Facebook Twitter
    Trending
    • Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?
    • Kesan negatif penyedut minuman
    • e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti
    • Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri
    • ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk
    • Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan
    • Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori
    • Pantang larang ketika senggugut
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kesan negatif penyedut minuman

      December 15, 2025

      ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

      December 12, 2025

      Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

      December 11, 2025

      Pantang larang ketika senggugut

      December 10, 2025

      5 tabiat pagi untuk hidup sihat dan gembira

      December 9, 2025
    • Kewangan

      Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

      December 15, 2025

      Pelepasan cukai 2025: Senarai lengkap mengikut kategori

      December 10, 2025

      Segala yang anda perlu tahu sebelum membeli kereta elektrik

      December 1, 2025

      Sudah dapat gaji? Sebelum berbelanja buat perkara ini dulu

      November 26, 2025

      Adakah kewangan anda stabil?

      November 20, 2025
    • Pendidikan

      e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

      December 13, 2025

      Cara mengelak menangis ketika memotong bawang

      December 9, 2025

      10 bandar di dunia dengan kos sara hidup paling mahal

      December 3, 2025

      Fasa dewasa sebenarnya bermula di usia 32 tahun -kajian

      December 2, 2025

      Apa yang kita tahu mengenai ribut tropika Senyar

      November 28, 2025
    • Kerjaya

      Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

      December 12, 2025

      Masa untuk bercuti

      December 8, 2025

      Tak dapat kerja? Ini perkara bijak yang perlu dibuat seterusnya

      December 4, 2025

      Hentikan 7 kesilapan ini di tempat kerja

      December 3, 2025

      Pilih jurusan ikut minat atau pasaran kerja?

      December 3, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Raya dah habis, dompet pun nipis, ini 7 cara untuk kembali stabil

    Raya dah habis, dompet pun nipis, ini 7 cara untuk kembali stabil

    By Umi FatehahApril 7, 20253 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    MUSIM perayaan Aidilfitri adalah yang paling dinantikan setelah sebulan berpuasa. Ia juga membuka peluang untuk berkumpul bersama keluarga, menikmati juadah istimewa dan berkongsi rezeki dengan orang tersayang.

    Namun, selepas kemeriahan itu berakhir, ramai yang mula berasa pokai terutama jika perbelanjaan semasa raya melebihi bajet asal.

    Jika anda merasakan perkara yang sama, jangan panik. Ini waktu terbaik untuk ambil langkah semula dan bina kembali simpanan anda. 

    1. Semak semula perbelanjaan raya

    Langkah pertama untuk kembali stabil dari segi kewangan ialah mengenal pasti ke mana wang anda telah dibelanjakan. 

    Ambil masa untuk menyemak semula penyata bank atau transaksi e-wallet sepanjang bulan Ramadan dan Syawal. Pecahkan perbelanjaan kepada kategori seperti makanan, pakaian, duit raya, petrol, tol dan sebagainya.

    Kemudian, anda boleh mengenal pasti sama ada terdapat perbelanjaan yang tidak perlu atau berlebihan. Contohnya, mungkin anda telah membeli terlalu banyak baju raya atau membazir membeli kuih yang akhirnya tidak dimakan. 

    1. Tetapkan matlamat simpanan kecil tapi konsisten

    Ramai orang silap anggap bahawa untuk menyimpan, kita mesti mula dengan jumlah besar. Sebenarnya, menyimpan RM1 sehari pun lebih baik daripada tidak menyimpan langsung. 

    Perkara paling penting dalam menyimpan ialah bukan jumlah tetapi konsistensi. Anda boleh mulakan dengan sasaran kecil seperti RM10 sehari atau RM50 seminggu.

    1. Amalkan kaedah 50/30/20

    Kaedah ini membantu anda menguruskan pendapatan secara lebih seimbang dan terancang. Bahagikan pendapatan bulanan anda kepada tiga kategori:

    • 50 peratus untuk keperluan asas seperti sewa rumah, bil utiliti, makanan dan pengangkutan.
    • 30 peratus untuk kehendak seperti hiburan, makanan luar atau belanja peribadi.
    • 20 peratus untuk simpanan dan pembayaran hutang.

    Jika terlebih belanja semasa raya, mungkin anda perlu laraskan peratusan ini buat sementara waktu. Contohnya, kurangkan belanja kehendak kepada 10 peratus dan naikkan simpanan kepada 30 peratus untuk beberapa bulan. Tujuannya ialah untuk pulihkan semula dana yang telah digunakan.

    1. Tangguhkan perbelanjaan yang kurang penting

    Selepas beraya sakan, tubuh badan dan kewangan sama-sama perlukan rehat. Elakkan godaan jualan lepas raya atau pembelian impulsif yang sering berlaku selepas gaji masuk. Tepuk dada tanya selera – barang ini hanya untuk keperluan atau kehendak?

    Gunakan pendekatan menunggu dua minggu sebelum melakukan pembelian. Jika selepas dua minggu anda masih rasa perlu beli barang itu, barulah buat keputusan. Ini membantu anda mengelakkan pembaziran dan mengutamakan simpanan berbanding nafsu membeli.

    1. Cari pendapatan sampingan

    Jika keadaan kewangan agak sempit, mencari sumber pendapatan tambahan boleh menjadi solusi jangka pendek yang berkesan. Anda boleh mula dengan kemahiran sedia ada contohnya, menjual kek, servis menyunting video atau mengambil upah bekerja bebas (freelance).

    Apa jua bentuk kerja sambilan, pastikan hasilnya digunakan untuk mempercepatkan pemulihan kewangan sama ada untuk bayar hutang raya atau untuk membina semula tabung kecemasan.

    1. Guna aplikasi atau sampul fizikal

    Jika anda sukar untuk kekal berdisiplin untuk menyimpan, gunakan alat bantuan seperti aplikasi kewangan yang boleh bantu pantau bajet dan perbelanjaan. 

    Atau jika anda lebih suka cara lama, guna sistem sampul fizikal. Labelkan sampul dengan kategori seperti duit belanja, simpanan, bil dan asingkan duit secara fizikal setiap bulan selepas menerima gaji. 

    1. Belajar daripada pengalaman

    Akhir sekali, apa yang paling penting ialah mengambil pengajaran daripada pengalaman berbelanja tahun ini. Tanyakan soalan berikut kepada diri sendiri:

    • Adakah saya merancang bajet raya dengan baik?
    • Apa yang boleh saya ubah supaya tahun depan dapat kurangkan perbelanjaan?
    • Bolehkah saya mula simpan dari awal untuk bajet raya akan datang?

    Tulis catatan peribadi atau buat senarai semak supaya anda boleh rujuk semula bila tiba musim raya tahun hadapan. 

    Perbelanjaan raya tidak seharusnya jadi punca tekanan kewangan setiap tahun. Dengan perancangan awal dan disiplin, anda boleh nikmati raya dengan lebih bijak dan tenang. – RELEVAN

    Artikel berkaitan

    Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

    December 15, 2025

    Kesan negatif penyedut minuman

    December 15, 2025

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025

    Cara mencegah microsleep supaya elak kemalangan

    December 11, 2025
    Artikel Terkini

    Adakah 4 peratus dapat selamatkan hari tua anda?

    December 15, 2025

    Kesan negatif penyedut minuman

    December 15, 2025

    e-Kolokium perkasa peranan wartawan satukan suara komuniti

    December 13, 2025

    Jangan buat azam baharu tanpa nilai diri sendiri

    December 12, 2025

    ‘Coffee nap’ untuk hilangkan rasa mengantuk

    December 12, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.