TARIKHNYA pada 19 April 1995. Seorang lelaki merompak dua bank di bandar Pittsburgh, Amerika Syarikat. Pendekatannya sangat berbeza dengan perompak lain kerana dia tidak memakai topeng. Dia tahu bank-bank itu ada kamera litar tertutup (CCTV) tetapi dia begitu tenang mengacu pistol ke muka pegawai bank tanpa menutup wajah. Malah, sebelum keluar, dia memandang CCTV dan tersenyum. Hasilnya seperti dijangka. Pihak polis menangkapnya pada sebelah malam kerana segala bukti dari CCTV sangat jelas. Ketika diberkas, polis menunjukkan rakaman CCTV. Lelaki itu terkejut. “Saya dah sapu air lemon,” katanya. Apa yang terjadi sebenarnya? Lelaki itu, bernama McArthur Wheeler, menjelaskan kepada polis yang…
KU SYAFIQ KU FOZI
BELUM selesai pandemik Covid-19, dunia dikejutkan dengan penularan virus lain pula. Cacar monyet (monkeypox) yang sekian lama menjadi endemik dalam negara-negara di Afrika Barat dan Afrika Tengah mula menular di negara-negara bukan endemik. Setakat Sabtu lalu, Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) memaklumkan penyakit tersebut telah ditemui di 27 buah negara bukan endemik, termasuk Kanada, Amerika Syarikat (AS), Sepanyol dan United Kingdom (UK). Setakat ini belum ada kes yang dilaporkan di Malaysia. Namun, Kementerian Kesihatan telah melancarkan pelan strategik untuk berhadapan penyakit tersebut. Apakah sebenarnya penyakit cacar monyet ini? Adakah ia membawa ancaman sebesar Covid-19? Sudah wujudkan vaksin atau ubat untuk mengubatinya?…
BANYAK sejarah dunia diukir dengan penglibatan wartawan dan organisasi media. Catatan-catatan golongan ‘perekod berita’ ini membolehkan kita mengetahui, merenung dan belajar dari peristiwa lama. Tanpa mereka, segala sejarah mungkin terkubur dalam jurang waktu. Di Malaysia, 29 Mei dipilih sebagai hari untuk meraikan para wartawan. Hari Wartawan Nasional (Hawana) ditetapkan pada tarikh itu setiap tahun sejak 2018 sempena mengingati kelahiran akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939. Dunia semakin tumbuh dan berubah. Kemunculan teknologi baharu mengubah cara manusia mencari dan menerima maklumat. Mungkin ada yang fikir, kerjaya wartawan kini semakin susut nilainya kerana kemunculan media sosial dan internet memudahkan maklumat untuk…
PENULARAN virus cacar monyet (monkeypox) di beberapa buah negara baru-baru ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan rakyat Malaysia. Ketika negara masih berhadapan pandemik Covid-19, kemunculan virus baharu pastilah menimbulkan rasa panik dalam kalangan rakyat. Penularan itu juga mendapat perhatian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) yang menerima laporan jangkitan daripada 12 negara ahlinya. Negara-negara tersebut adalah negara yang bukan endemik untuk virus cacar monyet. Sehubungan itu, Kementerian Kesihatan melancarkan pelan strategik bagi menghadapi risiko penularan cacar monyet ke Malaysia berpandukan saranan daripada WHO. Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, pelan strategik tersebut merangkumi lima strategi yang akan dijalankan melalui kaedah kerjasama multisektoral; perundangan; sumber…
SEBANYAK 57,510 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) dilaporkan sejak 1 Januari hingga 25 Mei lalu, peningkatan sebanyak 24 kali ganda berbanding tempoh sama tahun lalu. Berbanding tempoh sama pada 2019, iaitu tempoh sebelum pandemik Covid-19, peningkatan kes adalah sebanyak hampir sekali ganda. Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, peningkatan kes mula melebihi paras waspada (alert line) iaitu 878 kes pada minggu epidemiologi (ME) 11/2022 (13-19 Mac) apabila 895 kes dilaporkan. Situasi semakin serius apabila kes melepasi paras amaran (warning level) pada ME 14/2022 (3-9 April) apabila 1,653 kes dilaporkan. “Peningkatan kes ketara berlaku sejak April berikutan pembukaan aktiviti sosial,…
