DALAM artikel sebelum ini, Relevan telah kongsikan bahagian satu berkaitan kepentingan penjagaan gigi bersama Dr. Meera Asokan dari Thrive Dental. Bagi artikel ini, Relevan huraikan lagi apa itu pergigian geriatrik buat perhatian pembaca yang lebih berumur. Menurut Meera, boleh dikatakan rawatan pergigian am dan geriatrik adalah sama. Cuma yang membezakannya ialah pendekatan yang digunakan. Pendekatan yang dimaksudkan ialah dari sudut diagnostik dan pelan rawatan. “Secara ringkasnya, rawatan geriatrik berfokuskan kepada pesakit dan bukan rawatan semata-mata. “Tiada prosedur operasi standard yang tetap dan ia akan disesuaikan untuk pesakit berdasarkan keperluan fizikal dan psikologi mereka,” katanya. Apa yang menarik perhatian tentang Meera…
Umi Fatehah
MASYARAKAT hari ini semakin cakna tentang kepentingan penjagaan kesihatan. Tidak kira umur, latar belakang atau gaya hidup, semua orang memahami kepentingan menjaga kesihatan bagi menjalani kehidupan sejahtera. Bermula daripada kesejahteraan fizikal kepada keseimbangan mental dan emosi, kesihatan kita merangkumi pelbagai dimensi. Setiap satu daripadanya memerlukan perhatian dan asuhan sejak kecil. Namun begitu, tidak semua orang betul-betul mengambil serius tentang kesihatan oral. Seperti yang dikatakan oleh pakar pergigian daripada Thrive Dental, Dr. Meera Asokan, oral health is overall health. Mulut ialah pintu gerbang kepada keseluruhan badan. Penjagaan oral yang buruk akan memberi kesan negatif kepada kesihatan secara menyeluruh. “Kesihatan mulut yang…
JENAMA kereta elektrik Tesla milik ahli perniagaan terkemuka, Elon Musk kini membuka peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia. Selepas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Tengku Zafrul mengesahkan Tesla bakal beroperasi di Malaysia, laman carian kerja jenama kereta elektrik itu dikemas kini dengan menawarkan beberapa jawatan kosong di Kuala Lumpur. Menerusi hantaran di media sosial, Tesla Malaysia bakal mengadakan Hari Pengrekrutan Secara Walk-In di Cyberjaya. Temu duga secara walk-in itu hanya terbuka untuk beberapa jawatan iaitu: Penasihat Jualan/penasihat Jualan Dalaman Penasihat Jualan Enterprise Penasihat Penghantaran Pakar Sokongan Jualan Penasihat PerkhidmatanBagi yang berminat untuk berkhidmat di bawah syarikat kereta mewah daripada Amerika…
DALAM artikel sebelum ini, Relevan kongsikan apakah maksud kebimbangan kewangan. Kebimbangan kewangan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tidak kiralah sama ada anda golongan T20 mahupun B40. Jika difikir-fikirkan semula, hampir mustahil tidak ada manusia yang bimbangkan tentang duit. Kali ini, Relevan memperincikan lagi tanda-tanda anda mempunyai kebimbangan kewangan. Perhatikan sekiranya anda mempunyai simptom kebimbangan kewangan seperti di bawah. ARTIKEL BERKAITAN: Apa itu kebimbangan kewangan? Berbelanja secara berlebihan Pasti ada yang berfikir bahawa kebimbangan wang akan menyebabkan anda perlu menjimatkan wang, tetapi ada juga yang membeli-belah untuk memberikan kelegaan sementara daripada kebimbangan wang. ARTIKEL BERKAITAN: Adakah membeli barangan dengan harga diskaun betul-betul…
BAGI calon SPM 2022 yang berasa kurang berpuas hati dengan keputusan diterima, jangan terus kecewa. Anda masih berpeluang untuk memohon semakan semula keputusan. Namun begitu, perlu diingatkan bahawa kemungkinan hasil semakan akan menyebabkan risiko markah anda lebih rendah dari sebelumnya atau masih sama. Permohonan pula hendaklah dibuat dalam masa 30 hari bermula daripada tarikh keputusan diumumkan iaitu 8 Jun 2023 hingga 7 Julai 2023. Berikut ialah panduan untuk memohon semakan semula keputusan SPM. Dapatkan borang semak semula/kes T Untuk menghantar permohonan, langkah pertama yang perlu dilakukan adalah mendapatkan borang semak semula/kes T. Borang tersebut boleh didapati di sekolah, Sektor Unit…
