INI kisah epik bagaimana anugerah muzik paling berprestij dalam dunia pun boleh diperdaya permainan syarikat rakaman dan penerbit licik. Kisahnya bermula apabila dua anak muda, Fab Morvan dan Rob Pilatus bertemu dalam seminar tarian dan bersahabat. Mereka kemudiannya membentuk duo vokal dan merakamkan album bersama syarikat rakaman kecil di Jerman. Walaupun sudah secara rasmi menjadi penyanyi, mereka masih dibelenggu kemiskinan kerana pendapatan yang tidak tentu. Ini mendesak kedua-duanya untuk mencari peluang yang lebih besar dalam dunia muzik; mereka mahu jadi bintang. Nama Fab dan Rob mencuri perhatian penerbit popular yang melahirkan Boney M., Frank Farian. Kedua-duanya dijemput hadir ke studio…
KU SYAFIQ KU FOZI
KITA semua pernah jumpa manusia yang bercakap angkuh tak berhenti, gelak bingit-bingit tak peduli orang atau yang jenis makan tak tutup mulut, dia mahu semua orang dengar jeritan makanannya yang dikunyah. Tapi dari semua tabiat itu, tak ada siapa yang dapat melawan jengkelnya seekor serangga bernama pepijat. Betul. Orang makan berbunyi kita boleh suruh dia tutup mulut tapi pepijat, kita nak suruh apa? Ia akan terus menghuni bucu tilam yang terlipat, membiak tanpa kawalan dan waktu kita tidur, menikam stiletnya, menghisap darah dan meninggalkan bengkak serta gatal-gatal pada badan. Lebih teruk lagi, jangkitan pepijat sukar dihapuskan. Masing-masing boleh hidup paling…
DUNIA kerjaya bergerak laju, terutamanya selepas Revolusi Industri Pertama pada lewat abad ke-18. Banyak penemuan yang dimotivasikan industri menumbuhkan pelbagai pekerjaan baharu dan dalam masa sama memupuskan banyak pekerjaan lain. Disebabkan teknologi, banyak pekerjaan menjadi lapuk dan tidak berguna lagi. Banyak pekerjaan yang kita tak terfikir pernah wujud suatu masa dahulu sebenarnya ada kerana beratus tahun dahulu, banyak teknologi yang kita guna hari ini belum tercipta. Tanpa teknologi, fungsinya perlu dijalankan manusia. Jumlah pekerjaan yang sudah pupus sangat banyak tetapi Relevan cuba kumpulkan 11 yang paling menarik untuk anda. Tukang kejut orang tidur Kerjaya ini dipanggil knocker-up atau knocker-upper di Eropah.…
BOCO ialah baca dalam dialek Jawa, bukan sejenis ejaan sensasi (sensational spelling) yang diubah suai dari perkataan “bocor”. Itu pencerahan pertama yang saya dapat tentang Pasar Boco melalui bacaan awal yang dibuat sebelum hadir ke acara itu. Pencerahan-pencerahan lain saya terima ketika menemu bual dua ‘kepala’ yang menganjurkannya, Mosyuki Borhan dan Wani Ardy. Sedikit imbasan sejarah, Pasar Boco bermula dengan nama Hari Bintang Jatuh, dianjurkan pada 2008. Ia kemudian menjadi Pasar Boco dan konsisten selama beberapa tahun sehingga penganjuran terakhirnya di Ipoh pada 2016. Menurut Wani, Hari Bintang Jatuh dan Pasar Boco sangat terinpirasi daripada dua acara yang lebih awal…
KIRA-kira sedekad lalu, saya baru sedar bahawa gerakan alternatif tak hanya wujud dalam lapangan muzik. Ia ada untuk sastera, perbukuan, filem dan entah apa gerakan alternatif lain yang berada di luar radar saya. Tahun-tahun itu antara detik perkenalan awal saya dengan gerakan buku alternatif dan mandiri yang kebanyakannya berpusat di Kuala Lumpur. Hubungan saya dengan gerakan itu adalah secara maya dan serba pasif – saya tak turun lapangan, beli produk, hanya mengikuti perkembangan di Facebook dan Twiiter. Sebab itu, apabila Pasar Boco mengumumkan mahu kembali, saya perlu memerah ingatan bersungguh-sungguh, mencari apa sahaja kenangan yang saya ada tentang acara itu.…
