KU SYAFIQ KU FOZI

INDIVIDU berusia 60 tahun ke atas dengan komorbiditi berisiko tinggi boleh diberikan dos penggalak kedua dengan selang masa empat hingga enam bulan selepas menerima dos penggalak pertama. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pengumuman tersebut dibuat selepas mengambil kira saranan panel Kumpulan Kerja Teknikal (TWG) yang telah meneliti kajian saintifik dan kohort di Malaysia. Kajian-kajian tersebut mendapati, golongan umur 60 tahun ke atas dengan komorbiditi seperti penyakit jantung, paru-paru, buah pinggang, hati dan diabetes mempunyai risiko untuk mendapat gejala serius serta kematian akibat Covid-19. Bagi mereka yang berumur 60 tahun ke atas tetapi tiada komorbiditi, mereka dibolehkan untuk menerima dos penggalak…

Read More

PANDEMIK Covid-19 yang melanda negara sejak lebih dua tahun lalu meninggalkan impak kepada ekonomi negara dan kedudukan kewangan sebahagian besar rakyat Malaysia. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama diumumkan pada Mac 2020, ramai yang kehilangan kerja atau pendapatannya berkurang. Menurut Tinjauan Frekuensi Tinggi Covid-19 untuk Pemantauan Isi Rumah oleh Bank Dunia, kira-kira 34 peratus daripada golongan dewasa yang bekerja sebelum pandemik kehilangan kerja antara Mac 2020 hingga Jun 2021. Daripada 66 peratus yang terus bekerja pula, 27 peratus daripadanya mengalami pengurangan pendapatan manakala selebihnya mempunyai pendapatan yang stabil atau bertambah.  Kadar pengangguran juga berterusan meningkat ketika pandemik dan masih dalam…

Read More

SEBANYAK 48,000 stok ubat Paxlovid telah selamat sampai di Pharmaniaga Logistic Sdn. Bhd. bagi digunakan untuk merawat pesakit Covid-19 di Malaysia. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ubat tersebut disyorkan untuk merawat pesakita Covid-19 dewasa berumur 18 tahun dan ke atas yang tidak memerlukan terapi oksigen dan berisiko tinggi untuk mendapat gejala Covid-19 yang teruk. Walau bagaimanapun, Noor Hisham menegaskan, ia tidak bertujuan digunakan sebagai pengganti kepada vaksinasi Covid-19 atau pengganti kepada tindakan kesihatan awam untuk mengelakkan dijangkiti Covid-19. “Penggunaan Paxlovid adalah satu lagi senjata melawan Covid-19. Ia merupakan ubat antiviral untuk aspek rawatan Covid-19. “Ia…

Read More

KADAR pengangguran terus mencatatkan penurunan pada Februari lalu dengan 4.1 peratus berbanding 4.2 peratus pada bulan sebelumnya. Bilangan penganggur juga menurun sebanyak 1.3 peratus pada bulan itu, mencatatkan kira-kira 671,800 orang berbanding kira-kira 680,400 orang pada Januari. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pada Februari juga menyaksikan peningkatan berterusan dalam penduduk bekerja berikutan lebih banyak permintaan buruh oleh perniagaan serta pewujudan peluang pekerjaan dalam pasaran untuk mengekalkan perniagaan. Kata beliau, ia seterusnya mendorong kepada penurunan dalam bilangan penganggur dan kadar pengangguran yang lebih rendah pada bulan tersebut. “Peningkatan berterusan dalam bilangan penduduk bekerja kekal pada Februari dengan…

Read More

KEHARMONIAN di tempat kerja dianggap sebagai faktor penting yang menentukan jatuh bangun, maju mundur sesebuah syarikat. Namun tidak ramai yang mahu membincangkan, apa unsur-unsur penting yang perlu diterapkan di tempat kerja bagi mencapai keharmonian yang diimpikan? Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas WorkSmartly, Victor Phang melihat tiga unsur, iaitu kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman adalah penting untuk membina keharmonian di tempat kerja. Kata beliau, mengusahakan kepelbagaian di tempat kerja bukan sekadar slogan kosong, sebaliknya sebuah keputusan perniagaan yang baik. “Usaha ke arah kepelbagaian dan kesaksamaan penting untuk kejayaan syarikat. Namun, kedua-dua aspek ini tidak bermakna tanpa keterangkuman.  “Maka, soalan yang perlu diselesaikan:…

