Facebook Twitter
    Trending
    • Apa punca manusia tersedu?
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Apa punca manusia tersedu?

      August 6, 2026

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Lebih 2,500 peluang pekerjaan di Karnival Kerjaya Jamin Kerja 2022

    Lebih 2,500 peluang pekerjaan di Karnival Kerjaya Jamin Kerja 2022

    By KU SYAFIQ KU FOZIFebruary 10, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    PANDEMIK Covid-19 memberi impak besar kepada pasaran pekerjaan. Ramai yang hilang pekerjaan dan punca rezeki disebabkan pandemik apabila banyak perniagaan terpaksa ditutup ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

    Walau bagaimanapun, keadaan hari ini bertambah baik apabila sekatan pergerakan dilonggarkan dan lebih banyak perniagaan dapat kembali bernafas. Permintaan daripada pengguna juga yang kembali pulih membolehkan perniagaan menggaji lebih ramai pekerja.

    Sehubungan itu, bagi memudahkan majikan mencari pekerja dan pencari pekerjaan mendapatkan pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melaksanakan Karnival Kerjaya Jamin Kerja 2022 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 19 Februari ini.

    Karnival tersebut merupakan antara program yang dijalankan di bawah inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia yang diumumkan kerajaan dalam pembentangan Bajet 2022, Oktober lalu.

    Melibatkan peruntukan berjumlah RM4.8 bilion, kerajaan berhasrat menyediakan 600,000 peluang pekerjaan tahun ini melalui pelbagai program yang diadakan di peringkat negeri serta kebangsaan.

    Untuk Karnival Kerjaya Jamin Kerja 2022 pada 19 Februari ini, Perkeso menyasarkan untuk menyediakan lebih 2,500 peluang pekerjaan dari lebih 50 majikan.

    Bukan itu sahaja, pelbagai aktiviti kerjaya turut dilaksanakan sepanjang karnival tersebut, termasuk kaunseling kerjaya, bantuan penyediaan resume serta pendaftaran portal MYFutureJobs.

    Orang ramai yang berkesempatan digalakkan untuk menyertai karnival tersebut bagi mendapatkan panduan kerjaya selain berhubungan terus dengan syarikat-syarikat yang mencari pekerja.

    Bagi menyertai karnival itu, orang ramai diminta untuk membuat pendaftaran di laman web www.myfuturejobs,gov.my/careerfair. – RELEVAN

    Previous ArticleJangkitan Covid-19 terus meningkat dengan catatan 19,090 kes
    Next Article Tidak perlu ikat perut setiap bulan, ikuti lima tip ini

    Artikel berkaitan

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

    June 18, 2026

    Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

    June 11, 2026

    Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

    June 10, 2026

    Ramai tak sedar, ini tanda anda sebenarnya sudah mula ‘burnout’

    June 10, 2026
    Artikel Terkini

    Apa punca manusia tersedu?

    August 6, 2026

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.