JIKA anda buka aplikasi KWSP i-Akaun, dapat dilihat yang struktur akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah berubah. Ini merupakan perubahan yang dibuat melalui inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP bermula 11 Mei lalu. Ia melibatkan semua ahli KWSP di bawah umur 55 tahun. Penstrukturan semula tersebut membolehkan simpanan ahli dibahagikan kepada tiga akaun, iaitu Akaun Persaraan (sebelum ini dikenali sebagai Akaun 1), Akaun Sejahtera (Akaun 2) dan Akaun Fleksibel (Akaun 3). Akaun Fleksibel merupakan jenis akaun baharu yang diperkenal supaya ahli mempunyai pilihan untuk mengeluarkan sedikit daripada simpanannya pada bila-bila masa. Ini memberikan keanjalan kepada ahli dalam menguruskan simpanan persaraan…
KU SYAFIQ KU FOZI
ANTARA kesan penjajahan yang jelas pada sesebuah negara ialah martabat bahasanya. Lebih-lebih lagi untuk negara di benua Afrika yang hampir semuanya terdiri daripada berbilang etnik yang menggunakan berbilang bahasa, globalisasi yang menjunjung keseragaman mendesak penggunaan bahasa asing sebagai bahasa utama. Banyak negara Afrika meletakkan bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi dan ia merendahkan martabat bahasa-bahasa sukuan, sehingga ada yang diancam kepupusan. Ngugi wa Thiong’o menyedari kepentingan memelihara bahasa sukuan kerana dia sedar, bahasa bukan sekadar alat komunikasi, malah mampu membentuk fikiran penuturnya. Dalam bahagian akhir wawancara bersama Nanda Dyssou dari Los Angeles Review of Books (LARB), Thiong’o banyak mengulas tentang perkembangan…
DI Kenya, terdapat lebih 60 bahasa sukuan yang ditutur dan digunakan tetapi bahasa rasminya ialah bahasa Inggeris dan bahasa Kiswahili. Selama berpuluh tahun, Ngugi wa Thiong’o cuba mengangkat kedudukan bahasa-bahasa sukuan Afrika seperti bahasa ibundanya, Gikuyu. Dia mahu karya-karya kreatif dihasilkan dalam bahasa Gikuyu. Dia tak mahu bahasa Gikuyu ditelan zaman dan globalisasi tanpa arah di benua Afrika. Bahagian ketiga wawancaranya bersama Nanda Dyssou dari Los Angeles Review of Books (LARB) ini lebih tertumpu kepada persoalan itu – tentang letak duduk bahasa sukuan dan peranan terjemahan di mata Thiong’o. Wawancara ini disiarkan di laman web LARB pada 23 April 2017. NANDA…
RELEVAN hadir ke Majlis Sambutan Aidilfitri Jabatan Pengajian Media dan Komunikasi, Universiti Malaya (UM) pada 7 Mei dengan tiga tujuan: memenuhi jemputan, berkenalan dengan warga jabatan tersebut dan menulis sedikit catatan tentangnya. Namun, memasuki minit ke-15 di perkarangan Anjung Ilmu, tujuan keempat segera masuk dan mendominasi: untuk menikmati hidangan hari raya pada 28 Syawal. Lemang, rendang dan ketupat palas akan hilang dari menu lazim mana-mana majlis tak lama lagi, kami perlu memanfaatkan kewujudannya dalam bulan mulia ini sebaik mungkin. Maka, untuk beberapa puluh minit, tumpuan penuh diberikan untuk tujuan itu. Selesai makan, kami mulakan semula misi untuk tiga tujuan awal.…
DALAM bahagian 1, Ngugi wa Thiong’o menyorot kembara awalnya sebagai penulis, termasuk siri penyisihan yang dialaminya di Kenya. Soalan-soalan seterusnya oleh Nanda Dyssou lebih mendalami karya-karya Thiong’o dan sengsara yang menjadi latar penulisannya. Wawancara ini dijalankan oleh Nanda Dyssou dan disiarkan di laman web LARB pada 23 April 2017. NANDA DYSSOU: Dalam Birth of a Dream Weaver, awak merujuk warisan sejarah dan memori awak sebagai: “Imej-imej berbilang kekejaman yang dilakukan rejim pendatang orang putih di Kenya bersaing-saing dalam diri saya”. Dan, seperti yang awak cakap, awak telah menjadi mangsa cubaan bunuh, pemenjaraan, penganiayaan dan pengharaman. Adakah memori segala keganasan yang…