Read More

RAMADAN tiba lagi! Alhamdulillah, kita semua berpeluang meraikan bulan penuh keberkatan ini pada tahun ini. Dalam kita menjalankan ibadah puasa tahun ini, kesihatan tubuh badan jangan dilupa. Puasa bukanlah alasan untuk kita makan apa sahaja yang kita mahu ketika berbuka dan meninggalkan aktiviti senaman. Sebaliknya, amalan berpuasa inilah peluang terbaik untuk kita memulakan semula rejim penjagaan kesihatan yang tersusun dan konsisten. Bulan Ramadan membantu kita menyusun waktu dan kehidupan dengan lebih baik. Berbeza dengan bulan-bulan sebelumnya, kita jarang menetapkan waktu yang spesifik untuk makan dan beribadah. Dalam bulan Ramadan, kita berbuka pada waktu Maghrib, bermoreh selepas tarawih dan bersahur sebelum…

Read More

DAKWAAN beberapa pihak bahawa penetapan gaji minimum yang tinggi akan meningkatkan kadar inflasi serta pengangguran tidaklah tepat sepenuhnya, sebaliknya beberapa kajian menunjukkan gaji minimum yang tinggi dapat memberikan manfaat yang besar kepada golongan pekerja. Ketua Penyelidikan Fakulti Perniagaan dan Undang-Undang Universiti Taylor, Profesor Dr. Hafezali Iqbal Hussain berkata, selama beberapa dekad ini, ahli ekonomi sepakat bahawa langkah menaikkan gaji minimum akan meningkatkan pengangguran dengan ketara. Walau bagaimanapun, kata beliau, pandangan itu telah berubah apabila majoriti ahli ekonomi kini melihat peningkatan gaji minimum yang ketara sebagai idea yang baik. “Untuk memahami anjakan itu, kita perlu menghargai eksperimen semula jadi yang dijalankan…

Read More

PENGHIDAP hemofilia mampu menjalani kehidupan normal, berkerjaya, berkeluarga serta menyumbang kepada pembangunan masyarakat serta negara. Presiden Pertubuhan Hemofilia Malaysia (PHM), Edwin Goh berkata, hemofilia tidak berbahaya sekiranya penghidap mempunyai akses untuk mendapatkan rawatan yang khusus dan mencukupi dalam masa yang pantas. Tambahan lagi, katanya, ia bukanlah penyakit yang berjangkit. Sehubungan itu, PHM telah bekerjasama dengan pelbagai pihak sepanjang 42 tahun penubuhannya, termasuk dengan doktor, pakar perubatan, jururawat serta pihak berkepentingan lain untuk menyediakan rawatan komprehensif di pusat rawatan hemofilia. “Pada waktu ini, rawatan yang disediakan untuk penghidap boleh didapati di pusat-pusat rawatan hemofilia di Malaysia yang dilengkapi dengan ciri-ciri rawatan…

Read More

MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin menjelaskan, negara masih jauh dari fasa endemik walaupun mula memasuki fasa peralihan ke endemik bermula hari ini. Menurut beliau, endemik bermakna Covid-19 tidak lagi tersebar dengan meluas dan tiada lagi langkah kesihatan awam seperti pemakaian pelitup muka. Namun, situasi tersebut belum lagi menjadi kenyataan memandangkan kes jangkitan harian masih lagi tinggi manakala langkah kesihatan awam seperti pemakaian pelitup muka serta penjejakan kontak masih diwajibkan. “Tidak, kita belum hampir lagi dengan endemik. Ini merupakan peralihan (yang mungkin perlahan) ke arah endemik,” ciapnya di Twitter hari ini. Negara memasuki fasa peralihan ke endemik bermula hari ini. Dalam fasa…

Read More

PERKATAAN hormat sering digandakan menjadi hormat-menghormati. Ini bermakna, penghormatan sifatnya bertimbal balik. Kita memberi hormat dan dibalas dengan hormat.  Dalam hubungan pelajar dengan guru, situasinya sama. Wajib untuk pelajar menghormati guru namun guru juga mempunyai batas dalam layanannya kepada pelajar. Kata-kata berbentuk hinaan, menyalahgunakan kedudukan sebagai guru dan membuat gangguan secara keterlaluan kepada pelajar tidak patut dilakukan dan melanggar batas hormat guru kepada pelajar. Ketua Jabatan Sejarah Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr. Sahul Hamid Mohamed Maiddin berkata, seorang guru tidak sepatutnya memperbudak-budakkan pelajarnya walaupun wajib untuk pelajar menghormati guru. Kata beliau, guru dan pelajar terlibat dalam…

Read More