AMAL HAYATI FAUZI

DI mana hendak makan menjadi dilema kepada ramai orang. Paling mudah akhirnya adalah kedai nasi kandar atau kedai makan lain menghidangkan makanan popular di kalangan pelanggan di negara ini. Makan secara keterlaluan di mana-mana kedai makan adalah tidak sihat. Pakar dietetik, Nurul ‘Aqilah Hasan Ashaari, berkongsi beberapa tips untuk kekal sihat tidak kira di mana anda melepak bersama kawan-kawan. Jangan makan berlebihan Makanan kegemaran rakyat Malaysia seperti nasi lemak, roti canai dan teh tarik. Nurul ‘Aqilah menyarankan orang ramai menikmati menu ini secara berkala dan utamakan saiz hidangan supaya mengelak pengambilan kalori yang berlebihan. Ubah suai menu kegemaran anda Tidak…

Read More

SEMUA orang mahu berjaya. Ramai mengimpikan pekerjaan di syarikat besar tetapi bekerja di syarikat ternama tidak semestinya menjamin kebajikan fizikal dan mental. Ada syarikat yang kurang dikenali tetapi lebih menghargai pekerjanya dengan gaji lebih lumayan serta faedah yang lebih baik. Semua perkara ini harus difikirkan kerana anda akan bekerja untuk tempoh yang panjang. Pilihan pekerjaan yang memberi kesan besar terhadap kehidupan seharian supaya anda tidak menyesal di kemudian hari. Menerusi perkongsian oleh Talent Labs, beberapa aspek utama yang perlu dipertimbangkan sebelum memilih pekerjaan. Perjalanan ke tempat kerja Antara faktor yang sering terlepas pandang kerana ia akan mempengaruhi masa dan tenaga.…

Read More

PERNAHKAH anda rasa susah bangun pada waktu pagi walaupun sudah cukup tidur?  Badan terasa berat, kepala mula pening dan tiada semangat memulakan hari anda. Perasaan yang anda alami ini berkemungkinan besar berpunca daripada gaya hidup yang tidak sihat. Berikut antara sebab utama anda kerap rasa lesu setiap kali bangun pagi. Kualiti tidur terganggu Tidur lama tidak semestinya berkualiti. Jika kerap terjaga pada waktu tengah malam bermaksud badan tidak mendapat rehat yang cukup. Ini menyebabkan hormon stres kekal tinggi pada waktu pagi dan membuatkan anda sukar berasa segar. Pengambilan karbohidrat dan gula berlebihan sebelum tidur Makan nasi atau makanan manis lewat…

Read More

KAJIAN Universiti Stanford menunjukkan Malaysia berada di tangga ketiga dengan purata 3,963 langkah sehari bagi negara paling kurang berjalan. Hasil kajian itu adalah membimbangkan kerana kekurangan pergerakan menggalakkan kenaikan berat badan, tekanan darah tinggi, kencing manis, keletihan, kurang fokus dan sukar tidur malam. Apa yang tidak diketahui oleh ramai orang bahawa berjalan kaki mampu membantu menurunkan berat badan selain memastikan seseorang kekal sihat. Banyak kajian mengesahkan aktiviti brisk walk dapat membantu dalam pelbagai aspek. Apa itu brisk walk? Brisk walk ialah berjalan dengan kadar cepat tetapi masih boleh dilakukan tanpa menyebabkan anda tercungap-cungap. Ia senaman rendah risiko kecederaan dan boleh…

Read More

SEKARANG adalah waktu paling sesuai bagi wanita Islam yang sudah akil baligh untuk menggantikan puasa yang masih tertinggal daripada Ramadan lalu. Sebelum ini, media melaporkan Ramadan tahun hadapan akan bermula pada 18 Februari atau kurang tiga bulan dari sekarang. Bagi mengelakkan kesuntukan masa menjelang kedatangan bulan mulia itu, inilah masa paling ideal untuk mula menggantikan puasa memandangkan waktu Maghrib kini lebih awal iaitu sekitar 6.58 petang.  Bagi sesiapa yang masih keliru tentang cara mengganti puasa, berikut adalah panduan ringkas. Cara-cara mengganti puasa Lafaz niat puasa ganti نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ قَضَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ لِلَّه تَعَالَى Maksud: “Sahaja aku berpuasa esok…

