KETIDAKSUBURAN sering dianggap sebagai masalah yang lazimnya dialami wanita, tetapi pada hakikatnya peluang ketidaksuburan adalah sama bagi kedua-dua jantina. Ia boleh dialami oleh sesiapa sahaja, tanpa mengira jantina atau umur. Penemuan yang mengejutkan daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mendedahkan bahawa 60 peratus hasil ujian analisis sperma yang dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara menunjukkan keputusan yang tidak normal. Menurut Pengarah dan Pakar Kesuburan di Sunfert International Fertility Centre (Sunfert) Dr. Eeson Sinthamoney, kadar ketidaksuburan lelaki semakin meningkat dan impaknya memang tidak dapat dinafikan. “Kami menyaksikan peningkatan yang berterusan dalam kes ketidaksuburan lelaki. “Menangani isu ini adalah…
Zubaidah Ibrahim
TAHUKAH anda terdapat satu kelenjar kecil di otak yang memainkan peranan sangat besar? Kelenjar itu dikenali sebagai pineal atau juga dipanggil sebagai konarium, epiphysis cerebri, organ pineal atau badan pineal. Kelenjar ini merembeskan melatonin yang sangat penting dalam irama sirkadian atau jam badan. Jika rembesan melatonin terganggu, ia boleh menjejaskan metabolisme tulang, kesihatan mental dan aspek kesihatan lain. Menurut MedicalNewsToday, fungsi utama kelenjar pineal adalah untuk mengawal kitaran bangun dan tidur. Ia membentuk sebahagian daripada sistem endokrin iaitu pengumpulan kelenjar yang merembeskan hormon yang mengawal proses badan. Apa itu pineal? Otak mempunyai dua hemisfera, disambungkan oleh rangkaian gentian. Kelenjar pineal…
TUGAS suri rumah sangat mencabar kerana mereka mengurus rumah tangga 24 jam sehari, tujuh hari seminggu tanpa mengambil sebarang cuti dan terkadang tidak sempat berehat demi menyelesaikan rutin harian seperti memasak, mengemas, mencuci, membersih dan mendidik anak-anak. Mungkin sekali pandang, tugas itu kelihatan remeh berbanding si suami yang keluar bekerja mencari rezeki untuk keluarga. Hakikatnya, berperanan sebagai suri rumah juga sangat memenatkan dan stres. Bahkan, mereka tiada masa berehat dan perlu ‘bekerja’ siang dan malam bagi memastikan rumah berada dalam keadaan tersusun rapi serta perut ahli keluarga diisi dengan juadah enak. Dikala melakukan tugasan itu dengan penuh Ikhlas dan kasih…
SETELAH menamatkan pengajian, kini tibalah masanya untuk anda meneroka peluang pekerjaan dan menjalani kehidupan dewasa yang berdikari dengan menjana pendapatan sendiri. Mendapatkan pekerjaan tidaklah semudah yang disangka kerana anda perlu bersaing dengan ribuan calon yang mungkin mempunyai kelayakan lebih baik berbanding anda. Usah bimbang, anda boleh menonjolkan diri untuk mendapatkan pekerjaan yang diidamkan dengan melakukan empat perkara ini: 1. Tingkat ilmu dan kemahiran anda Walaupun anda mengucapkan selamat tinggal kepada universiti, tetapi pembelajaran sebenarnya berterusan sehingga akhir hayat. Untuk bersaing dengan calon-calon hebat yang lain, anda perlu sentiasa tambah ilmu dan tingkat kemahiran. ARTIKEL BERKAITAN: Gementar pada hari pertama bekerja?…
KITA sering dengar mengenai introvert dan ekstrovert yang secara mudahnya menggambarkan personaliti sosial seseorang. Perkara ini juga banyak mendapat perhatian ramai orang di media sosial. Allah SWT mencipta setiap manusia itu dengan sikap yang berbeza-beza sehingga kehidupan menjadi cukup unik dan kadangkala mencabar. Umumnya, bagi individu yang memiliki personaliti introvert, mereka lebih suka hidup bersendirian, melakukan semua hal sendiri, tidak gemar kehidupan sosial yang bingit dan memiliki sebilangan kecil kawan. Berbeza pula dengan si ekstrovert yang sukakan persekitaran sosial, pandai bergaul, suka bercakap, banyak terlibat dalam aktiviti sosial dan ramai kawan. Namun, sebenarnya manusia ada satu lagi personaliti yang berada…
