KITA sering disogok dengan nasihat supaya menghormati guru yang mengajar. Namun, hormat sepatutnya datang dari kedua-dua belah pihak. Menjadi kewajipan seorang pelajar untuk menghormati gurunya dan wajib juga seorang guru atau pensyarah, sebagai seorang manusia, untuk menghormati pelajarnya pada tahap yang sepatutnya. Isu berkenaan sikap pensyarah atau guru agak terpencil kerana tidak ramai pelajar yang berani membuat pendedahan. Isu sebegini juga kebiasaannya boleh diselesaikan secara dalaman di peringkat universiti atau sekolah. Namun, masih ada pelajar yang tidak berani mengambil tindakan apabila berhadapan pensyarah yang bermasalah. Masalah ini termasuk tutur kata yang bersifat hinaan, menyalahgunakan kedudukan untuk keuntungan perniagaan, gangguan seksual…
KU SYAFIQ KU FOZI
SEMAKIN banyak rumah menggunakan penapis air untuk memenuhi keperluan keluarga. Populariti produk tersebut dalam kalangan isi rumah juga membuatkan semakin banyak jenama penapis air yang cuba untuk menembusi pasaran. Persaingan sebegini, pada satu sudut, memberikan kelebihan kepada pengguna yang mempunyai lebih banyak pilihan. Persaingan kualiti dan harga yang rancak membolehkan pengguna mendapatkan produk yang lebih berkualiti dengan harga yang lebih rendah. Namun, pengguna tetap perlu berhati-hati. Sebilangan pengusaha produk penapis air mengambil kesempatan terhadap populariti produk tersebut dengan memasarkan penapis yang tidak menepati piawaian kualiti dengan harga yang sangat rendah. Tingkat kesedaran Menurut syarikat pensijilan kualiti, NSF International, produk penapis…
PERBINCANGAN berkenaan gaji minimum baru-baru ini memberikan kesedaran terhadap masyarakat tentang tahap gaji yang rendah di Malaysia. Walaupun kadar gaji minimum dinaikkan kepada RM1,500, ternyata belum memuaskan rata-rata golongan pekerja yang melihat ia tidak mencukupi untuk mengharungi kehidupan dengan kos yang semakin tinggi. Gaji minimum bertujuan untuk menetapkan satu aras ganjaran minimum kepada pekerja dan ia dikanunkan sebagai undang-undang dalam sebuah negara. Perkiraan gaji minimum akan mengambil kos sara hidup, namun ia bukan satu-satunya faktor. Disebabkan gaji minimum merupakan keperluan perundangan, pertimbangan turut diberikan kepada faktor lain seperti kesan kepada guna tenaga dan pewujudan pekerjaan. Oleh itu, gaji minimum tidak…
JUMLAH kekosongan jawatan yang diiklankan secara dalam talian meningkat lebih dua kali ganda pada 2021 berbanding 2020, lapor Jabatan Perangkaan hari ini. Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, jumlah itu meningkat daripada 221,384 jawatan pada 2020 kepada 536,636 jawatan pada 2021. Secara suku tahunan pula, jumlah itu meningkat 143.2 peratus daripada 78,303 jawatan pada suku keempat 2020 kepada 190,436 jawatan pada suku keempat tahun lalu. Walau bagaimanapun, perbandingan suku ke suku menunjukkan sedikit penurunan daripada 192,480 jawatan yang diiklankan pada suku ketiga 2021. “Pada asas bulanan, bilangan jawatan kosong dalam talian yang diiklankan adalah tertinggi pada Disember…
KITA sudah biasa berhutang. Untuk barangan berharga tinggi seperti kereta dan rumah, hampir tiada pilihan untuk memilikinya kecuali dengan pinjaman. Ada juga yang berhutang dalam skala lebih kecil untuk membeli perabot dan barangan elektrik. Kita juga sering mendengar tentang bahana kewangan disebabkan perbelanjaan berlebihan menggunakan kad kredit. Terutamanya golongan muda, kemampuan untuk berhutang sering disalahertikan sebagai kemampuan untuk membeli. Salah faham begini akhirnya akan memberi kesan kepada kedudukan kewangan dan nilai kredit peribadi. Kini, urusan untuk berhutang semakin dipermudah. Banyak aplikasi menggunakan sistem beli sekarang bayar kemudian (buy now pay later – BNPL) untuk pembelian berharga rendah, termasuk untuk makanan,…
