BANK Negara Malaysia (BNM) melalui Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus. Menurut bank pusat itu, pada tahap OPR tersebut, pendirian dasar monetari kekal agak akomodatif dan terus menyokong pertumbuhan ekonomi. Malah, katanya, MPC juga menilai bahawa risiko ketidaseimbangan kewangan pada masa hadapan adalah terhad. “MPC kekal berwaspada terhadap perkembangan semasa dan akan terus memantau data baharu bagi memaklumkan penilaian prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri. “MPC akan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil,” katanya dalam kenyataan pada 6 Jun. Ekonomi berkembang…
KU SYAFIQ KU FOZI
AKTIVITI berjalan cergas (brisk walking) merupakan senaman ringan yang mudah untuk dilakukan, baik dari segi lokasi, masa atau intensiti. Ia cocok untuk mereka yang pekerjaannya tidak melibatkan banyak pergerakan. Untuk mengelakkan gaya hidup sedentari, jadikan berjalan sebagai senaman. Walaupun aktivitinya ringan (boleh juga ditingkatkan menjadi sederhana), banyak manfaat kesihatan yang dapat diperoleh daripada aktiviti ini. Merujuk Healthline, Relevan senaraikan enam manfaat kesihatan aktiviti berjalan cergas. Mengurangkan berat badan Dengan berjalan cergas, anda dapat mengurangkan berat badan berlebihan pada tubuh. Aktiviti ini membantu anda membakar kalori tetapi bukan itu sahaja. Pengurangan kalori (baik melalui pembakaran atau pengurangan pengambilan) juga boleh menyebabkan anda…
KALAU anda sering kehabisan duit di hujung bulan, ada dua sebab utama ia berlaku: anda punya pendapatan yang rendah atau anda sering terlebih belanja. Hal pendapatan kita bincang di artikel lain tapi dalam artikel ini, Relevan mahu senaraikan punca utama kita sering terlebih belanja. Terlebih belanja ini bahaya. Kadang-kadang pada awal bulan, waktu baki akaun bank ada berangka-angka, kita sering lalai dalam berbelanja. Akhirnya pada hujung bulan, barulah datang rasa menyesal. Jadi, untuk mengelakkan ia sering berlaku, kita ambil tahu dahulu punca-punca utamanya. Selepas tahu punca, baru boleh mula ambil tindakan. Senarai ini seperti yang dikongsi portal Current. Awasi sebab-sebab yang…
KESIBUKAN hidup sering menjadi penghalang untuk kita menjadi lebih aktif menjaga kesihatan. Lebih-lebih lagi untuk mereka yang terpaksa melakukan lebih daripada satu kerja untuk menampung kehidupan, kalau kerja itu tidak melibatkan aktiviti fizikal yang banyak, tubuh memang tidak aktif dan sihat. Gaya hidup sedentari atau tidak aktif boleh menyebabkan banyak komplikasi kesihatan. Obesiti, penyakit jantung dan kolesterol tinggi – ini antara bahana yang menanti jika tubuh anda tidak aktif. Oleh itu, kita perlu berusaha untuk mengaktifkan tubuh. Jadual yang sibuk bukan alasan jika kita tahu aktiviti ringkas bermanfaat yang boleh dilakukan untuk kesihatan. Antara yang mudah untuk dilakukan ialah berjalan…
SEJAK dahulu sehingga kini, kita banyak dihidangkan dengan lagu-lagu yang menyentuh hubungan anak-anak dengan ibu bapa. Lagu-lagu seperti Syurga Di Bawah Telapak Kaki Ibu (Aisyah), Untukmu Ibu (Exist), 1,2,3,4 (Aris Ariwatan) dan Umi (Dato Shake) mewarnai hubungan kita dengan ibu bapa. Ada kalanya meruntun, ada kala menggembirakan. Namun, tahukah anda, lagu tentang kasih ibu bapa juga boleh ditemui dalam lagu-lagu alternatif tempatan. Baik genre metal, hip hop atau folk, lagu-lagu ini juga tidak kurang menyentuh perasaan. Untuk itu, Relevan senaraikan untuk anda tujuh lagu alternatif tempatan yang menyentuh kisah kasih ibu dan bapa. Aku Tahu – Altimet, Tomok https://open.spotify.com/track/4hR7jaW9r95HVlIZMtbXdb?si=29539fc781b0476c Dimuatkan dalam…
