Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Senarai protokol baharu sambutan Hari Raya Aidilfitri berkuatkuasa 1 Mei ini

    Senarai protokol baharu sambutan Hari Raya Aidilfitri berkuatkuasa 1 Mei ini

    By Nur Umi Fatehah Mohd KamalApril 27, 2022Updated:April 27, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto: mentatdgt-Pexels

    KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) telah menggariskan protokol berkaitan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal berkuat kuasa pada 1 Mei 2022 menerusi sidang media hari ini.

    Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, Aidilfitri kali ini merupakan satu rahmat untuk diraikan bersama keluarga dan sahabat handai selepas dua tahun memerangi virus Covid-19. Oleh itu, dalam fasa peralihan ke endemik ini menjadi tanggungjawab kita untuk memastikan perayaan pada kali ini tidak berakhir dengan kemudaratan. 

    Berikut adalah Protokol Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022 yang dibentangkan oleh Khairy.

    •  Takbir hari raya

    Takbir hari raya dibenarkan untuk dibuat di masjid, surau dan dari rumah ke rumah dengan syarat sentiasa memakai pelitup muka.  Takbir hari raya hanya digalakkan kepada individu tanpa gejala untuk turut serta. Individu yang didapati positif pula dilarang untuk menyertai apa-apa aktiviti keramaian.  

    • Solat sunat hari raya

    Solat sunat hari raya dibenarkan untuk dibuat di masjid atau surau dengan kapasiti 100 peratus dengan syarat semua jemaah perlu sentiasa memakai pelitup muka termasuk ketika sedang solat.  Individu bergejala dinasihati untuk tidak hadir ke masjid dan surau serta dipantau keadaan kesihatan di rumah.  Individu positif pula dilarang untuk menyertai dan perlu lakukan kuarantin kendiri.  

    • Kawalan penularan dan jangkitan

    Individu yang didapati positif Covid-19 dilarang untuk menyertai aktiviti keramaian manakala individu yang menunjukkan gejala dinasihati untuk tidak menyertai dan lakukan pemerhatian kendiri di rumah.

    • Etika jemaah

    Jemaah dinasihati untuk mengelakkan 3S iaitu jauhi kawasan yang sesak (crowded place), elakkan kawasan yang sempit (confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (close conversation).

    Sebaliknya, amalkan 3W iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (wash), memakai pelitup separuh muka di tempat awam atau jika bergejala (wear) dan patuh amaran atau peringatan dari KKM (warn).  

    Jemaah juga digalakkan untuk mengambil wuduk di rumah dan membawa sejadah sendiri.  Pastikan masuk masjid atau surau mengikut giliran dan bersurai dengan tenang untuk mengelakkan kesesakan.

    • Jamuan selepas solat di masjid atau surau

    Jamuan selepas solat di masjid atau surau adalah dibenarkan, tetapi orang ramai digalakkan untuk memakai pelitup muka selain waktu menjamu selera bagi mengurangkan risiko jangkitan.  Individu yang bergejala pula dinasihatkan untuk tidak menyertai jamuan.

    •  Program ziarah

    Program ziarah-menziarahi adalah dibenarkan dan dinasihatkan untuk memakai pelitup muka.  Individu yang didapati positif Covid-19 dilarang untuk menyertai program ziarah manakala individu bergejala tidak digalakkan untuk menyertai program ziarah.

    • Ziarah tanah perkuburan

    KKM telah membenarkan aktiviti ziarah tanah perkuburan dan digalakkan untuk memakai pelitup muka. Pesakit positif Covid-19 tidak dibenarkan sama sekali untuk menziarah tanah perkuburan.  Individu yang bergejala pula tidak digalakkan untuk menyertai.

    • Rumah terbuka atau majlis hari raya (dalam bangunan)

    Rumah terbuka atau majlis hari raya yang dilakukan dalam bangunan dibenarkan dengan syarat orang ramai perlu memakai pelitup muka.  Individu yang didapati positif dilarang untuk menyertai manakala individu yang bergejala tidak digalakkan untuk menyertai.

    •  Rumah terbuka atau majlis hari raya (luar bangunan)

    KKM telah membenarkan rumah terbuka atau majlis hari raya yang dilakukan di luar bangunan.  Orang ramai digalakkan untuk memakai pelitup muka bagi mengurangkan risiko jangkitan manakala individu yang bergejala pula tidak digalakkan untuk menyertai rumah terbuka atau majlis hari raya.

    “Kebebasan ini bukan bermakna kita telah menang dalam memerangi Covid-19.  Walaupun tidak bergejala, kita berkemungkinan menjadi pembawa virus Covid-19. 

    “Amalkan dan lakukan ujian kendiri sebelum pulang ke kampung untuk memastikan ahli keluarga yang berisiko tinggi dapat dilindungi daripada dijangkiti,” tegas Khairy. – RELEVAN

    Previous ArticleSOP Covid-19 disemak semula, ini 9 kelonggaran baharu yang diberikan
    Next Article Cara penyediaan bawang putih yang betul dapat hasilkan bahan antikanser

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.