Zubaidah Ibrahim

TIDUR yang mencukupi sangat penting untuk kesihatan fizikal dan mental kerana ketika fasa tidur itu kita direhatkan serta dipulihkan selepas seharian mengerah keringat bertungkus-lumus untuk menyelesaikan pelbagai tugasan. Dalam kajian terbaharu Persatuan Jantung Amerika (AHA), mereka mendapati tempoh tidur yang mencukupi sangat penting untuk menentukan tahap kesihatan jantung seseorang. Ketua Pegawai Perubatan AHA di Bahagian Pencegahan, Dr. Eduardo Sanchez berkata, menerusi kajian yang dijalankan oleh pihaknya itu telah menemui bukti secara saintifik mengenai peranan penting durasi tidur untuk kesihatan jantung. “Orang yang tidak cukup tidur berisiko tinggi untuk mendapat masalah obesiti, hipertensi dan diabetes,” katanya. Sementara itu, Pakar Tidur dan…

Read More

JANGKITAN baharu kes Covid-19 dilaporkan sebanyak 2,536 kes semalam berbanding 2,527 kes kelmarin. Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,573,891 kes. Semalam mencatatkan sebanyak 3,123 kes sembuh, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,508,322 kes. Sebanyak lima kematian dilaporkan semalam dan tiada kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,776 kes dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,586 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 29,793 kes dengan 28,508 kes atau 95.7 peratus…

Read More

ANGKA jangkitan baharu Covid-19 mencatatkan sebanyak 2,527 kes semalam berbanding 2,773 kes kelmarin. Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,571,355 kes. Bagi kes sembuh pula dilaporkan sebanyak 2,359 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,505,199 kes. Semalam juga mencatatkan sifar kematian. Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,771 kematian dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,586 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 30,385 dengan 28,701 atau 94.6 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 24 kes atau…

Read More

SEBANYAK 2,773 kes jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan semalam berbanding 2,866 kes dicatatkan kelmarin. Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,568,828 kes. Bagi kes sembuh pula dilaporkan sebanyak 1,984 kes semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,502,824 kes. Semalam turut mencatatkan enam kematian dan tiada kematian sebelum tiba di hospital (BID). Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,771 kematian dan jumlah terkumpul BID sebanyak 7,586 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 30,217 dengan 28,892 atau 95.6 peratus pesakit…

Read More

LEBIH 37 juta orang dewasa di Amerika Syarikat hidup dengan penyakit buah pinggang dan kebanyakan mereka tidak mengetahuinya. Terdapat beberapa tanda fizikal penyakit buah pinggang, tetapi kadang-kadang orang mengaitkannya dengan keadaan lain. Selain itu, mereka yang menghidap penyakit buah pinggang juga tidak mengalami sebarang gejala sehingga didiagnosis di peringkat akhir apabila buah pinggang gagal atau apabila terdapat sejumlah besar protein dalam air kencing. “Ini adalah salah satu sebab mengapa hanya 10 peratus penghidap buah pinggang kronik menyedari bahawa mereka menghidapi penyakit itu. “Golongan berisiko mendapat penyakit buah pinggang kerana tekanan darah tinggi, kencing manis, sejarah keluarga yang menghidap penyakit tersebut…

Read More

AKTIVITI bercuti merupakan momen yang ditunggu-tunggu kerana ia memberi peluang untuk kita mencipta memori manis bersama yang tersayang serta menenangkan fikiran selepas bertungkus-lumus bekerja. Apatah lagi, kita sudah lama tidak dapat bercuti ekoran pandemik Covid-19 dan kini apabila kelonggaran untuk bercuti telah diberikan sama ada di dalam mahupun luar negara, pastinya kita semua teruja untuk memulakan semula perjalanan bersama insan tersayang. Setiap kali bercuti, kita akan membuat perancangan rapi termasuk menyenaraikan barangan yang hendak dibawa, menempah tiket penerbangan, tempat tinggal dan merancang aktiviti harian supaya percutian itu berjalan dengan lancar untuk semua orang. Justeru itu, jangan dilupakan juga untuk mendapatkan…

Read More

MASALAH obesiti bukan sahaja dialami oleh orang dewasa, tetapi turut menjadi dilema dalam kalangan kanak-kanak yang boleh mencetuskan pelbagai penyakit kronik jika tidak dibendung dari awal. Menurut Pakar Perunding Pediatrik dan Endokrinologi Kanak-kanak, Pusat Perubatan Sunway, Dr. Ch’ng Tong Wooi, punca utama obesiti di Malaysia adalah disebabkan oleh gaya hidup yang tidak aktif dan pengambilan makanan berkalori tinggi. “Kanak-kanak cenderung untuk makan dengan kerap dalam kuantiti yang banyak dalam sehari. Mereka juga gemar mengambil makanan ringan yang tidak sihat serta tinggi kandungan gula dan lemak.  “Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 yang dijalankan setiap empat tahun menunjukkan 50.1 peratus rakyat…

Read More

PELABURAN emas dilihat sebagai pilihan selamat ketika ekonomi berada di tahap yang kurang baik, kejatuhan mata wang dan sebagainya ekoran pelbagai faktor seperti peperangan antarabangsa yang kini berlaku antara Rusia dan Ukraine. Menurut pengarah Eksekutif Penyelidikan di Majlis Emas Dunia, Juan Carlos Artigas, emas mempunyai rekod prestasi yang terbukti memberi pulangan lumayan dan lebih selamat berbanding pelaburan lain. “Emas telah mengatasi prestasi saham dan bon dalam tempoh tertentu. “Anda juga boleh mencairkan aset emas itu dengan mudah,” katanya. Sehubungan itu, RELEVAN kongsikan lima pilihan pelaburan emas yang boleh dipertimbangkan seperti disarankan oleh laman web Fortunebuilders. 1. Jongkong emas Jongkong emas…

Read More

SEBANYAK 2,302 kes harian Covid-19 dilaporkan semalam yang mana dua daripadanya merupakan kes import manakala kelmarin mencatatkan 2,587 kes. Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,554,661 kes. Sebanyak 2,539 kes sembuh dilaporkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,490,906 kes. Semalam juga mencatatkan sifar kematian. Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,745 kematian dan jumlah terkumpul kematian sebelum tiba di hospital (BID) sebanyak 7,583 kes. Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 28,010 dengan 26,929 atau 96.1 peratus pesakit menjalani kuarantin…

Read More

BOLEH dikatakan setiap dapur di negara ini pasti mempunyai halia kerana ia merupakan salah satu bahan penting dalam masakan terutamanya jika menyediakan hidangan tradisional turun-temurun. Sepertimana tumbuh-tumbuhan lain, halia juga mengandungi banyak khasiat untuk kesihatan tubuh badan manusia dengan menjalankan pelbagai fungsi sebagai salah satu ikhtiar dalam mendepani masalah kesihatan. Menurut Saintis Pemakanan, Dr. Suri Roowi, halia mempunyai aroma yang sangat wangi dan tinggi bahan khasiat seperti gingerol, zingerone, shogaol dan zingibrene. “Salah satu kebaikan gingerol dalam halia segar ialah ia bertindak sebagai antipiretik untuk mengurangkan demam. “Oleh itu, sumber yang terbaik untuk diambil oleh mereka yang mengalami demam ialah…

Read More