PROSEDUR operasi standard (SOP) pengurusan pandemik Covid-19 kini memasuki fasa baharu apabila Kementerian Kesihatan membuat semakan semula terhadap beberapa perkara, termasuk SOP pemakaian pelitup muka dan pengasingan kes. Menterinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, SOP pemakaian pelitup muka yang dahulunya wajib ke atas pesakit Covid-19, semasa berada dalam pengangkutan awam (kecuali kapal terbang) dan di fasiliti kesihatan telah dikemas kini. Katanya, berkuat kuasa 5 Julai ini, hanya dua situasi yang mewajibkan pemakaian pelitup muka, iaitu: Kes positif Covid-19 Ketika berada di fasiliti kesihatan mengikut amalan Kawalan dan Pencegahan Infeksi semasa berhadapan atau mengandalikan pesakit Dalam tiga situasi ini pula, orang ramai…
STANFORD Marshmallow Test mengajarkan kita tentang pengaruh kepuasan tertangguh (delayed gratification). Kalau faham erti sabar dalam mendapatkan sesuatu yang dihajati, kita lebih mudah menghadapi cabaran dunia. Ini nasihat yang lazim kita dengar. Kata orang tua, susah-susah dahulu, senang-senang kemudian. Sabar juga elemen penting dalam Islam, ia sebahagian daripada iman. Sehubungan itu, apabila diminta untuk menulis tentang isu hutang dan kecelikan kewangan, saya fikir perkara inilah yang paling penting untuk dibangkitkan: tentang kesabaran dan kekuatan untuk mengelak jalan pintas. Sebab godaan ‘syaitan kewangan’ sekarang semakin banyak dan kuat. Ada sahaja jalan yang ditawarkan untuk kita lalai mengurus kewangan. ARTIKEL BERKAITAN: 4…
PADA Disember 2021, kadar hutang isi rumah rakyat Malaysia ialah 89 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Kita sedar, bukan semua hutang yang dibuat oleh rakyat Malaysia itu buruk. Ada hutang yang baik seperti pinjaman perumahan, pendidikan dan perniagaan. Namun, itu bukan alasan untuk kita tidak berjaga-jaga. Usaha untuk menggalakkan kecelikan kewangan perlu diteruskan, malah dipergiat. Ada banyak faktor yang mendorong keberhutangan tetapi yang asas dan yang paling utama untuk diatasi ialah sikap. Tindakan berhutang bermula dari sikap dan perubahan sikap boleh membantu kita menjauhi hutang, terutamanya hutang buruk yang bukan keperluan. Sehubungan itu, Relevan kongsikan kepada anda empat…
SUDAH menjadi kebiasaan setiap kali menjelang Hari Raya Aidiladha, ibadah korban akan dilaksanakan anggota masyarakat yang berkemampuan bagi mendekatkan diri dengan Allah SWT. Walaupun telah menjadi amalan lazim, masih terdapat sesetengah perkara berkenaan hukum dalam ibadah ini yang menjadi kekeliruan buat umat Islam. Sehubungan itu, berpandukan Irsyad al-Fatwa Edisi Haji dan Korban Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Relevan menyenaraikan lima persoalan berkaitan ibadah korban yang mungkin belum jelas buat sesetengah pihak. Hukum berhutang bagi mengerjakan ibadah korban Kewujudan pakej-pakej korban yang membolehkan bayaran dibuat secara ansuran menimbulkan persoalan sama ada tindakan berhutang untuk melaksanakan ibadah korban itu dibolehkan. Melaksanakan korban dengan…
KEPUTUSAN tawaran kemasukan ke Tingkatan 6 untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 akan diumumkan pada 7 Julai ini. Menurut Kementerian Pendidikan, terdapat dua kaedah yang boleh digunakan pemohon untuk membuat semakan keputusan tawaran tersebut. Kaedah pertama adalah melalui aplikasi dalam talian Tingkatan Enam Bahagian Pengurusan Sekolah Harian Kementerian Pendidikan di pautan ini. Selain itu, pemohon juga boleh membuat semakan melalui sekolah asal masing-masing. “Murid yang ditawarkan ke Tingkatan 6 perlu melapor diri pada 25 Julai ini di kolej atau Pusat Tingkatan Enam yang dinyatakan dalam surat tawaran. “Bagi ambilan rayuan, tarikh lapor diri adalah pada 2 Ogos depan,” kata…