Facebook Twitter
    Trending
    • MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif
    • 10 buku yang saya beli di PBAKL 2023
    • Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini
    • Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman
    • Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC
    • Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan
    • Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?
    • Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif

      June 1, 2023

      Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

      May 31, 2023

      Mengapa pasangan pembawa talasemia tidak dinasihatkan untuk berkahwin?

      May 29, 2023

      Apa itu talasemia dan jenis-jenisnya

      May 29, 2023

      Tidur tak menentu tingkatkan risiko mati dalam 7 tahun

      May 25, 2023
    • Kewangan

      6 helah kewangan untuk bina simpanan yang kukuh

      May 24, 2023

      90% harga barang makanan naik, inflasi 2022 meningkat kepada 3.3%

      May 17, 2023

      9 sebab ekonomi Malaysia berkembang positif pada suku pertama 2023

      May 15, 2023

      5 aktiviti menarik untuk mengajar anak ilmu kewangan

      May 10, 2023

      Membeli rumah seperti memilih bini; perlu tetap hati

      May 4, 2023
    • Pendidikan

      10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

      May 31, 2023

      Seketul marshmallow, pesan Fynn Jamal dan falsafah Eman Manan

      May 30, 2023

      Waspada ular masuk rumah ketika cuaca panas, lakukan beberapa langkah pencegahan ini

      May 26, 2023

      Mengingati gelora 1967: Api dan air mata pejuang kedaulatan bahasa Melayu

      May 23, 2023

      Adakah permainan dalam talian Roblox selamat untuk kanak-kanak?

      May 22, 2023
    • Kerjaya

      Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

      May 31, 2023

      Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

      May 30, 2023

      5 sebab kukuh untuk menceburi bidang keselamatan siber

      May 25, 2023

      5 rancangan perubatan sesuai menjadi tontonan bakal doktor

      May 24, 2023

      Teroka Kerjaya: Tip dan cara menjadi kru teknikal pemuzik

      May 19, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Lima langkah nilai semula dan perkasakan kewangan selepas pandemik

    Lima langkah nilai semula dan perkasakan kewangan selepas pandemik

    By KU SYAFIQ KU FOZIApril 13, 20222 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Foto oleh Monstera (Pexels)

    PANDEMIK Covid-19 yang melanda negara sejak lebih dua tahun lalu meninggalkan impak kepada ekonomi negara dan kedudukan kewangan sebahagian besar rakyat Malaysia. Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama diumumkan pada Mac 2020, ramai yang kehilangan kerja atau pendapatannya berkurang.

    Menurut Tinjauan Frekuensi Tinggi Covid-19 untuk Pemantauan Isi Rumah oleh Bank Dunia, kira-kira 34 peratus daripada golongan dewasa yang bekerja sebelum pandemik kehilangan kerja antara Mac 2020 hingga Jun 2021.

    Daripada 66 peratus yang terus bekerja pula, 27 peratus daripadanya mengalami pengurangan pendapatan manakala selebihnya mempunyai pendapatan yang stabil atau bertambah.  Kadar pengangguran juga berterusan meningkat ketika pandemik dan masih dalam proses pemulihan sehingga sekarang.

    Kerajaan juga mengumumkan pelbagai pakej rangsangan ekonomi yang bertujuan membantu rakyat dan perniagaan agar boleh terus hidup dalam waktu yang mencabar tersebut. Menurut Bank Dunia, sehingga pertengahan Jun 2021, hampir 60 peratus isi rumah telah menerima pelbagai jenis bantuan kerajaan termasuk bantuan tunai, moratorium pinjaman, pelepasan cukai dan program utama yang lain.

    Melihat kepada impak pandemik terhadap kewangan peribadi rakyat, Bank Negara Malaysia melalui Laporan Tahunan 2021  berkongsi lima langkah untuk menilai semula situasi anda sebelum bergerak ke arah memperkasakan semula kewangan.

    • Kekal tenang

    Walaupun perit, mereka yang kehilangan pendapatan sepanjang pandemik perlu kekal tenang supaya dapat bertindak membaiki keadaan. Anda perlu menerima hakikat bahawa situasi yang tidak dijangka sebegitu boleh berlaku. Lebih cepat anda menyedari perkara ini, lebih mudah untuk anda mengambil tindakan.

    • Nilai kedudukan kewangan anda

    Beberapa soalan boleh digunakan untuk mengetahui bagaimana kedudukan kewangan anda ketika ini. Antaranya termasuk:

    1. Berapa banyakkah pendapatan anda yang terjejas?
    2. Berapakah komitmen kewangan bulanan anda, contohnya hutang dan perbelanjaan?
    3. Berapa banyakkah simpanan dan harta yang anda miliki?
    4. Adakah anda mempunyai sebarang perlindungan insurans atau takaful?
    • Nilai semula rancangan kewangan anda

    Anda mungkin perlu mengubah gaya hidup untuk disesuaikan dengan kedudukan kewangan dan pendapatan terkini. Berbincang dengan pasangan atau keluarga dan bersedia untuk mengubah minda serta corak perbelanjaan anda.

    • Bajetkan perbelanjaan asas

    Dalam hal ini, anda perlu membezakan antara kehendak dengan keperluan. Hadkan kehendak dan tumpukan kepada keperluan. Penjimatan daripada kehendak boleh digunakan untuk membina semula dana kecemasan atau memenuhi keperluan anda. Anda juga boleh mewujudkan dana terikat (sinking funds) untuk matlamat kewangan yang lain.

    • Dapatkan bantuan yang ada

    Layari laman web Bajet 2022  untuk menyemak sama ada anda layak untuk sebarang bantuan, contohnya bantuan wang tunai, insentif insurans/takaful, pengecualian cukai serta peluang peningkatan kemahiran dan latihan semula bagi meningkatkan pendapatan atau sebagai sumber pendapatan tambahan. – RELEVAN

    BNM featured kewangan kewangan peribadi Laporan Tahunan 2021
    Artikel Terkini

    MIASA memperkenalkan nombor talian baharu, inisiatif bantuan kesihatan mental lebih proaktif

    June 1, 2023

    10 buku yang saya beli di PBAKL 2023

    May 31, 2023

    Hormon wanita boleh jadi seimbang dengan 8 langkah ini

    May 31, 2023

    Langkah berani Laila dalam dunia hiasan dalaman

    May 31, 2023

    Teroka gaya hidup nomad digital dengan MDEC

    May 30, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.