Facebook Twitter
    Trending
    • Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!
    • James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden
    • Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia
    • Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti
    • Makan durian sambil beringat
    • Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup
    • Pelajar jangan pinggirkan sastera
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

      July 11, 2025

      Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

      July 7, 2025

      Makan durian sambil beringat

      July 4, 2025

      Jangan biar ‘overthinking’ ragut bahagia dalam hidup

      July 3, 2025

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

      July 8, 2025

      Pelajar jangan pinggirkan sastera

      July 2, 2025

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025
    • Kerjaya

      James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

      July 9, 2025

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pelajar aktif sukan, markah bonus untuk ke universiti

    Pelajar aktif sukan, markah bonus untuk ke universiti

    By Umi FatehahApril 9, 20252 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Pelajar aktif sukan, markah bonus untuk ke universiti. - GAMBAR HIASAN

    AKTIF dalam sukan bukan hanya baik untuk kesihatan dan menyeronokkan tetapi juga memberi kelebihan besar semasa permohonan ke universiti.

    Ramai yang tidak sedar bahawa penyertaan dalam sukan, sama ada di peringkat sekolah, daerah, negeri atau kebangsaan boleh membantu menambah markah kokurikulum. Hal ini sekali gus akan meningkatkan peluang pelajar diterima masuk ke universiti pilihan.

    Dalam sistem permohonan Unit Pusat Universiti (UPU), 10 peratus markah dinilai berdasarkan kokurikulum. Daripada jumlah itu, 50 peratus diambil kira daripada penglibatan sukan.

    Ini bermaksud pelajar aktif dan mencapai pencapaian lebih tinggi dalam sukan berpotensi memperoleh markah lebih baik berbanding pelajar yang hanya bergantung kepada merit akademik semata-mata.

    Sebagai contoh:

    Pelajar A: Akademik 85 peratus + kokurikulum 3 peratus = Markah keseluruhan: 88 peratus
    Pelajar B: Akademik 82 peratus + kokurikulum 10 peratus = Markah keseluruhan: 92 peratus

    Universiti juga cenderung memilih pelajar yang seimbang iaitu bukan sekadar cemerlang dalam pelajaran tetapi juga aktif dalam aktiviti luar bilik darjah.

    Tambahan itu, ada beberapa universiti yang menawarkan laluan khas atau biasiswa kepada atlet berbakat untuk menyertai pasukan sukan mereka. Ini ialah peluang keemasan bagi pelajar yang ingin meneruskan kecemerlangan dalam akademik dan sukan serentak.

    Penglibatan sukan juga akan membina kemahiran insaniah yang sangat penting seperti kepimpinan, kerjasama, pengurusan masa dan daya tahan mental. Semua ini akan menjadi nilai tambah penting ketika temuduga universiti atau memohon biasiswa.

    Jadi, kalau anda aktif bersukan, hargai setiap pencapaian. Simpan semua sijil, catatkan setiap penyertaan dan pastikan usaha di padang diiktiraf di atas kertas. Hal ini kerana sukan bukan sekadar hobi, ia mungkin menjadi kunci kejayaan untuk ke universiti impian anda! – RELEVAN

    featured kokurikulum pendidikan
    Artikel Terkini

    Jangan bersihkan telinga guna putik kapas!

    July 11, 2025

    James Dyson, perintis teknologi pembersihan moden

    July 9, 2025

    Tak perlu rumah estetik untuk hidup bahagia

    July 8, 2025

    Perimenopaus: Fasa awal sebelum haid berhenti

    July 7, 2025

    Makan durian sambil beringat

    July 4, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.