Umi Fatehah

LEDAKAN inflasi terhadap ekonomi dunia bukan suatu berita yang baharu. Malaysia yang juga sebuah negara ekonomi kecil dan terbuka, tidak terkecuali daripada terkena tempias cabaran ekonomi global. Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, kadar inflasi Malaysia mencatatkan sebanyak 3.1 peratus setakat Januari hingga Ogos 2022.  Seperti apa yang anda dapat perhatikan, harga barangan di pasar raya, minyak petrol dan pembayaran bil-bil semakin meningkat. Tidak dapat dinafikan, inflasi membuatkan kebanyakan daripada kita terbeban dek peningkatan harga barang dan perkhidmatan. Pun begitu, merujuk kepada perkongsian Forbes, ada golongan yang mendapat manfaat daripada inflasi. Siapa yang mendapat manfaat daripada inflasi? Pelabur saham Harga untuk barangan…

Read More

PLANET Marikh merupakan planet keempat daripada lapan planet di dalam sistem suria kita. Marikh dilahirkan dengan atmosfera yang sangat nipis, berdebu dan kering bak padang pasir. Debu-debuan yang didapati di Marikh mungkin berpunca daripada letupan gunung berapi pada masa lalu. Gunung berapi yang telah pupus menjadi bukti bahawa ia pernah aktif suatu ketika dahulu.  Idea bahawa terdapat potensi manusia untuk hidup di Marikh telah wujud sekian lamanya iaitu sejak abad ke-19. Idea ini muncul apabila ahli astronomi Amerika Syarikat, Percival Lowell membuat spekulasi bahawa saluran yang kelihatan di permukaan Marikh adalah terusan air purba yang dibina oleh makhluk asing.  Pada…

Read More

SETAKAT hari ini, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.6850/6875 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang ditutup pada hari Rabu iaitu 4.6820/6855. Terdapat banyak faktor yang menyebabkan kejatuhan nilai mata wang ringgit dan kebanyakannya adalah di luar kawalan kita kerana ia dipengaruhi oleh kedua-dua faktor global dan domestik.  Boleh dikatakan, prospek ekonomi semasa sudah pasti kelihatan suram bagi rakyat Malaysia. Jadi, bagaimana kita perlu terus bertahan di dalam situasi ekonomi hari ini?  Meningkatkan pendapatan merupakan salah satu jawapan yang terang lagi bersuluh untuk menangani krisis mata wang semasa dan kos sara hidup yang semakin meningkat.  Menurut iMoney, terdapat beberapa amalan…

Read More

KEHIDUPAN ini sebenarnya berlalu dengan pantas. Dan setiap saat menjalani kehidupan, kita mengisi dengan kenangan yang mahu diingati hingga ke akhir hayat.  Namun, dengan hanya menerusi pemerhatian dan ingatan mungkin tidak mampu membuatkan momen tersebut kekal hidup dalam memori. Oleh kerana masa tidak dapat diberhentikan untuk menikmati sesuatu peristiwa penting, kita akan mengambil gambar agar dapat dikenang kembali pada masa hadapan.  Itulah apa yang dilakukan oleh para jurugambar sedunia. Bagi jurugambar, mereka bukan setakat mengambil gambar sahaja, tetapi merakam memori dan emosi.  Menurut Hishamudin Hashim atau lebih dikenali sebagai Abeden, menjadi jurugambar itu tidaklah sukar. Sekiranya sudah memahami konsep pencahayaan,…

Read More

PADA semester akan datang ini, semua pelajar sudah dibenarkan untuk pulang ke kampus dan berpeluang untuk menuntut ilmu secara bersemuka.  Sama ada pelajar yang sudah menjadi senior atau pelajar yang baru sahaja melangkah masuk ke alam mahasiswa, masing-masing pasti mempunyai semangat dan cita-cita untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Meskipun mahu memperoleh anugerah dekan atau pensijilan ijazah kelas pertama. Anugerah dekan akan diberikan kepada para pelajar yang berjaya mendapatkan keputusan akademik cemerlang yang diukur melalui purata nilaian gred (PNG) iaitu keputusan bagi semester tertentu sahaja dan purata nilaian gred keseluruhan (PNGK) yang dikira secara purata keseluruhan semester.  Persoalan yang kerap bermain…