BELIAU antara nama yang disebut-sebut akan merangkul Hadiah Nobel Sastera untuk beberapa tahun. Walaupun belum berhasil menang, kesan yang ditinggalkan Ngungi wa Thiong’o terhadap dunia linguistik, terutamanya bahasa-bahasa ibunda yang tersisih, cukup besar. Banyak yang sudah berlaku dalam hidup Thiong’o, termasuk dipenjara dan dihalau keluar dari negara sendiri kerana menulis karyanya dalam bahasa ibunda. Namun, resmi benih yang baik – dicampak ke darat menjadi gunung, dicampak ke laut menjadi pulau – ketokohan beliau dalam bidang bahasa dihargai di negara-negara lain. Tidak ada cara terbaik untuk mengenali seseorang selain dari mulutnya sendiri. Maka, Relevan mengambil inisiatif menterjemah satu wawancara yang diadakan…
SEPERTI tahun-tahun sebelumnya, 1 Mei menjadi hari seluruh dunia meraikan golongan pekerja. Di Malaysia, singkatan baharu Kementerian Sumber Manusia, iaitu Kesuma dijadikan tumpuan apabila tema yang diumumkan ialah Pekerja Kesuma Bangsa. Di peringkat dunia, jaminan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dalam perubahan iklim menjadi tumpuan. Mungkin sukar untuk melihat perkaitan antara perubahan iklim dengan pekerja. Perubahan iklim isu yang luas. Namun, akibat perubahan iklim, kira-kira 136 juta pekerjaan berada dalam ancaman. Ini berdasarkan jangkaan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) bahawa menjelang 2030, 3.8 peratus daripada jumlah jam bekerja boleh terhapus disebabkan peningkatan suhu dunia. Sebab itu perubahan iklim menjadi tumpuan…
PADA 2010, sekumpulan penyelidik mendekati 464 peladang tebu di 54 kampung di daerah Villipuram dan Tiruvannamalai, Tamil Nadu, India. Mereka datang untuk melengkapkan kajian tentang kemiskinan dan fungsi kognitif. Mereka mahu sahkan teori bahawa kemiskinan menyebabkan orang miskin terjebak membuat pilihan-pilihan yang buruk. Teori itu bertentangan dengan kata-kata pemimpin wanita yang sangat berpengaruh, Margaret Thatcher. Bagi Thatcher, masalah pengurusan kewangan – atau yang digelarnya sebagai “kecacatan personaliti” – yang menyebabkan orang jatuh miskin. Namun, kajian yang dijalankan Anandi Mani, Sendhil Mullainathan, Eldar Shafir dan Zhao Jiaying membuktikan bahawa kemiskinan menyebabkan manusia kehilangan fungsi kognitif. Mereka cenderung membuat keputusan salah ketika miskin.…
Bermula 11 Mei ini, simpanan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah 55 tahun akan distruktur semula kepada tiga jenis, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel. Penstrukturan itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn, dibuat untuk memperkasa ahli dalam membuat keputusan kewangan berkenaan simpanan persaraan. Kata beliau, melalui inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP, ahli dapat membuat keputusan bagi mengimbangi keperluan masa depan untuk persaraan dengan keperluan kewangan jangka pendek, sederhana dan panjang. “Inisiatif ini juga dapat membantu meningkatkan simpanan persaraan ahli supaya mereka menerima pendapatan persaraan yang mencukupi untuk membiayai kehidupan persaraan kelak,” katanya dalam…
ADA kajian mendapati, wanita menangis 30 hingga 64 kali setahun berbanding lima hingga 17 kali untuk lelaki. Tapi ini bukan perbahasan jantina, tak kisah siapa yang lebih banyak menangis. Lebih mustahak, kita sebagai manusia mengalami dan merasai kesedihan. Mungkin kerana kehilangan, kematian atau sekadar empati. Kita sedih, kita menangis dan pada tahap tertentu, kesedihan boleh beri kesan pada kesihatan, baik mental atau fizikal. Untuk mengelak daripada menangis bukan senang tapi kita boleh usahakan berdamai — dengan takdir, dengan manusia yang buat kita menangis atau lebih mendalam lagi, dengan Tuhan. Ada banyak misteri dalam dunia. Antara yang terulung ialah susunan Tuhan untuk…