KITA selalu dengar tentang Hadiah Nobel yang dianugerahkan setiap tahun kepada tokoh yang memberi impak besar dalam enam bidang, iaitu keamanan, fizik, kimia, fisilogi atau perubatan, sastera dan ekonomi. Namun, ada satu lagi hadiah yang tidak kurang prestij dan kepentingannya, iaitu Hadiah Rolf Schock yang diberikan kepada tokoh-tokoh dengan sumbangan besar dalam bidang logik dan falsafah, matematik, seni visual serta seni muzik. Hadiah tersebut merupakan warisan ahli falsafah dan seniman Sweden, Rolf Schock yang meninggalkan sejumlah harta untuk penganjurannya sebelum meninggal dunia. Hadiah tersebut diberikan sejak 1993 dan bermula 2005, ia dianugerahkan setiap tiga tahun. Penentuan pemenang dibuat oleh Akademi…
KU SYAFIQ KU FOZI
RAMADAN merupakan bulan suci yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam sepanjang tahun. Sepanjang bulan, pelbagai peluang menambah pahala dihidang dan sepanjang sebulan itu juga, kita diingatkan untuk mendekati diri dengan agama. Menguruskan kewangan dengan cermat juga antara tuntutan dalam Islam. Punca datang dan arah belanja harta adalah antara perkara yang akan dipertanggungjawabkan ke atas seorang Muslim pada hari akhirat kelak. Maka, adalah baik kalau keberkatan dan pengajaran yang diperoleh daripada Ramadan diterjemahkan ke dalam strategi pengurusan kewangan. Bagaimana Ramadan boleh mengajar kita membelanjakan harta dengan lebih cermat dan bertanggungjawab. Disiplin diri ketika berbelanja Ramadan mengajarkan kita tentang disiplin diri. Pengurusan masa…
ADA terma yang dicipta bagi menggambarkan kehidupan bekerja yang bosan, rutin dan terikat, iaitu kerja 9-5. Ia merujuk kepada kehidupan bekerja yang terikat di pejabat dengan waktu kerja tetap, kebiasaannya dari pukul 9 pagi ke 5 petang. Ketetapan bekerja sebegitu menjadi semacam hinaan terutamanya di negara Barat. Kerja 9-5 dilihat membosankan, melelahkan dan tidak menepati kehendak generasi pekerja sekarang. Namun, tidak semua membenci aturan kerja sebegitu. Bagi sebahagian orang, aturan tetap itu lebih menyenangkan dan konsisten. Mungkin ini boleh menjadi dilema buat generasi pekerja yang baharu. Seluruh isi dunia memberi gambaran yang kerja 9-5 itu perlu dielak tetapi mereka sendiri…
SUDAH separuh minggu Anugerah Lagu Indie (ALI) 2023 melabuhkan tirai. Teka-teki lagu terbaik sudah terjawab tetapi bukan itu sahaja yang menarik dalam pentas akhir yang diadakan pada 7 Mac lalu. Pentas akhir ALI2023 diisi dengan kemeriahan, kejutan dan penerokaan. Itu mungkin kesimpulan paling ringkas yang boleh dibuat. Dari segi ramalan pemenang, Relevan tergelincir banyak tapi ia tidaklah pelik kerana persaingan antara finalis boleh dikatakan sengit-sengit belaka. Berikut merupakan senarai pemenang ALI2023: Lagu Terbaik: Pembunuh Malam oleh Lunar Lagu Hip Hop Terbaik: LXF oleh LXF Lagu Pop Terbaik: Pembunuh Malam oleh Lunar Lagu Rock Terbaik: Souled Out oleh VOTA Persembahan Terbaik:…
BUKAN mudah untuk satu skim penipuan bertahan selama lebih seratus tahun tetapi skim Ponzi boleh. Bukanlah bermaksud penipuan yang dilakukan Charles Ponzi pada 1920-an masih wujud sehingga hari ini dan terus membuatkan lelaki Itali itu kaya raya. Idea di sebalik skim penipuannya yang masih bertahan sehingga hari ini. Kunci skim itu bertahan ada dua: satu, manusia tamak dan dua, manusia yang tidak celik kewangan. Selagi wujud dua jenis manusia ini, skim Ponzi akan terus wujud dalam pelbagai variasi. Sebelum kenal lebih mendalam tentang skim itu, kita telusuri sejarah dahulu. Penipuan beratus tahun Skim penipuan pelaburan seperti skim Ponzi wujud pada…
