SEBANYAK 27,831 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini, jumlah kes harian tertinggi yang pernah dicatatkan sejak pandemik bermula di Malaysia. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah, 27,734 atau 99.65 peratus kes adalah dalam kategori 1 dan 2 manakala baki 97 atau 0.35 peratus kes lagi dalam kategori 3, 4 dan 5. Kata beliau, peratusan terbesar adalah dalam kategori 2 iaitu sebanyak 20,128 kes atau 72.32 peratus daripada keseluruhan kes manakala 7,606 kes atau 27.33 peratus lagi dalam kategori 1. Untuk kategori 3 pula terdapat 59 pesakit (0.21 peratus), 28 pesakit (0.1 peratus) dalam kategori 4 dan 10…
KU SYAFIQ KU FOZI
SERAMAI 8,120 guru baharu yang berjaya dalam pengambilan khas secara sekali ambil (one-off) fasa 2 dan 3 boleh membuat semakan penempatan bermula semalam. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, guru-guru tersebut akan mula melapor diri di sekolah masing-masing pada 1 Mac ini. “Kepada calon yang berjaya dipilih, tahniah dan selamat bertugas saya ucapkan. “Manfaatkanlah peluang menjadi guru untuk bekerja setulus hati ke arah melahirkan generasi pewaris negara yang lebih hebat,” katanya dalam ciapan di lama Twitter. Pengambilan khas guru secara sekali ambil tersebut melibatkan keseluruhan 18,702 orang guru. Kata Radzi, ia bertujuan merungkai isu kekurangan guru yang telah…
SEBANYAK 22,133 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah terkumpul kes positif Covid-19 di Malaysia mencecah 3,083,683 kes. Walau bagaimanapun, hanya 146 atau 0.66 peratus kes berada dalam kategori 3, 4 dan 5. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, hanya 20 kes atau 0.09 peratus pesakit berada dalam kategori 5, 24 kes atau 0.11 peratus dalam kategori 4 dan 102 kes atau 0.46 peratus lagi dalam kategori 3. Pesakit dalam kategori 2 merupakan yang teramai dengan 16,156 kes atau 73 peratus manakala 5,831 kes atau 26.34 peratus lagi dalam kategori 1. Pesakit Covid-19 kategori 1 dan…
ADA orang kata, di Malaysia kereta itu keperluan. Mungkin ada yang setuju dan ada juga yang tidak setuju, namun itulah realitinya. Terutamanya di kawasan luar bandar yang kurang kemudahan pengangkutan awam, kereta memainkan peranan penting untuk memudahkan pergerakan seseorang, lebih-lebih lagi buat yang sudah berkeluarga. Memilih kereta yang sesuai untuk digunakan tidaklah sukar kerana ada banyak pilihan dalam pasaran Malaysia. Namun, proses memiliki sebuah kereta bukan sekadar bayar wang pendahuluan dan komitmen bulanan. Antara elemen penting dalam pembelian kereta ialah pemilihan polisi insurans yang paling sesuai. Dalam hal ini, maklumat yang menyeluruh tentang pelbagai pilihan polisi insurans dapat membantu kita…
PENDIDIKAN dilihat sebagai alat terbaik untuk mengubah hidup manusia. Melalui pendidikan, bukan sahaja taraf hidup seseorang dapat dipertingkatkan, malah potensinya boleh membangunkan bangsa dan negara. Memasuki abad ke-21, pendidikan merupakan hak asasi untuk semua manusia dan tidak sepatutnya sesiapa dihalang daripada mendapatkan pendidikan berkualiti hanya disebabkan perbezaan bangsa, warna kulit atau jantina. Namun, lebih dua dekad lalu, diskriminasi jantina dalam pendidikan berlangsung dengan sangat teruk di Afghanistan. Wanita dilarang sepenuhnya untuk ke sekolah. Pemerintahan Taliban dari 1996 hingga 2001 meninggalkan kesan yang mendalam kepada pendidikan wanita. Sekatan itu bagaimanapun tidak menghalang Shabana Basij-Rasikh daripada mengejar impiannya dalam pendidikan. Beliau yang…