INFLASI Makanan meningkat 4.1 peratus pada April dengan 89.1 peratus item makanan bagi kumpulan Makanan dan Minuman merekodkan kenaikan harga. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, kenaikan Inflasi Makanan yang merupakan komponen terbesar dalam wajaran Indeks Harga Pengguna (IHP) menjadi penyumbang utama kepada kenaikan inflasi. IHP pada April meningkat 2.3 peratus kepada 125.9 berbanding 123.1 pada bulan sama tahun sebelumnya. Kenaikan tersebut melepasi purata inflasi bagi tempoh Januari 2011 hingga April 2022 iaitu sebanyak 1.9 peratus. “Peningkatan bagi kumpulan makanan sebahagian besarnya berpunca daripada kenaikan ketara komponen makanan di luar rumah yang meningkat 4.4 peratus berbanding 4.0…
“CILI tempatan RM17/kg. Mai cili import RM10. Siapa nak beli cili tempatan?,” tulis seseorang di Twitter hari ini. Ini memang dilema yang sudah lama berlarutan. Dalam kalangan pengguna, ramai yang faham kepentingan menyokong produk tempatan. Namun, sukar untuk mengutamakan produk tempatan apabila dari segi harga, jelas membeli produk import lebih menguntungkan. Agak rumit untuk menghurai punca tingginya harga produk tempatan kerana ia melibatkan banyak faktor yang berkaitan antara satu sama lain. Bagi Pengarah Third World Network (TWN), Chee Yoke Ling, kesukaran menyokong produk tempatan disebabkan faktor harga boleh difahami. Pengeluaran produk import yang dihasilkan secara besar-besaran membolehkan ia dijual dengan…
DI Amerika Syarikat (AS), monopoli syarikat gergasi menyebabkan harga makanan meningkat dan lebih sukar diakses, terutamanya oleh golongan berpendapatan rendah. Ini sudah berlaku sejak sebelum pandemik Covid-19 dan krisis makanan yang kita hadapi sekarang. Ahli akademik, Philip H. Howard dan Mary Hendrickson menghurai perkara ini dalam sebuah artikel pendapat yang panjang di portal Civil Eats. Pandangan mereka, amalan penggabungan korporat dalam industri pengeluaran, pemprosesan dan pengedaran makanan menyebabkan makanan menjadi lebih sukar diperolehi dan dimiliki oleh rakyat AS. Bagaimana ia berlaku? Penggabungan syarikat-syarikat yang membentuk korporat besar memberikan mereka pengaruh terhadap ahli politik yang membuat polisi serta media-media dan membolehkan…
ANCAMAN daripada wabak Covid-19 masih belum berakhir buat dunia dan usaha untuk vaksinasi yang lebih adil dan menyeluruh perlu diteruskan tegas Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus. Kata beliau, walaupun kes yang dilaporkan semakin berkurangan berbanding kemuncak jangkitan varian Omicron, seluruh warga dunia tidak boleh melonggarkan usaha mengatasi jangkitan wabak tersebut. Jelas beliau, jika masyarakat melonggarkan pertahanan terhadap wabak tersebut, kesannya akan dapat dilihat nanti. “Mengurangkan ujian dan penjujukan bermakna kita membutakan mata terhadap evolusi virus tersebut,” katanya yang turut memetik fakta bahawa hampir satu bilion orang di negara berpendapatan rendah masih belum menerima vaksinasi. Beliau memberi…
MENTERI Kesihatan, Khairy Jamaluddin dilantik sebagai Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Dunia (WHA) 2022 yang sedang berlangsung di Geneva, Switzerland bermula semalam hingga Sabtu ini. Khairy yang mewakili Malaysia dilantik bersama wakil dari empat negara lain iaitu Bulgaria, Indonesia, Togo dan Amerika Syarikat untuk jawatan tersebut. “Beliau akan mewakili rantau Pasifik Barat. Rantau ini meliputi 37 buah negara dan mewakili lebih satu perempat daripada populasi dunia,” kata Penasihat Menteri Kesihatan, Dimishtra Sittampalam seperti dipetik Bernama. WHA tahun ini merupakan edisi ke-75 perhimpunan tersebut dan ia merupakan kali pertama ia diadakan secara bersemuka sejak bermulanya pandemik Covid-19. Tema untuk perhimpunan tersebut merupakan…