PENTAS akhir Anugerah Lagu Indie (ALI) akan diadakan pada 7 Mac 2024, dengan tayangan eksklusif di saluran Youtube Anugerah Lagu Indie. Pentas akhir kali ini membawakan kelainan apabila buat pertama kali kategori genre diperkenal. Sejak peringkat 30 terbaik, lagu-lagu dikelompokkan kepada kategori Pop, Rock dan Hip Hop. Mungkin ini faktor yang membuatkan banyak muka baharu berjaya layak ke peringkat akhir. Pecahan kategori memberikan peluang yang lebih setara untuk lagu-lagu dalam genre berbeza. Menjelang pentas akhir yang akan dilangsungkan di Spacerubix, Puchong nanti, Relevan bawakan enam perkara yang anda perlu tahu tentang ALI2023. Lima hos ALI sinonim dengan pasangan penyampai Rakita, Bob…
ROCK mungkin kategori paling popular tapi sukar untuk melihat genre ini mendominasi Anugerah Lagu Indie (ALI). Tahun ini, genre metalcore sangat mendominasi kategori rock. Ada empat lagu yang tergolong dalam genre ini (atau sekurang-kurangnya menggunakan elemennya) dan masing-masing membawa variasi yang berbeza. Penguasaan metalcore mungkin membawa petanda yang genre itu akan tampil cemerlang dalam ALI tahun ini. Namun, ia juga boleh jadi sebaliknya. Mungkin satu-satunya lagu yang tidak membawa panji metalcore yang akan menyerlah kerana perbezaannya. Berikut merupakan ulasan Relevan terhadap kelima-lima lagu kategori rock yang berjaya lolos ke pentas akhir ALI2023 bersama ramalan pemenang. Jiwa (Takhta Milik Kita) -…
REKOD Anugerah Lagu Indie (ALI) sebelum ini, lagu bergenre pop yang paling mudah mendapat tempat. Daripada sembilan lagu yang mendapat tempat dalam tiga edisi ALI yang lepas, hanya juara ALI2021, Enge Port oleh Arunboii yang bukan bergenre pop (atau mungkin dua lagu Nusarasa juga bukan pop, bergantung pada fahaman genre anda). Maka, selamat untuk diramal lagu dalam kategori ini yang akan sekali lagi diangkat sebagai juara keseluruhan. Cuma, ALI2023 bawa banyak pembaharuan, termasuk barisan juri. Mungkin ramalan ini akan meleset. Relevan bawakan untuk anda ulasan terhadap lima lagu yang terpilih ke peringkat akhir untuk kategori pop bersama ramalannya. Memetik Ibrahim…
ANUGERAH Lagu Indie (ALI) 2023 berjaya menonjolkan bakat-bakat hip hop yang aktif bergiat di bawah radar jentera industri muzik arus perdana. Ada nama-nama besar yang mara ke peringkat akhir, seperti Lawalah Familia (kini menggunakan nama LXF), SLATAN dan 53 UNIVERSE. Namun, nama-nama ini masih tidak diangkat di media-media popular, sekali gus menjadikan ALI sebagai platform yang berkesan untuk mengiktiraf bakat-bakat sebegini. ALI pernah mengangkat lagu bergenre hip hop sebagai juara apabila penampilan pertama Arunboii melalui lagu Enge Port menjadikan penyanyi rap itu sebagai juara kedua. Bagaimanapun, cukup kuatkah lima lagu yang tersenarai ke peringkat akhir dalam kategori ini untuk mengulang…
KOD Etika Kewartawanan Malaysia diperkenalkan pada 1989. Selama lebih tiga dekad, ia menjadi rujukan untuk tanggungjawab wartawan, malah sebagai punca kuasa pengeluaran dan pembatalan Kad Perakuan Media (KPM) untuk petugas media. Merentasi zaman, perubahan-perubahan dalam dunia kewartawanan, terutamanya dalam soal teknologi menuntut pembaharuan dalam etikanya. Sehubungan itu, Jabatan Penerangan tampil dengan inisiatif mengemas kini kod etika tersebut dengan penerbitan Kod Etika Wartawan Malaysia pada 20 Februari lalu. Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, pembaharuan kod etika tersebut telah diteliti dan diperhalus agar lebih seimbang dan relevan untuk diguna pakai oleh pengamal media semasa. Kata beliau, penerbitan Kod Etika Wartawan Malaysia juga mendapat…