ADA perbincangan hangat tentang kedudukan bahasa Melayu dalam media sosial. Ia sedikit sebanyak menyerlahkan realiti bahawa di mata sesetengah rakyat Malaysia, bahasa Melayu sekadar sebuah bahasa. Tidak ada kebanggaan nasional atau rasa kasih patriotik terhadap bahasa itu. Malah kepentingannya dipandang enteng: siapa mahu guna, dia guna; siapa tak mahu, itu hak dia. Seperti lazimnya perbincangan orang awam dalam ruang internet, ia bercelaru, penuh falasi dan berpandukan emosi. Jarang kita nak dapat penyelesaian tuntas melalui perbincangan media sosial. Dalam artikel ini, Relevan mahu mengajak anda menilik sejarah tentang bahasa Melayu. Ini kisah yang berlaku 56 tahun lalu. Kisah ini kekal menjadi peristiwa…
KU SYAFIQ KU FOZI
SETIAP minggu kita lihat ada konsert atau acara muzik yang dijalankan. Baik sekecil-kecil gig bawah tanah berharga RM20 sehingga konsert artis antarabangsa dengan tiket ribuan ringgit, acara muzik mendapat permintaan yang sangat tinggi. Acara muzik ada manfaatnya ekonominya yang tersendiri. Secara makro, acara muzik yang berskala besar boleh menarik kemasukan pelancong ke dalam negara. Ini akan memberi kesan positif kepada pendapatan dan nilai mata wang negara. Secara lebih mikro, acara muzik memberikan pendapatan kepada ramai pihak. Untuk menjayakan sesebuah acara muzik, ramai tenaga kerja yang diperlukan. Dalam artikel pertama siri Teroka Kerjaya ini, Relevan mahu memperkenalkan anda kepada kerjaya sebagai kru…
INDEKS Harga Pengguna (IHP) yang mengukur kadar inflasi negara meningkat kepada 3.3 peratus pada 2022, berbanding 2.5 peratus pada tahun sebelumnya. Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, peningkatan itu didorong terutamanya oleh kumpulan makanan dan minuman yang meningkat kepada 5.8 peratus; restoran dan hotel (5.0 peratus); pengangkutan (4.7 peratus) serta hiasan, perkakasan dan penyelenggaraan isi rumah (3.5 peratus). Kata beliau, kumpulan makanan dan minuman mencatatkan peningkatan berbanding 1.7 peratus pada 2021 dengan 90 peratus barangan makanan mencatatkan kenaikan harga. Kumpulan makanan dan minuman merupakan komponen terbesar dalam perbelanjaan isi rumah Malaysia dengan sumbangan 29.5 peratus daripada wajaran…
SAMBUTAN Hari Guru tahun ini disambut dengan pengumuman 10 inisiatif bagi memperkasa kebajikan guru oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. Berasaskan tema “Guru Insani Pemangkin Generasi Madani”, inisiatif tersebut disusun bagi memastikan persekitaran pekerjaan yang lebih kondusif serta memelihara emosi, fizikal dan intelektual guru-guru. Fadhlina dalam satu hantaran Facebook turut berkata, inisiatif itu berinspirasi daripada wawasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu memastikan pendidikan menjadi hak dari lahir untuk setiap anak-anak Malaysia. Kata beliau, bagi menjayakan wawasan tersebut, ekosistem pendidikan terbaik perlu dibangunkan dengan menepati apa yang digariskan dalam rukun MADANI. “Saya percaya komponen utamanya adalah guru-guru insani yang…
KELUARAN Dalam Negeri Kasar (KDNK) Malaysia berkembang 5.6 peratus pada suku pertama 2023 berbanding 7.1 peratus pada suku tahun sebelumnya. Secara bulanan, prestasi ekonomi negara berkembang sederhana sepanjang suku tahun pertama dengan pertumbuhan 4.6 peratus pada Januari, 6.6 peratus pada Februari dan 5.6 peratus pada Mac. Berbanding negara lain dalam rantau Asia Tenggara, ekonomi Malaysia bertumbuh lebih baik berbanding beberapa negara jiran. Sebagai contoh, Singapura dijangka mengalami pertumbuhan 0.1 peratus pada suku sama manakala KDNK Indonesia kekal meningkat 5.0 peratus. Prestasi ekonomi Vietnam dan Filipina pula masing-masing meningkat 3.3 peratus dan 6.4 peratus. Bagi memahami punca prestasi ekonomi negara yang…