SEORANG pakar matematik di Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Haslinda Ibrahim berjaya menemui kaedah penyelesaian masalah matematik menggunakan kombinatorik dengan menumpukan perhatian kepada reka bentuk terinspirasi daripada rama-rama dan pembelajaran yang inovatif. Sayap rama-rama yang mempunyai corak yang rumit dan simetri ini menyimpan corak unik yang boleh digunakan untuk mewujudkan reka bentuk yang memukau secara estetik. Menurut Dr. Haslinda, melalui penggunaan proses kombinatorik, reka bentuk terinspirasi rama-rama yang meniru simetri dan corak rumit pada sayap rama-rama dapat diformulasikan. “Penemuan itu memberi petunjuk baharu bagi pembelajaran dan pengajaran dengan memberikan inspirasi daripada reka bentuk semula jadi. ARTIKEL BERKAITAN: Bekas plastik…
ALAM semula jadi diciptakan untuk memberi manfaat yang sangat besar kepada manusia sehinggakan banyak pakar kesihatan mencadangkan kita kembali kepada alam untuk merawat penyakit-penyakit tertentu. Salah satu teknik terapeutik yang semakin popular dan disokong oleh kajian-kajian daripada pakar ialah dikenali sebagai pembumian (grounding). Kaedah pembumian ini memberi fokus kepada penjajaran semula tenaga elektrik anda dengan menyambung semula kepada bumi. Aktiviti pembumian mudah sahaja, antaranya anda hanya perlu berbaring di atas tanah atau berjalan tanpa alas kaki, menyentuh pokok dan berkebun. Walaupun kita mahu manfaatkan teknik pembumian, pastikan anda lakukan di tempat yang selamat dan elakkan risiko kecederaan manakala bagi pesakit…
TAHNIAH Relevan ucapkan kepada calon-calon yang berjaya dalam permohonan melanjutkan pengajian ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) peringkat sijil, Asasi dan Diploma Sesi Akademik 2023/2024 bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Kementerian Pendidikan Tinggi memaklumkan, keputusan permohonan itu boleh disemak bermula 7 hingga 16 Julai 2023 melalui aplikasi mobile UPUPocket di telefon pintar dan juga secara online di pautan berikut: https://jpt.utm.my https://jpt.uum.edu.my https://jpt.unimas.my https://jpt.ums.edu.my http://jpt.umt.edu.my Pengesahan setuju terima/tolak tawaran bermula pada 8 hingga 16 Julai 2023 di laman web Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan…
PENING kepala pernah dialami hampir semua orang, tetapi penyebabnya masih misteri kerana tiba-tiba sahaja kita berasa kepala menjadi pening. Tidak dinafikan keadaan itu sering terjadi ketika kita stres dan tertekan. Ada juga yang mengalami pening disebabkan makanan tertentu, cuaca yang terlalu panas atau sejuk dan juga faktor-faktor lain kerana penyebabnya berbeza bagi setiap orang. Sudah pasti kepala yang pening akan menyebabkan kita sukar menguruskan kehidupan harian sehingga terpaksa makan ubat atau tidur bagi meredakan kesakitan itu. Menurut Pengamal Perubatan Am, Dr. Zubaidi Ahmad, pening adalah keadaan yang mana kita berasa dunia sedang bergerak mengelilingi kita. “Ramai pakar perubatan berpendapat bahawa…
PADA 2009, sekumpulan bekas pelajar Sekolah Perempuan Bukit Bintang (BBGS) yang mempunyai visi untuk mempertingkatkan keupayaan anak muda ke tahap tertinggi telah bergabung bagi memulakan satu misi untuk membantu golongan kurang bernasib baik untuk mencapai impian melanjutkan pelajaran tinggi. Dari situ, lahirlah Dana Pendidikan Elena Cooke yang ditubuhkan sebagai mengenang jasa bekas pengetua BBGS yang berkhidmat paling lama iaitu mendiang Miss Elena Maude Cooke. Beliau mempunyai tahap disiplin yang tinggi dan terkenal kerana kasih sayangnya kepada para pelajar serta kesediaannya untuk memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan. Diilhamkan dari sifat penyayangnya, Dana Pendidikan Elena Cooke ditubuhkan untuk membantu pelajar yang…