Facebook Twitter
    Trending
    • Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti
    • Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program
    • Makanan yang bantu rendahkan kolesterol
    • Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan
    • 7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit
    • Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian
    • Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar
    • 10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

      May 22, 2026

      Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

      May 21, 2026

      Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian

      May 19, 2026

      Bangun pagi dengan jantung berdebar? Ini antara kemungkinan puncanya

      May 18, 2026

      Petanda amaran seseorang mungkin diserang Hantavirus

      May 15, 2026
    • Kewangan

      7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

      May 20, 2026

      Dah berjimat, simpan duit tapi kenapa masih tidak kaya?

      May 14, 2026

      5 perkara yang anda tidak perlu berkira untuk berbelanja

      May 13, 2026

      Kedekut atau berjimat cermat?

      May 11, 2026

      Perbezaan KWSP, Perkeso dan SIP yang perlu anda tahu

      May 6, 2026
    • Pendidikan

      Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

      May 22, 2026

      10 pusat beli-belah terbesar Malaysia, salah satunya paling besar serantau ASEAN

      May 18, 2026

      Guru bukan pengganti ibu bapa

      May 15, 2026

      10 menara tertinggi di dunia, Malaysia di tangga kedua

      May 12, 2026

      Sedang rancang nama anak? Semak dulu sebelum JPN tak luluskan

      May 7, 2026
    • Kerjaya

      Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

      May 20, 2026

      Tunjuk bijak di tempat kerja? Ini risiko yang ramai tak sedar

      May 19, 2026

      Kemahiran wajib ada untuk digelar ‘pekerja idaman’

      May 5, 2026

      Selesa atau terperangkap? Nilai semula arah kerjaya anda

      April 30, 2026

      Tanda anda sedang bahagia dengan pekerjaan sekarang

      April 28, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 4 cara semak keputusan SPM

    4 cara semak keputusan SPM

    By KU SYAFIQ KU FOZIMay 26, 20242 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    CALON SPM 2023 boleh mula menyemak keputusan mereka pada 27 Mei. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    DEBARAN menanti keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 buat calon-calonnya akan berakhir pada 27 Mei. Cemerlang atau tidak, semuanya bakal terjawab.

    Namun, cemerlang atau tidak bukan tumpuan utamanya. Yang penting, semua calon akan dapat menuai hasil usaha mereka selama berbelas tahun bersekolah.

    Seperti biasa, Relevan selalu ada sebagai pemudah cara. Buat adik-adik calon SPM 2023, atau ibu bapa, atau adik-beradik, atau para penjaga – ini cara-cara untuk menyemak keputusan SPM yang mula dikeluarkan pada pukul 10 pagi, 27 Mei 2024.

    • Di sekolah

    Untuk calon sekolah, mereka boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi, 27 Mei 2024.

    Ini cara yang paling popular kerana ketika inilah calon-calon dapat bertemu semula rakan-rakan dan guru-guru setelah terpisah seusai tamat peperiksaan.

    Untuk calon persendirian pula, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau calon boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan.

    • Semakan dalam talian

    Calon boleh melayari pautan https://myresultspm.moe.gov.my/ untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan. Laman itu boleh digunakan bermula pukul 10 pagi pada 27 Mei 2024 hingga 6 petang pada 2 Jun 2024.

    Ini sesuai untuk calon yang berjauhan dari sekolah pada tarikh pengumuman keputusan. Masa yang lama juga diberikan kepada calon untuk menyemak keputusan mereka, iaitu hampir seminggu.

    • Semakan SMS

    Mahu lebih mudah, guna sahaja sistem pesanan ringkas (SMS). Anda hanya perlu taip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888. 

    Anda hanya akan menerima ringkasan keputusan melalui cara ini. Untuk slip penuh, anda perlu hadir ke sekolah atau semak melalui pautan laman web.

    Sistem semakan secara SMS akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi pada 27 Mei 2024 sehingga pukul 6 petang pada 2 Jun 2024.

    • Mana-mana sekolah, PPD, JPN berdekatan

    Bagi calon yang tiada capaian internet, tidak boleh menggunakan SMS atau tidak dapat hadir ke sekolah sendiri, boleh hadir ke mana-mana sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau JPN berdekatan untuk mengakses myresultspm.moe.gov.my. – RELEVAN

    Previous ArticleMisi PAKARESUME mahu bantu pencari kerja dapat tawaran pekerjaan
    Next Article 11,713 calon SPM 2023 peroleh semua A

    Artikel berkaitan

    Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

    May 22, 2026

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

    May 22, 2026

    Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

    May 21, 2026

    Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

    May 20, 2026

    7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

    May 20, 2026

    Kerja lebih masa dorong penyakit obesiti – kajian

    May 19, 2026
    Artikel Terkini

    Sentiasa bau kepam? ini petua yang perlu diikuti

    May 22, 2026

    Tak dapat jurusan diinginkan di UPU? Ini cara, syarat untuk tukar program

    May 22, 2026

    Makanan yang bantu rendahkan kolesterol

    May 21, 2026

    Mitos tentang kerjaya yang menakutkan para graduan

    May 20, 2026

    7 cara elak terperangkap dengan hutang kad kredit

    May 20, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.