PENDUDUK Malaysia pada suku tahun pertama 2023 dianggarkan 33.2 juta, meningkat 1.6 peratus berbanding 32.6 juta pada suku tahun pertama 2022. Menurut Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin, jumlah itu merangkumi 30.4 juta (91.7 peratus) warganegara dan 2.8 juta (8.3 peratus) bukan warganegara. Kata beliau, kenaikan itu disumbangkan oleh pertambahan semula jadi yang positif bagi warganegara dan juga pertambahan penduduk bukan warganegara. “Penduduk lelaki meningkat daripada 17.1 juta kepada 17.5 juta berbanding suku tahun pertama 2022 manakala perempuan meningkat daripada 15.5 juta kepada 15.7 juta bagi tempoh yang sama. Secara keseluruhan, nisbah jantina adalah 111 lelaki bagi setiap…
KADAR pengangguran negara terus mencatatkan nilai yang lebih baik apabila berkurang sebanyak 0.1 mata peratus kepada 3.5 peratus pada suku tahun pertama 2023 berbanding suku keempat 2022. Pada suku tersebut, seramai kira-kira 586,900 orang didapati menganggur, berkurang 2.3 peratus berbanding kira-kira 600,500 orang pada suku sebelumnya. Bilangan dan kadar itu merupakan yang terbaik pernah dicatatkan sejak suku tahun kedua 2020, ketika pandemik Covid-19 mula menunjukkan impak terhadap pasaran buruh Malaysia. Sejak suku tahun kedua 2021, pengangguran terus menunjukkan trend menurun sama ada dari segi kadar mahupun bilangan.’ Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pada suku tersebut, aktiviti…
SELAMA enam tahun berturut-turut, Finland diiktiraf sebagai negara paling bahagia dalam dunia melalui Laporan Kebahagiaan Dunia (WHR). Laporan tersebut meletakkan enam pemboleh ubah bagi mengukur kebahagiaan, iaitu pendapatan, jangkaan hidup sihat, mempunyai orang kepercayaan yang akan membantu sewaktu kecemasan, kemurahan hati, kebebasan dan kepercayaan. Sebagai antara elemen terpenting kehidupan, persekitaran dan budaya kerja juga pasti mempengaruhi kedudukan sesebuah negara dalam laporan tersebut. Sehubungan itu, Relevan mahu meneroka, apa agaknya rasa jika kita bekerja di Finland? Gaji Undang-undang buruh di Finland tidak menetapkan gaji minimum yang spesifik untuk semua industri dalam negara tersebut. Namun, perbincangan antara pertubuhan-pertubuhan majikan dengan kesatuan sekerja ada…
SEBAGAI sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) yang berwibawa, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sentiasa berusaha membangunkan potensi kepimpinan bukan sahaja dalam kalangan pelajarnya, malah pelajar universiti-universiti lain. Pelbagai program telah dianjurkan dan terbaharu, salah satu kolej kediaman di universiti itu, Kolej Aminuddin Baki (KAB) dengan kerjasama Gerakan Mahasiswa Perak akan menganjurkan program UPSI Leaders Colloquium 2023 yang membuka penyertaannya kepada pelbagai lapis masyarakat, termasuk orang awam dan pelajar sekolah. Program itu juga mahu mencipta rekod Malaysia sebagai program pengucapan awam terpanjang yang membincangkan aspek kepimpinan belia dengan durasi penuhnya selama 36 jam. Tanpa henti, 36 jam itu akan diisi ucapan-ucapan…
SUDAH banyak filem tentang genius dihasilkan tetapi saya sentiasa tertarik dengan Good Will Hunting. Mungkin kerana ia membawa kisah budak jalanan; ranggi dan menepati cita rasa budak kampung seperti saya. Mungkin juga kerana suara kasar Skylar dengan telor British yang menggoda. Tapi selepas ditilik-tilik, saya fikir tarikan utamanya ialah penerokaan terhadap trauma yang dihadapi watak-wataknya. Bukan hanya satu watak. Will Hunting yang diperankan Matt Damon memang menarik tetapi saya lebih berminat dengan watak Sean Maguire lakonan Robin Williams. Ini lakonan terbaik Robin, pada hemat saya yang cetek ilmu filem. Berbeza dengan peranan lazimnya yang cenderung komedi, Sean lebih serius dan…