Facebook Twitter
    Trending
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    • Mampukah generasi kita beli rumah?
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025

      Berbelanja untuk permainan video? Pastikan anda tahu batasnya

      May 21, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Baik buruk bergosip dalam kehidupan seharian

    Baik buruk bergosip dalam kehidupan seharian

    By Zahra Mohamad ZhahirJuly 3, 2024Updated:July 18, 20244 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Manusia suka bergosip kerana ia merupakan satu cara kita bersosial - GAMBAR HIASAN/RELEVAN

    SEJARAH menunjukkan, amalan bergosip sudah diamalkan sejak zaman purba lagi. 

    Pada waktu itu, gosip merupakan salah satu cara masyarakat bertukar-tukar informasi. Dalam kalangan masyarakat Yunani purba misalnya, mereka gemar bergosip untuk menentukan siapa dalam kalangan mereka yang boleh dipercayai. 

    Sebarang informasi mengenai siapa paling kaya atau siapa paling berkuasa pada waktu itu nilainya seperti emas. Melalui aktiviti bergosip jugalah, mereka dapat tahu siapa yang boleh dibuat kawan dan siapa sebenarnya musang berbulu ayam. 

    Pada zaman moden, kita masih suka bergosip; mungkin atas alasan yang sama. Masyarakat memandang amalan ini sebagai negatif tetapi pakar mempunyai pendapat yang berbeza. 

    Menurutnya, bukan semua orang bergosip mengenai perkara negatif. Ada yang bercakap mengenai artis, ada juga yang bergosip mengenai individu tertentu yang mereka ikuti dalam media sosial. 

    Gosip-gosip sebegini tidak membawa mudarat (harmless). Mahu tidak mahu, amalan bergosip merupakan sebahagian daripada hidup manusia. Malah, ia merupakan cara kita bersosial.  

    Namun, jangan terkeliru antara bergosip dengan mengumpat. Ia merupakan dua perkara berbeza. Bergosip boleh jadi negatif atau positif. Mengumpat pula, sudah tentulah berdosa! 

    Manusia bergosip 52 minit setiap hari 

    bergosip
    Seorang manusia menghabiskan masa selama 52 minit setiap hari untuk bergosip. – GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    Menurut kajian yang dimuatkan dalam jurnal Social Psychological and Personality Science, seorang manusia menghabiskan masa selama 52 minit setiap hari bercerita mengenai gosip.

    Selalunya, apa yang disembangkan berkisar mengenai masalah peribadi atau peristiwa tertentu dalam kehidupan. Pendek kata, ia adalah gosip-gosip neutral atau ‘sembang kosong’. 

    Tetapi, apa yang membuatkan manusia suka bergosip? Menurut Health Shots, otak manusia akan merembeskan hormon oksitosin dan serotonin ketika bergosip. Gabungan dua hormon inilah yang membuatkan kita rasa teruja.

    Selain dapat merapatkan hubungan, amalan ini juga mungkin baik untuk kesihatan seseorang. 

    Bersembang dengan rakan-rakan boleh buatkan kita rasa gembira. Meluahkan perasaan kepada pasangan juga boleh buatkan kita rasa tenang.  Gembira dan tenang baik untuk kesihatan.

    Bagaimanapun, gosip juga boleh memberikan impak buruk terhadap kesihatan mental. Gosip liar yang tersebar boleh merosakkan reputasi dan kehidupan seseorang. Kesahihan satu-satu gosip yang tersebar juga sukar untuk ditentukan. 

    Bayangkan, anda dengar gosip tentang diri sendiri di pejabat. Katanya, anda bakal dinaikkan pangkat. Namun, hari terus berlalu tanpa sebarang berita daripada orang atasan. 

    Rupanya, semuanya hanyalah khabar angin! Sudah pastilah, anda akan terkesan dengan gosip tersebut.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 langkah kejar kerjaya impian

    ARTIKEL BERKAITAN: Hadapi persekitaran kerja toksik dengan cara yang betul, ikuti langkah-langkah ini

    Penggosip baik vs penggosip buruk

    bergosip
    Sebelum bergosip, kenali dahulu siapa kawan dan siapa pula lawan – GAMBAR HIASAN DIANA.GRYTSKU/FREEPIK

    Kita terpaksa terima, semua orang bergosip. Ia merupakan sebahagian daripada sifat kita sebagai manusia. Bagaimanapun, bukan semua jenis gosip itu baik untuk kesihatan mental kita. 

    Penting untuk kita kenal pasti siapakah kawan dan siapa pula lawan. Ada tiga jenis penggosip yang berbeza: 

    • Penggosip neutral – Bercakap dengan orang lain untuk berkongsi satu-satu informasi. Selalunya, gosip begini tidak mendatangkan mudarat kepada sesiapa. 

    Contoh: “Korang tahu tak, semalam bos beli kerepek untuk semua orang? Rugi kau tak masuk office. Kalau nak, ambil dekat pantry.” 

    • Penggosip negatif – Penggosip begini perlu dielakkan. Mereka menggunakan gosip-gosip yang bertebaran sebagai senjata. Isi gosip yang dikongsi selalunya bersifat negatif dan boleh merosakkan reputasi seseorang. Mereka lebih agresif dan selalunya dibenci masyarakat. Disebabkan sifat gosip yang dikongsi, penggosip negatif tidak disukai ramai.

    Contoh: “Korang tahu tak, bos jual kerepek kat office sebab dia tengah ada masalah kewangan besar. Dengar cerita, dia ada banyak hutang dan bisnes kat luar semua gagal. Patutlah terdesak sangat sampai jual kerepek kat kita. Mesti ada something fishy ni.

    • Penggosip positif – Sifat gosip positif bertentangan dengan gosip negatif – ia merapatkan hubungan dalam kalangan masyarakat. Gosip positif merupakan satu langkah untuk menunjukkan sokongan terhadap seseorang, namun dengan cara yang berlapik. 

    Contoh: “Bos belikan kita semua kerepek harini. Sedap pula tu. Murah betul hati bos. Minggu lepas belanja kopi, minggu ni belanja kerepek. Minggu depan apa pula?”

    Jadi, penggosip yang manakah anda? – RELEVAN 

    bergosip featured gosip kebaikan bergosip keburukan bergosip
    Artikel Terkini

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025

    Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

    June 24, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.