Read More

KESELAMATAN siber menjadi tumpuan apabila sektor e-dagang, kewangan dan data kerajaan semakin terdedah akibat tindakan organisasi tidak bertanggungjawab sehingga sukar dikawal. Felo Pusat Kajian Polisi Indonesia, Dr. Kartina Sury berkata, cabaran terbesar ketika ini adalah menyedarkan masyarakat untuk dilindungi daripada risiko dunia maya. “Kita perlu memastikan masyarakat menggunakan teknologi sebaiknya supaya mereka dapat melindungi diri dan data peribadi mereka dari pelbagai ancaman siber di luar sana,” katanya di sebuah forum mengenai cabaran keselamatan siber di Festival Idea Putrajaya. Deepfake, cabaran baharu dunia maya Ancaman teknologi yang terbaru dikenali sebagai ‘deepfake’ berisiko kerana mampu memanipulasi wajah dan suara dengan begitu realistik…

Read More

MELANGKAH ke alam pekerjaan buat kali pertama sememangnya mendebarkan. Lebih-lebih lagi jika anda merupakan graduan yang baru menamatkan pelajaran. Setiap kerjaya bukan hanya bergantung kepada kelayakan atau kemahiran semata-mata. Tabiat atau sikap profesional yang dibina dalam diri dari awal adalah sama penting. Berikut tabiat penting yang boleh membantu seseorang sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Tanya soalan sebelum anda menerima tawaran kerja Sebelum menerima sesuatu pekerjaan, anda berhak untuk menanyakan mengenai skop kerja pekerjaan tersebut. Jangan terburu-buru untuk menerima tanpa memahami sepenuhnya tanggungjawab yang datang bersama jawatan itu.  Balas e-mel dengan bersungguh Pastikan anda menjadi seorang yang responsif membalas e-mel syarikat…

Read More

BAGI meringankan beban rakyat, kerajaan memperkenalkan pelbagai bantuan meliputi kewangan, latihan kemahiran, kesihatan dan kebajikan. Masih ramai yang belum menyedari bahawa bantuan ini mudah untuk dimohon dan terbuka kepada semua golongan masyarakat. Berikut merupakan inisiatif kerajaan yang boleh dimanfaatkan sepanjang tahun ini. Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bantuan ini diberikan secara tunai kepada isi rumah dari golongan berpendapatan rendah (B40) dan pertengahan (M40), termasuk orang bujang dan warga emas. Jumlah bantuan berbeza mengikut pendapatan dan tanggungan keluarga. Cara memohonnya adalah dengan menyemak maklumat di portal STR Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Bantuan Latihan Perantis (BLP) Program bantuan latihan BLP oleh Jabatan…

Read More

MERASA mengantuk dan badan terasa berat setelah makan adalah perkara biasa kerana badan sedang bekerja keras mencerna makanan. Bagaimanapun, harus diingat tabiat baring atau tidur sebaik makan boleh menjejaskan kesihatan. Proses pencernaan terganggu Tubuh badan memerlukan masa untuk mencerna makanan. Apabila kita baring atau tidur sejurus selepas makan, proses tersebut boleh terganggu akibat makanan tidak dihadam dengan betul. Akibatnya, perut terasa kembung, tidak selesa serta menyebabkan pedih ulu hati. Lebih teruk jika individu mempunyai masalah gastrik atau GERD sehingga boleh mengganggu pola tidur. Berat badan meningkat Tabiat tidur selepas makan boleh meningkat berat badan jika tidak dibendung. Ini kerana kalori…

Read More

KEPERCAYAAN bukan boleh dibeli, tetapi dibina melalui usaha yang konsisten. Persekitaran tempat kerja yang sihat memerlukan rasa hormat dan kepercayaan antara majikan dan pekerja. Budaya inilah yang membina kesetiaan dan melahirkan tenaga kerja yang komited.  Berikut merupakan tanda-tanda yang menunjukkan anda berada di tempat kerja dengan persekitaran positif. Usaha dan pandangan dihargai Tempat kerja yang mengambil berat pandangan dan usaha pekerja selalunya mempunyai budaya kerja yang terbuka dan saling menghormati. Setiap idea yang dikemukakan diberi perhatian dan bukan hanya hangat-hangat tahi ayam. Secara tidak langsung, pekerja rasa dihargai dan lebih bersemangat untuk terus meningkatkan prestasi. Hormat diri  Jika tempat kerja…

Read More