PANDEMIK Covid-19 membawa kejutan kepada seluruh dunia. Ketika ia mula muncul pada penghujung 2019, manusia di seluruh dunia terpaksa mengubah gaya hidup. Norma baharu diamalkan, interaksi sesama manusia tidak lagi seperti dahulu. Antara sektor yang paling terkesan dengan keadaan baharu ini ialah perniagaan. Apabila kerajaan di seluruh dunia melaksanakan sekatan pergerakan, perniagaan terpaksa beroperasi dari jarak jauh. Semua operasi dialihkan ke rumah. Situasi ini membawa banyak pengajaran kepada kita. Perlahan-lahan, kita dapat mengubah pandangan tentang pekerjaan dan budayanya. Tiada siapa yang membayangkan sebuah perniagaan beroperasi tanpa pejabat sebelum ini, terutamanya untuk syarikat dengan kakitangan yang ramai. Dahulu, kalau mahu buka…
SEBANYAK 11 kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam, dengan lima daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID). Menurut data laman web CovidNow, jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 32,125 kematian manakala jumlah terkumpul BID sebanyak 6,493. Jumlah kes positif harian semalam menunjukkan sedikit penurunan apabila sebanyak 21,072 kes dicatatkan berbanding 22,802 kes kelmarin. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah terkumpul di Malaysia ketika ini sebanyak 3,040,235 kes. “Daripada jumlah kes baharu itu, sebanyak 86 kes atau 0.41 peratus adalah kategori 3, 4, dan 5,” katanya. Sementara itu, sebanyak 5,724 kes…
KEMAJUAN dunia membawa perubahan dalam pelbagai aspek. Pendidikan sebagai antara elemen terpenting dalam kehidupan manusia juga tidak ketinggalan berubah. Memasuki alaf baharu, pendidikan juga perlu berubah untuk beradaptasi dengan perubahan zaman, kemajuan teknologi serta pemikiran generasi baharu. Untuk itu, sistem pendidikan negara menerapkan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) bagi memastikan pelajar tidak ketinggalan dalam dunia yang berkembang pesat. Walaupun PAK21 diperkenalkan dalam sistem pendidikan negara sejak 2014, boleh dikatakan ia hanya dibincangkan dalam kalangan anggota sistem pendidikan sahaja, baik dalam kalangan guru, pelajar pendidikan atau ahli akademik. Pandemik Covid-19 menyedarkan banyak pihak bahawa hal ehwal pendidikan perlu juga diambil tahu orang…
KES harian Covid-19 terus menunjukkan peningkatan apabila mencapai 20,939 kes hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 negara sebanyak 2,996,361 kes. Walau bagaimanapun, pesakit dalam kategori 3, 4 dan 5 kekal dalam peratusan yang kecil. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, 118 kes atau 0.56 peratus pesakit berada dalam kategori 3, 4 dan 5 manakala 20,821 kes lagi melibatkan pesakit dalam kategori 1 dan 2. Jelas beliau, peratusan terbesar ialah pesakit dalam kategori 2 sebanyak 15, 640 kes atau 74.7 peratus manakala kategori 1 melibatkan 5,181 kes atau 24.74 peratus. Kategori 3 pula melibatkan 95 kes…
PANDEMIK Covid-19 memberi impak besar kepada pasaran pekerjaan. Ramai yang hilang pekerjaan dan punca rezeki disebabkan pandemik apabila banyak perniagaan terpaksa ditutup ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Walau bagaimanapun, keadaan hari ini bertambah baik apabila sekatan pergerakan dilonggarkan dan lebih banyak perniagaan dapat kembali bernafas. Permintaan daripada pengguna juga yang kembali pulih membolehkan perniagaan menggaji lebih ramai pekerja. Sehubungan itu, bagi memudahkan majikan mencari pekerja dan pencari pekerjaan mendapatkan pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) melaksanakan Karnival Kerjaya Jamin Kerja 2022 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 19 Februari ini. Karnival tersebut merupakan…