Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Kadar pengangguran terus menurun, suku tahun terbaik sejak 2021

    Kadar pengangguran terus menurun, suku tahun terbaik sejak 2021

    By May 11, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SERAMAI kira-kira 586,900 orang didapati menganggur pada suku pertama 2023, berkurang 2.3 peratus berbanding kira-kira 600,500 orang pada suku sebelumnya. - GAMBAR HIASAN/UTUSAN

    KADAR pengangguran negara terus mencatatkan nilai yang lebih baik apabila berkurang sebanyak 0.1 mata peratus kepada 3.5 peratus pada suku tahun pertama 2023 berbanding suku keempat 2022.

    Pada suku tersebut, seramai kira-kira 586,900 orang didapati menganggur, berkurang 2.3 peratus berbanding kira-kira 600,500 orang pada suku sebelumnya.

    Bilangan dan kadar itu merupakan yang terbaik pernah dicatatkan sejak suku tahun kedua 2020, ketika pandemik Covid-19 mula menunjukkan impak terhadap pasaran buruh Malaysia.

    Sejak suku tahun kedua 2021, pengangguran terus menunjukkan trend menurun sama ada dari segi kadar mahupun bilangan.’

    Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, pada suku tersebut, aktiviti ekonomi dan sosial yang menggalakkan menyumbang kepada kedudukan penawaran buruh yang stabil.

    Justeru, kata beliau, bilangan tenaga buruh pada suku pertama 2023 meningkat sebanyak 0.6 peratus kepada 16.65 juta orang berbanding 16.54 juta orang pada suku tahun keempat 2022.

    “Oleh itu, kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) naik sebanyak 0.3 mata peratus kepada 69.8 peratus berbanding 69.5 peratus pada suku sebelumnya. 

    “Pada masa sama, bilangan penduduk bekerja bertambah sebanyak 0.8 peratus mencatatkan 16.06 juta orang,” katanya dalam kenyataan pada 11 Mei.

    Menurut Mohd. Uzir, bilangan penduduk bekerja kurang daripada 30 jam seminggu meningkat 2.1 peratus kepada kira-kira 274,200 orang berbanding kira-kira 268,500 orang pada suku keempat 2022. 

    Ini menjadikan bilangan guna tenaga tidak penuh berkaitan masa meningkat sebanyak 4.3 peratus kepada kira-kira 174,600 orang. Bilangan itu merujuk kepada penduduk yang bekerja kurang daripada 30 jam seminggu dan sanggup menerima tambahan jam bekerja.

    Sementara itu, guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran turut meningkat sebanyak 0.8 peratus kepada 1.91 juta orang dengan kadar sama seperti suku sebelumnya, iaitu 37.4 peratus.

    Guna tenaga tidak penuh berkaitan kemahiran merujuk kepada penduduk yang berpendidikan tertiari namun bekerja dalam kategori pekerjaan separuh mahir dan kemahiran rendah.

    Berkenaan prestasi pasaran buruh pada Mac pula, Mohd. Uzir berkata, kedudukan ekonomi yang optimis membolehkan pasaran buruh negara terus berkembang dengan stabil.

    Oleh itu, katanya, bilangan tenaga buruh pada Mac terus mengukuh sebanyak 0.2 peratus merekodkan 16.81 juta orang berbanding 16.78 juta orang pada Februari.

    “KPTB pada Mac kekal pada 69.9 peratus. Kedudukan tenaga buruh yang semakin baik pada bulan tersebut adalah berikutan peningkatan dalam bilangan penduduk bekerja manakala bilangan penganggur terus menurun.

    “Bilangan penduduk bekerja pada Mac berada pada trend menaik dengan peningkatan 0.2 peratus kepada 16.22 juta orang berbanding 16.19 juta orang pada bulan sebelumnya.

    “Sementara itu, bilangan penganggur pada Mac terus berkurangan sebanyak 0.5 peratus mencatatkan kira-kira 588,700 orang berbanding kira-kira 591,900 orang pada Februari. Kadar pengangguran pada Mac kekal pada 3.5 peratus,” jelasnya. – RELEVAN

    DOSM featured kadar pengangguran kerjaya
    Artikel Terkini

    Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

    July 3, 2025

    Pelajar jangan pinggirkan sastera

    July 2, 2025

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.