SETIAP daripada kita pasti pernah mengalami perasaan bimbang, resah dan gelisah tentang wang dari semasa ke semasa. Keadaan ini dikenali sebagai kebimbangan kewangan. Kebimbangan kewangan bukanlah diagnosis rasmi daripada sudut kesihatan, tetapi ramai pakar kewangan menggunakan istilah ini untuk menggambarkan perasaan gugup, bimbang atau gelisah apabila berkaitan dengan wang. Kajian yang dijalankan oleh sebuah syarikat kawal selia industri kewangan di Amerika Syarikat menunjukkan lebih 60 peratus daripada kira-kira 20,000 responden menyatakan mereka mengalami kebimbangan apabila memikirkan tentang kewangan peribadi masing-masing. Mungkin anda terfikir, kebimbangan kewangan ini berlaku kepada individu yang mengalami masalah kewangan, kehilangan pekerjaan atau kekeringan wang simpanan, bukan?…
HARI ini, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 diumumkan. Meneliti laporan analisis keputusan SPM, sejumlah 403,637 orang calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM tahun 2022 di 3,355 pusat peperiksaan. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar. Semoga setiap usaha mendatangkan hasil yang diimpikan. Bagi calon SPM ulangan, tahukah anda Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP) menawarkan khidmat patching sijil SPM? Perkhidmatan patching sijil SPM memberi peluang kepada calon mengulang untuk menggabungkan keputusan terbaik daripada dua atau lebih peperiksaan SPM ke dalam satu sijil. Ia juga meningkatkan kualiti, tahap keselamatan dan kesahihan sijil peperiksaan yang dikeluarkan oleh LP. Merujuk kepada syarat ditetapkan, perkhidmatan ini…
HAMPIR semua orang tertekan dengan bayaran bil elektrik setiap bulan, lebih-lebih lagi kini negara kita mengalami cuaca yang sangat panas sehingga meningkatkan penggunaan penyaman udara. Tahukah anda, selain mematikan plag selepas digunakan, ada lagi cara lain yang dapat menjimatkan bil elektrik dalam jangka masa panjang? Selain bagus untuk alam sekitar, penggunaan tenaga solar juga dapat menjimatkan bil elektrik di rumah. Di Malaysia, pilihan untuk menggunakan tenaga solar mungkin keputusan yang bermanfaat. Hal ini kerana kedudukan negara di garisan khatulistiwa menyebabkan kita menerima sinaran matahari hampir sepanjang tahun. Kebaikan menggunakan panel solar Jadi, adakah panel solar sebenarnya menjimatkan wang? Jika benar,…
SEBUAH pengubahsuaian genetik dibuktikan mampu melindungi tikus daripada menghidap kanser. Pengubahsuaian itu juga membolehkan haiwan itu hidup sehingga 20 tahun lebih lama, kekal sihat sehingga mencapai usia lebih matang. Kelebihan untuk meningkatkan jangka hayat tikus itu juga boleh dipindahkan kepada tikus-tikus lain melalui pemindahan sel stem darah. Seorang pakar di Universiti Perubatan Taipei yang dikenali sebagai Shen memberitahu, dia dan pasukannya setakat ini masih belum menemui sebarang kesan sampingan negatif daripada penemuan ini. Shen yang mengetuai penyelidikan itu telah bekerjasama dengan firma bioteknologi untuk menambah baik rawatan kanser pada manusia. Sebelum ini, pemindahan sel stem darah sudah menjadi sebahagian daripada…
MASALAH kesihatan mental dan tekanan emosi telah menjadi isu kesihatan awam yang semakin penting, terutamanya setelah wabak Covid-19 melanda negara. Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), setakat 10 September 2022, kes bunuh diri di negara ini meningkat 81 peratus dengan 1,142 kes dilaporkan 2021 berbanding 631 kes pada 2020. Bagi 2022 pula, sejumlah 467 kes bunuh diri telah dilaporkan oleh PDRM sehingga bulan Jun. Sebagai inisiatif bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan dari sudut kesihatan mental, Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASA) ditubuhkan pada Oktober 2021 dengan visinya untuk menjadi peneraju dalam pendidikan kesihatan mental dan menyokong orang yang…