KES jangkitan harian Covid-19 mencatatkan sebanyak 2,107 kes semalam. Pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 4,443,318 kes. Menurut data laman web CovidNow, sebanyak 6,890 kes sembuh dilaporkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah sebanyak 4,366,951 kes. Semalam turut merekodkan lima kematian dan sifar kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,547 kematian dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,521 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 45,506 dengan 44,214 atau 97.2 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah…
Zubaidah Ibrahim
MUSIM pengisytiharan pendapatan penggajian Tahun Taksiran 2021 kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) akan melabuhkan tirainya pada hari esok, 30 April 2022 bagi yang mengemukakan borang secara manual. Pengisytiharan menerusi e-Filing pula akan tamat pada pada 15 Mei 2022. Bagi sesetengah individu, bulan ini sememangnya dinantikan kerana berkemungkinan mereka akan menerima bayaran balik cukai (tax refund) sekiranya cukai yang kena dibayar lebih rendah daripada amaun Potongan Cukai Bulanan atau Ansuran CP500. Sungguhpun begitu, ada dalam kalangan pembayar cukai yang suka melapor cukai di saat-saat akhir yang seterusnya mendorong kepada kesilapan-kesilapan kecil dalam pelaporan cukai mereka. Sehubungan itu, tindakan pindaan…
SETIAP jenis buah-buahan serta sayur-sayuran mempunyai manfaat tersendiri dan begitu juga kandungan khasiat di dalam bawang putih yang memiliki bahan istimewa untuk kesihatan tubuh badan manusia. Namun, bahan berkhasiat itu tidak akan terhasil jika disediakan dengan cara yang salah kerana ia mempengaruhi pembentukkan bahan istimewa tersebut. Perkara tersebut dikongsikan oleh Saintis Pemakanan, Dr. Suri Roowi yang mendedahkan bahawa di dalam bawang putih itu mempunyai dua bahan istimewa yang dikenali sebagai allicin dan ajoene. “Bahan ini hanya akan terbentuk setelah kita mengetuk bawang putih itu dan membiarkannya selama 10 minit. “Jika sudah mengetuknya dan membiarkan selama tempoh waktu itu dan direndam…
RASA kebas atau kesemutan selepas bangun tidur biasanya berlaku apabila salah satu bahagian tubuh tertindih ketika tidur. Ia disebabkan oleh peredaran darah yang tidak lancar kerana tekanan pada saraf. Menurut Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad, dalam kes tertentu, kebas ketika bangun tidur juga boleh menjadi tanda penyakit yang tidak boleh diabaikan. Kebas yang hanya terjadi sesekali adalah perkara biasa dan tidak perlu dibimbangkan. “Bagaimanapun, keadaan itu boleh membimbangkan jika ia kerap terjadi dan boleh menjadi petanda beberapa penyakit,” tulis beliau menerusi hantaran di laman Facebook miliknya. Sehubungan itu, antara petanda-petanda penyakit berkaitan dengan rasa kebas itu ialah seperti berikut:…
SELAIN memilih juadah berbuka puasa yang sihat, mengamalkan snek yang berkhasiat juga sama penting untuk mengekalkan tenaga dan menjaga kesihatan sepanjang bulan Ramadan. Menurut Ketua Pemakanan dan Nutrisi, Mondelēz International Asia Tenggara, Lim Chain Yin, berpuasa di bulan Ramadan dapat membantu melancarkan sistem penghadaman, membuang toksin serta memulihkan tubuh badan secara semula jadi. “Sehubungan itu, bagi mendapat manfaat kesihatan yang sepenuhnya, kita perlu mengamalkan pemakanan sihat dan mengelakkan daripada makan berlebihan. “Berbuka dengan sederhana dan pengambilan snek yang bersesuaian dapat membantu tubuh badan menggantikan nutrisi yang diperlukan setelah seharian menjalani ibadah puasa,” katanya. Snek yang kaya nutrisi Tambahnya, kebanyakan orang…