Read More

MEMILIKI rumah sendiri merupakan salah satu impian yang setiap daripada kita ingin capai. Segala cabaran dan penat lelah dalam menguruskan pembelian rumah akhirnya berbaloi ketika menerima kunci rumah. Namun, perbelanjaan berkaitan memiliki rumah tidak terhenti pada saat anda menandatangani kontrak gadai janji (mortgage).  Bagi yang pertama kali bergelar pemilik rumah, segala kos-kos yang berkaitan dengan pemilikan rumah pasti kelihatan menakutkan dan membebankan.  Ya, pinjaman perumahan anda diluluskan, tetapi masih terdapat faktor lain yang perlu dipertimbangkan. Jadi, pemilik rumah perlu bijak merancang bajet dan strategi simpanan selepas membeli rumah supaya boleh terus mengukuhkan keadaan kewangan dan tidak terjerumus ke dalam hutang.…

Read More

MENJELANG pembentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober ini, Relevan mengimbas kembali apa yang telah dibentangkan dalam Bajet 2022 bagi sektor pekerjaan. Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, pandemik Covid-19 telah memberi kesan yang signifikan kepada pekerjaan dan mata pencarian rakyat. Menurut beliau, kadar pengangguran telah meningkat sehingga 5.3 peratus pada Mei 2020. Ia menurun dengan sederhana pada Ogos 2021 iaitu dengan kadar 4.6 peratus. Kira-kira hampir 750,000 rakyat yang menganggur perlu dibantu pada waktu itu. Melihat kepada data yang terkini, kadar pengangguran menunjukkan penurunan yang berturut-turut selama 12 bulan iaitu kepada 3.7 peratus pada Julai 2022…

Read More

SECARA purata, kita banyak menghabiskan masa di tempat kerja maka, persekitaran positif amatlah diperlukan untuk kesihatan mental dan motivasi bekerja. Mungkin ada beranggapan gaji yang besar adalah penentu kebahagian pekerja, tetapi hakikatnya persekitaran positif sangat diperlukan. Namun, tidak semua orang bertuah dapat bekerja dalam persekitaran positif sehingga terpaksa berdepan suasana toksik yang akhirnya memberi kesan negatif kepada emosi dan prestasi kerja. ARTIKEL BERKAITAN:. Akan tetapi, sekiranya mahu mencari tempat kerja yang tiada manusia toksik, ia hampir mustahil.  Seperti manusia, persekitaran kerja juga tiada yang sempurna. Jadi, mahu atau tidak mahu, kita perlu menghadapi dan menangani suasana kerja toksik jika ia…

Read More

RAMAI yang bergantung kepada kad kredit untuk membayar segala komitmen dan keperluan hidup disebabkan kekurangan wang tunai.  Tetapi, tahukah anda cara ini hanya menyelesaikan masalah dalam jangka masa pendek tetapi akan memberi masalah yang lebih besar pada masa akan datang? Terlalu banyak hutang kad kredit boleh menyebabkan pembayaran faedah mencecah ribuan ringgit. Selain itu, matlamat kewangan seperti simpanan untuk hari tua juga tertangguh. Hutang kad kredit yang terlalu banyak juga mungkin merosakkan skor kredit anda. Namun, hutang kad kredit boleh dielakkan, selagi anda mengekalkan tabiat perbelanjaan yang baik dan pembayaran semula pada waktu yang ditetapkan boleh mengelakkan daripada lambakan masalah…

Read More

INFLASI merujuk kepada ukuran kadar kenaikan harga barang dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi. Peningkatan harga barangan keperluan asas seperti makanan boleh memberi kesan negatif kepada masyarakat. Inflasi boleh berlaku dalam hampir mana-mana barangan atau perkhidmatan, termasuk perbelanjaan berasaskan keperluan seperti makanan, rumah, perubatan dan utiliti serta perbelanjaan kemahuan seperti kosmetik, kereta dan barang kemas.  Dalam tempoh inflasi ini, anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk mengubah cara menguruskan kewangan bagi membantu melindungi nilai tunai dan simpanan. Tiada siapa yang tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan. Tetapi dengan membuat perubahan cara berbelanja dan tingkatkan simpanan wang, besar kemungkinan anda akan mengharungi…

Read More