PUSAT Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) akan dibuka semula bermula esok bagi memastikan hospital-hospital dapat beroperasi dengan baik, termasuk untuk merawat pesakit bukan Covid-19. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, kemasukan ke PKRC Maeps akan dikhususkan untuk kes-kes Covid-19 berisiko rendah dan penjagaan sederhana (step-down care). Jelas beliau, langkah tersebut merupakan strategi Kementerian Kesihatan untuk menangani gelombang Omicron yang mana katil-katil untuk kes berisiko rendah diwujudkan untuk digunakan dalam tempoh yang lebih singkat berbanding ketika gelombang Delta. “Ini bukanlah kerana kita tidak cukup katil di hospital tetapi ini lebih kepada langkah awalan (pre-emptive) dan…
KEMENTERIAN Kesihatan menetapkan tarikh akhir untuk mendapatkan dos penggalak bagi penerima vaksin jenis Sinovac berusia 18 tahun ke atas dan warga emas berusia 60 tahun ke atas dilanjutkan sehingga 31 Mac ini. Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, status vaksinasi kedua-dua golongan tersebut akan bertukar kepada tidak lengkap jika masih tidak mendapatkan dos penggalak selepas tarikh itu. “Tempoh masa yang ditetapkan sebelum ini adalah pada 28 Februari tetapi untuk memudahkan golongan ini mendapatkan dos penggalak dan status vaksinasi mereka tidak diubah, Kementerian Kesihatan bersetuju untuk melanjutkan tempoh ini sehingga 31 Mac. “Bermula 1 April, status vaksinasi lengkap untuk golongan tersebut akan bertukar…
KEMENTERIAN Kesihatan mengumumkan bahawa individu 18 tahun ke atas yang telah menerima dos penggalak dan tidak bergejala pada hari pertama pendedahan kepada kes indeks tidak perlu lagi menjalankan kuarantin walaupu disahkan sebagai kontak rapat. Menjelaskan perkara tersebut, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, individu tersebut bagaimanapun wajib melakukan ujian kendiri menggunakan kit ujian pantas (RTK) pada hari pertama dan hari ketiga dari tarikh akhir pendedahan kepada kes positif Covid-19. Kata beliau, jika keputusan ujian adalah positif, kuarantin perlu dijalankan seperti yang telah ditetapkan sebelum ini dan keputusan ujian dilaporkan melalui aplikasi MySejahtera. “Bagi mereka yang telah lengkap vaksinasi tetapi belum menerima…
SECARA kasarnya, hutang dianggap sebagai sesuatu yang negatif. Lebih tinggi hutang, lebih banyak beban kewangan yang perlu ditanggung. Namun, dalam banyak hal, kita terpaksa mengambil hutang terutamanya apabila melibatkan pembelian barangan berharga tinggi seperti rumah dan kereta. Disebabkan hutang sudah menjadi perkara biasa dalam pengurusan kewangan peribadi manusia, pakar kewangan membahagikan hutang kepada hutang baik dan hutang buruk. Walau bagaimanapun, menilai sesuatu hutang sebagai hutang yang baik atau buruk tidaklah mudah. Ia bergantung juga dengan situasi kewangan seseorang. Maknanya, hutang yang baik untuk individu A mungkin menjadi hutang yang buruk untuk individu B. Untuk memahami makna dan kedudukan hutang baik…
PENGAMBILAN khas guru secara sekali ambil (one-off) untuk 18,702 kekosongan dilihat sebagai peluang yang besar untuk menyelesaikan isu lambakan graduan pendidikan. Namun, beberapa isu melibatkan subjek tertentu dilihat masih bermasalah dan memerlukan perhatian Kementerian Pendidikan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Jika sebelum ini Relevan menyuarakan isu graduan Pendidikan Awal Kanak-Kanak (PAKK) yang sukar menembusi penempatan Kementerian Pendidikan, isu baharu pula timbul melibatkan graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Muzik. Wakilnya, Chonnel George meluahkan, setakat ini hanya 10 graduan bidang tersebut yang diluluskan dalam pengambilan kali ini. Jumlah tersebut sangat sedikit jika dibandingkan dengan jumlah 8,120 graduan yang diluluskan dalam pengambilan…