SAYA rasa, saya seorang manusia pemalas. Tahun ini, umur saya 30 tahun. Saya (masih) bangun lambat. Saya suka buang masa. Lebih memburukkan keadaan, saya sukar fokus pada waktu kerja, fikiran mudah melayang. Tahu-tahu sudah pukul 3 petang. Kerja pula belum siap. Jadi, saya simpulkan bahawa saya seorang pemalas. Kalau rajin, sudah tentu kerja boleh siap awal. Dulu, saya malas buat kerja sekolah. Kalau cikgu minta salin karangan pada waktu cuti sekolah, saya tidak akan buat walaupun tahu saya akan dimarahi. Dalam hati, saya lebih sanggup kena jerkah atau kena rotan depan kelas daripada menghabiskan masa cuti sekolah menyalin karangan sebanyak…
Zahra Mohamad Zhahir
UMI (bukan nama sebenar) merupakan seorang graduan universiti. Dia telah berjaya mendapatkan pekerjaan di sebuah syarikat ternama. Sebagai pekerja baharu, sudah tentulah Umi ingin belajar sebanyak mungkin. Pada hemat Umi, semakin banyak kerja, semakin banyaklah dia boleh belajar. Pada bulan pertama, Umi masih boleh menyiapkan kerja-kerjanya dengan baik. Namun, pada bulan kedua, ketiga dan seterusnya, Umi terpaksa balik lambat. Kerja mula menimbun, Umi pula mula serabut. Masalahnya, kerja yang Umi dapat semuanya di luar skop. Umi tidak perlu buat kerja-kerja tersebut. Namun, bos merasakan Umi perlukan pendedahan dan pengalaman. Akhirnya, Umi burnout. Satu kerja pun tak jalan. Seni berkata tidak…
“Kami masih belum pasti, apa pulangan (teater) ini nanti. Masih ada lagi ke yang mahu lihat Aloy, Fazleena dan saya berlakon? Kami semua sudah berusia. Bagaimana pula dengan penerimaan audiens? Studio pula jauh dari bandar. Ada orang nak datang? “Kami fikir (pembikinan teater) ini adalah satu benda yang berani. Risikonya besar. Tetapi, apa yang membuatkan kami teruskan juga adalah passion (semangat) kami untuk terus menghidupkan seni”. Begitu kata Dr. Syahrul Musa, Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Seni Persembahan, Kolej Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM) berkenaan teater arahannya, Persiapan Seorang Aktor yang bakal ditayangkan pada 27 hingga 30 Jun di Studio…
DALAM mitologi Yunani, ada seorang raja cerdik pandai bernama Sisyphus. Sisyphus, raja Ephyra, merupakan seorang yang penuh dengan tipu helah. Dia percaya dia lebih bijak dari semua orang dan lebih bijak daripada bapa segala Tuhan, Zeus. Sisyphus berjaya memperdaya Tuhan Kematian, Thanatos, sebanyak dua kali. Malah, dia juga berjaya mencuri rahsia-rahsia dari langit sehingga mengundang kemurkaan Zeus. Bosan dengan tipu helah Sisyphus, Zeus telah menghukumnya dengan satu tugas yang sangatlah tidak masuk akal. Sisyphus disumpah untuk menggolekkan satu batu besar ke atas gunung. Bagaimanapun, apabila Sisyphus hampir sampai di puncak, batu tersebut akan bergolek ke bawah. Sisyphus pasrah. Dia mula…
PADA 16 Disember 1997, Takeshi (bukan nama sebenar) sedang duduk di hadapan televisyen bersama adiknya. Masing-masing teruja untuk menonton siri animasi terkenal, Pokémon yang bakal ditayangkan pada pukul 6.30 petang. Pada hari tersebut, episod Pokémon ke-38 bertajuk Dennō Senshi Porygon (Askar Elektrik Porygon) bakal disiarkan. Ia merupakan kemunculan sulung Pokémon berbentuk polihedral, bermata heksagon bernama Porygon. Bagaimanapun, sesuatu yang tidak disangka-sangka berlaku pada petang bersejarah itu. Ketika menonton animasi tersebut, Takeshi yang pada waktu itu berusia 14 tahun mula berasa mual. Dia rebah di hadapan televisyen sebelum badannya tersentak-sentak diserang sawan. Serangan tersebut berlarutan selama beberapa minit. Selepas itu, Takeshi…