SEPANJANG lima tahun menjadi penyampai radio, ada banyak peristiwa yang diiktiraf sebagai batu tanda kerjaya oleh penyampai Rakita, Atoi Tohet. Salah satunya ialah mengendalikan RabakLit FM. Bukan sahaja hasrat awalnya tercapai melalui rancangan itu, malah sambutan terhadap RabakLit FM sangat baik. “Banyak detik (sepanjang mengendali RabakLit FM) yang boleh dijadikan pengalaman yang menarik. “Kalau ada orang tanya, sepanjang hidup apa yang saya dah buat, saya boleh tunjuk (RabakLit FM),” jelas Atoi. Bagi Ketua Penerbitan Rabak-Lit Publication, Izzat Amir yang sudah kira-kira 14 tahun berkecimpung dalam industri perbukuan, RabakLit FM ialah pengalaman yang istimewa. Dia tidak asing dengan kunjungan ke radio.…
GELOMBANG buku alternatif – atau yang sesetengah orang gelar buku indie – pernah memuncak beberapa tahun sudah. Sambutannya meriah, terutamanya dalam kalangan anak muda. Kini, gelombangnya mungkin tidak sebesar dan berimpak seperti dulu, namun ia masih terus wujud dan bergerak. Ada penerbit baharu yang lahir, malah penulis juga masih ramai yang selesa berkarya dalam jalur alternatif. Sesuatu yang istimewa pada mereka yang hidupnya berselimut budaya alternatif: mereka sentiasa mencari jalan untuk tampil berbeza dan unik. Keseragaman merimaskan, trend dipandang dengan ekor mata. Inilah inti cerita dua manusia yang menjadi Ikon Relevan bulan ini. Atoi Tohet dan Izzat Amir berjumpa, berkawan…
ADA dua cara untuk menjadi pekerja penting dan dikenali di pejabat. Satu, buat kerja dengan baik, cekap dan berkesan. Dua, halakan seluruh tenaga anda untuk menjadi pembodek dan penjilat tegar para bos. Langkah satu berintegriti, beretika dan bermaruah. Langkah dua yang sebaliknya.. Kalau dalam diri anda ada secebis wibawa, pasti langkah satu menjadi pilihan. Kita mahu maju dalam kerjaya dengan cara yang bermaruah, atas kemahiran kerja yang baik. Membodek dan menjilat adalah jalan pintas yang akhirnya akan mencalit arang pada muka sendiri juga. Berpandukan pesan pakar penjenamaan peribadi, William Arruda, Relevan kongsikan tujuh langkah menjadi cemerlang di tempat kerja tanpa perlu…
KEKAYAAN lima individu terkaya dunia meningkat lebih dua kali ganda sejak 2020 dan dalam masa sama, hampir lima bilion manusia lain semakin miskin. Menurut Oxfam International, lima individu terkaya dunia seperti dalam senarai Forbes meningkatkan kekayaan mereka daripada AS$405 bilion (RM1.91 trilion) kepada AS$869 bilion (RM4.1 trilion) sejak 2020, dengan kadar AS$14 juta (RM66.03 juta) setiap jam. Katanya, jika trend itu berterusan, dunia akan menemui trilionair pertamanya dalam tempoh sedekad, sedangkan kemiskinan tegar memerlukan 229 tahun untuk dihapuskan. Fakta-fakta itu merupakan dapatan daripada laporan Inequality Inc. yang diterbitkan pada 15 Januari. Laporan sama turut mendedahkan bahawa tujuh daripada 10 syarikat terbesar…
SIATIKA merujuk kepada rasa sakit di sepanjang laluan saraf siatik, saraf yang memanjang dari kawasan pinggang, pinggul hingga kaki. Lazimnya, siatika terjadi apabila cakera melejit (herniated) dan tulang yang tumbuh lampau (overgrowth bone) menekan sebahagian daripada saraf tersebut. Ini menyebabkan keradangan, kesakitan dan seringkali kekebasan pada kaki. Siatika boleh menyebabkan rasa sakit yang teruk tetapi kebanyakannya boleh kembali pulih melalui rawatan selama beberapa minggu. Berikut Relevan senaraikan simptom dan punca siatika menurut laman web Mayo Clinic. Simptom Rasa sakit akibat siatika boleh dirasai di mana-mana tempat di sepanjang laluan saraf siatik. Paling kerap, rasa sakitnya mengikut laluan dari pinggang ke…