Facebook Twitter
    Trending
    • 5 makanan cegah jadi pelupa
    • 5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya
    • Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita
    • Bahaya penyakit autoimun
    • 5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif
    • 5 tanda anda hidup melebihi kemampuan
    • Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja
    • Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      5 makanan cegah jadi pelupa

      June 8, 2026

      Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

      June 8, 2026

      Bahaya penyakit autoimun

      June 5, 2026

      Bangun pagi terus sakit kepala ? ini mungkin sebabnya

      June 3, 2026

      Kerap rasa kebas pada tangan dan kaki? Ia mungkin petanda penyakit ini

      June 3, 2026
    • Kewangan

      5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

      June 4, 2026

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026
    • Pendidikan

      5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

      June 5, 2026

      Tak ada pendingin hawa? Ini cara mudah sejukkan rumah ketika cuaca panas

      June 1, 2026

      Manfaatkan cuaca panas, ini perkara yang anda boleh lakukan untuk mudahkan urusan harian

      June 1, 2026

      Terima panggilan tidak dikenali? Jangan buat kesilapan ini

      May 28, 2026

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026
    • Kerjaya

      5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

      June 8, 2026

      Bahaya terlalu bergantung kepada AI di tempat kerja

      June 4, 2026

      Sebab orang muda sering ‘lompat’ kerjaya

      May 29, 2026

      5 ciri yang mampu tingkatkan pencapaian

      May 25, 2026

      Jenis manusia toksik yang jejaskan prestasi di tempat kerja

      May 25, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Tuala wanita bernilai RM150,000 bantu 20,000 pelajar B40, atasi kemiskinan haid

    Tuala wanita bernilai RM150,000 bantu 20,000 pelajar B40, atasi kemiskinan haid

    By Zubaidah IbrahimMarch 21, 2022Updated:March 21, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    KEBERSIHAN ketika menstruasi merupakan aspek yang perlu diberi perhatian demi menjaga kebajikan para wanita. Ia berikutan ada yang menggunakan alternatif kurang selamat seperti tisu tandas, tuala buruk dan juga surat khabar untuk menguruskan menstruasi ekoran kekangan kewangan.

    Maklumat tersebut diperolehi oleh KAO Laurier Malaysia ketika melaksanakan kempen Kebersihan Menstruasi Adalah Hak Wanita yang membabitkan komuniti B40 di peringkat akar umbi.

    Tidak kurang juga ada anak-anak gadis yang terpaksa ponteng sekolah ekoran permasalah kemiskinan haid menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran dan akhirnya menjejaskan masa hadapan mereka.

    Sehubungan itu, KAO Laurier Malaysia dengan sokongan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan kerjasama MyPerintis serta rakyat Malaysia yang pemurah telah  berjaya memperuntukkan dana tuala wanita bernilai RM150,000 untuk disumbangkan kepada 20,000 pelajar B40 dari 20 universiti awam di seluruh Malaysia.

    Usaha tersebut selaras dengan kempen Kebersihan Menstruasi Adalah Hak Wanita yang dilaksanakan selama tiga bulan bermula November 2021 dan majlis penyerahan rasmi dilakukan di Universiti Malaya pada 21 Mac 2022.

    “Sinergi antara KAO Laurier, KPT dan MyPerintis amat penting untuk mencapai wawasan kempen bagi menangani kekangan mendapatkan produk keperluan penjagaan kebersihan haid yang dihadapi oleh pelajar wanita.

    “Kami amat sukacita melihat rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat tampil untuk menghulurkan bantuan, berkongsi wawasan ‘Kirei’ kami untuk menjadikan hidup ini lebih indah buat semua,” kata Presiden KAO Malaysia, Itou Hirofumi.

    Tambah beliau, sumbangan rakyat Malaysia menerusi kempen ini sesungguhnya memperkasakan pelajar wanita yang memerlukan untuk mencapai potensi penuh mereka sebagai anggota masyarakat yang produktif.

    Sementara itu, wakil Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Hema Shankari Kalidasan berkata, akses kepada produk penjagaan kebersihan wanita merupakan satu keperluan asas.

    “Ramai pelajar wanita B40 di universiti sedang menderita kerana kemiskinan haid. Justeru, inisiatif KAO Laurier dan MyPerintis untuk meningkatkan kesedaran komuniti serta mengetengahkan keperluan produk penjagaan kebersihan asas dalam kalangan wanita B40 merupakan satu usaha yang sangat baik.

    “Setiap orang boleh memainkan peranan masing-masing dalam membasmi kemiskinan haid. Kami berharap agar usaha sama semua pihak dapat membasmi menangani masalah ini,” ujarnya.

    Penyerahan rasmi sumbangan tuala wanita bernilai RM150,000 telah disampaikan oleh Presiden KAO Malaysia, Itou Hirofumi dan diterima oleh wakil Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya, Hema Shankari Kalidasan.

    Majlis tersebut disaksikan oleh Pengerusi Pengasas MyPerintis, Dato’ Lawrence Low, Duta Jenama Laurier Night Safe; Sweet Qismina, pemimpin pelajar dan pelajar-pelajar dari institusi-institusi pengajian tinggi awam yang menerima sumbangan tersebut.

    KAO Laurier Malaysia melaksanakan kempen Kebersihan Menstruasi Adalah Hak Wanita untuk memenuhi keperluan penjagaan kebersihan para pelajar universiti daripada golongan B40.

    Usaha itu juga bermatlamat untuk memastikan wanita muda tidak perlu lagi ponteng kelas atau aktiviti atas sebab tidak mampu untuk membeli produk penjagaan kebersihan wanita.-RELEVAN

    Previous Article19,105 kes jangkitan baharu, 71 kematian
    Next Article 17,828 kes jangkitan baharu Covid-19 dicatatkan semalam

    Artikel berkaitan

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026

    5 tanda anda hidup melebihi kemampuan

    June 4, 2026
    Artikel Terkini

    5 makanan cegah jadi pelupa

    June 8, 2026

    5 tanda anda terperangkap dalam zon selesa kerjaya

    June 8, 2026

    Penjagaan diri bukan kemewahan tetapi keperluan buat wanita

    June 8, 2026

    Bahaya penyakit autoimun

    June 5, 2026

    5 cara mudah untuk lawan rasa malas dan kekal produktif

    June 5, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.