Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 cara pilih polisi insurans kereta

    5 cara pilih polisi insurans kereta

    By KU SYAFIQ KU FOZIFebruary 15, 2022Updated:March 1, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    ADA orang kata, di Malaysia kereta itu keperluan. Mungkin ada yang setuju dan ada juga yang tidak setuju, namun itulah realitinya. Terutamanya di kawasan luar bandar yang kurang kemudahan pengangkutan awam, kereta memainkan peranan penting untuk memudahkan pergerakan seseorang, lebih-lebih lagi buat yang sudah berkeluarga.

    Memilih kereta yang sesuai untuk digunakan tidaklah sukar kerana ada banyak pilihan dalam pasaran Malaysia. Namun, proses memiliki sebuah kereta bukan sekadar bayar wang pendahuluan dan komitmen bulanan.

    Antara elemen penting dalam pembelian kereta ialah pemilihan polisi insurans yang paling sesuai. Dalam hal ini, maklumat yang menyeluruh tentang pelbagai pilihan polisi insurans dapat membantu kita membuat pilihan dengan lebih baik.

    Berikut merupakan lima cara yang dikongsikan syarikat kereta nasional, Proton berkenaan cara yang cepat dan mudah untuk memilih polisi insurans kereta.

    • Sediakan dokumen

    Mulakan dari perkara paling asas. Pastikan anda mempunyai dokumen yang betul dan terkini untuk diri sendiri, pemandu lain dan pastinya kenderaan itu sendiri. Sebagai contoh, anda boleh menyediakan salinan kad pengenalan atau pasport untuk semua pemandu yang anda ingin daftarkan pada kenderaan tersebut serta butiran pendaftaran kereta. Jika anda pemilik kereta sedia ada, pastikan anda menyediakan polisi insurans yang terdahulu. Ini berguna untuk membandingkan had perlindungan sebelum ini dan butiran lain dalam polisi baharu anda.

    • Kenali istilah

    Istilah yang digunakan dalam polisi insurans kadang kala mengelirukan. Contohnya, apa yang dimaksudkan dengan perlindungan nilai yang dipersetujui, penambahbaikan, elaun bantuan banjir dan sebagainya? Memandangkan polisi insurans kereta adalah wajib, mengetahui ciri yang anda inginkan merupakan kunci kepada mengenal pasti polisi yang paling sesuai untuk keperluan anda. Anda perlu tahu nilai kereta sebelum mendapatkan perlindungan. Pastikan juga kereta anda didaftarkan dengan jenama, model dan tahun pembuatan yang betul untuk penilaian yang optimum pada polisi.

    • Pilih cara terbaik mendapatkan polisi

    Sama ada membeli polisi insurans baharu untuk kereta baharu atau hanya memperbaharui polisi sedia ada, pembelian insurans daripada pengedar kebiasaannya pilihan terbaik. Ia mudah dan menjimatkan masa. Tambahan lagi, anda boleh mendapat tawaran hebat dengan polisi yang direka khas untuk kereta dan keperluan anda. Ejen pengedar anda tentunya mahir dalam selok-belok pilihan polisi dan sapat memberikan nasihat profesional.

    • Buat perbandingan

    Kos premium boleh dikatakan komponen utama dalam pertimbangan memilih polisi insurans. Namun, kita juga perlu meneliti komponen lain seperti kos dan yuran tersembunyi dalam terma dan syarat. Amat penting untuk kita menyemak nilai yang diinsuranskan dan takat perlindungan serta jenis pembayaran sekiranya berlaku kerugian menyeluruh selain faedah-faedah yang ditawarkan.

    • Beli dan buat semakan berkala

    Setelah meneliti semua pilihan, masa untuk menurunkan tandatangan dan memuktamadkan pembelian polisi anda. Namun, harus diingat, urusan memperbaharui polisi insurans adalah tugas tahunan. Sentiasa ingat untuk memperbaharui insurans kereta tepat pada masanya bagi memastikan anda dilindungi sepenuhnya. Keperluan insurans juga perlu disemak setiap tahun. Jangan perbaharui secara automatik sahaja kerana keperluan kita sering berubah, maka liputan insurans juga perlu berubah.

    • Kenapa tidak Program Insurans Proton?

    Jika anda sudah membaca sehingga ke perenggan ini, pasti anda tertanya-tanya, apa polisi insurans yang baik untuk kereta anda? Ada banyak polisi yang ditawarkan di pasaran dan antaranya ialah Program Insurans Proton. Proton menawarkan enam pilihan penyedia utama insurans kepada pelanggannya, iaitu Aliianz General Insurance, AmGeneral Insurance, Liberty General Insurance, Zurich General Insurance, Etiqa General Takaful dan Zurich General Takaful.

    Tanpa sebarang kos tambahan, Program Insurans Proton menawarkan elaun bantuan sehingga RM1,000 jika kereta anda rosak akibat banjir, perlindungan sehingga RM1,000 untuk membaiki atau menggantikan kunci kereta. Malah program ini juga menawarkan penepian kos penambahbaikan sehingga 10 tahun yang bermanfaat jika anda bercadang untuk menyimpan kereta bagi jangka masa panjang.

    Segala kelebihan program ini boleh dibaca di laman web ini. – RELEVAN

    Previous Article24 lagi kematian dicatatkan semalam, 11 BID
    Next Article 22,133 kes baharu, kurang 1 peratus bergejala berat

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.