SEMALAM merekodkan sebanyak 5,624 kes jangkitan baharu Covid-19 berbanding 6,342 kes kelmarin. Pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 4,427,067 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kategori 1 mencatatkan sebanyak 1,765 kes atau 31.38 peratus manakala sebanyak 3,835 kes atau 68.19 peratus direkodkan bagi kategori 2 Jelas beliau, kategori 3 mencatatkan sebanyak 12 kes (0.21 peratus) manakala enam kes (0.11 peratus) pula direkodkan bagi kategori 4 dan enam kes (0.11 peratus) untuk kategori 5. Semalam juga mencatatkan sebanyak 10,041 kes sembuh, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah sebanyak…
SEBANYAK 6,342 kes jangkitan baharu Covid-19 dicatatkan semalam berbanding 5,899 kes direkodkan kelmarin. Pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini ialah sebanyak 4,421,443 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kategori 1 mencatatkan sebanyak 2,668 kes atau 42.07 peratus manakala sebanyak 3,632 kes atau 57.27 peratus direkodkan bagi kategori 2. Jelas beliau, kategori 3 mencatatkan sebanyak 14 kes (0.22 peratus) manakala enam kes (0.09 peratus) pula direkodkan bagi kategori 4 dan 22 kes (0.35 peratus) untuk kategori 5. Semalam juga mencatatkan sebanyak 9,111 kes sembuh, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah sebanyak…
PENYELIDIK dari Jabatan Psikologi, Universiti Monash Malaysia, Prof. Madya Dr. Shian-Ling Keng bersama dengan pasukannya seramai 107 orang dari 40 buah negara membuat penyelidikan mengenai impak Covid-19 terhadap kesihatan tingkah laku manusia. Kajian yang diterbitkan di Preventive Medicine Reports itu mendapati masalah kegelisahan atau kebimbangan melampau mempunyai kaitan dengan pandemik Covid-19 apabila langkah berkurung di dalam rumah telah membawa kepada tingkah laku buruk seperti merokok, minuman beralkohol dan tidak melakukan aktiviti fizikal. Tingkah laku tidak sihat ini merupakan faktor risiko penyakit tidak berjangkit termasuk obesiti, diabetes dan penyakit kardiovaskular yang seterusnya meningkatkan risiko dijangkiti Covid-19 dan membawa kepada penyakit yang…
SEIRING kemajuan teknologi, terdapat pelbagai aplikasi yang dibangunkan untuk membantu orang ramai menjalani kehidupan dengan lebih mudah dan selesa. Aplikasi yang tersedia itu juga sangat memudahkan umat Islam ketika menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadan bagi memenuhi segala keperluan. Sehubungan itu, Relevan kongsikan tujuh aplikasi penting yang dapat membantu anda menjalani ibadah di bulan Ramadan dengan lebih baik dan juga memberi idea untuk persiapan di hari raya. 1. Aplikasi Muslim yang serba boleh Muslim Pro (Android, iOS) yang telah dimuat turun lebih 120 juta kali merupakan perisian gaya hidup dan utiliti Muslim. Program mesra pengguna ini bukan sahaja menyediakan waktu…
BERPUASA tidak menjadi halangan untuk melakukan aktiviti senaman dan latihan kecergasan, tetapi ia perlu dilakukan dengan cara yang betul agar tidak memudaratkan kesihatan dan pada masa sama boleh melaksanakan ibadah rukun Islam ketiga itu dengan sebaik mungkin. Menurut Jurulatih Kecergasan, Natasha Zainal, melakukan aktiviti kecergasan ketika berpuasa adalah sangat digalakkan untuk mendapatkan lebih banyak tenaga, namun perlu tahu caranya. “Lebih banyak kita melakukan senaman, maka lebih banyak tenaga yang akan diperoleh. “Pada bulan Ramadan kita sebenarnya hendak mengekalkan tahap metabolisme dan membina otot. Metabolisme tinggi akan menjadikan pembakaran lemak dalam badan lebih efisien yang mana sekali gus, memudahkan proses menurunkan…