuan yang berjaya dilakukan oleh kita berlandaskan sains ini berkemungkinan hanyalah sebahagian kecil daripada rahsia yang masih tersimpan dalam alam semesta ini. – RELEVAN

    Previous Article1,278 kes baharu jangkitan Covid-19, dua kematian dicatatkan semalam
    Next Article Kelebihan jump rope yang tidak ramai tahu

    Artikel berkaitan

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026

    Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

    June 10, 2026
    Artikel Terkini

    Tun Arshad Ayub, pelopor program antarabangsa untuk anak melayu

    June 12, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    7 penyesalan terbesar dalam kewangan

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    ADHD dalam kalangan dewasa, ramai tidak sedar mereka mengalaminya

    June 10, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.