Facebook Twitter
    Trending
    • 4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia
    • Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti
    • 5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  
    • 3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia
    • Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi
    • Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata
    • Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya
    • Kelebihan dan kekurangan menyatakan gaji di iklan kerja
    Facebook Twitter RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      10 makanan pencetus migrain

      September 18, 2023

      1 daripada 5 orang alami masalah pendengaran di seluruh dunia

      September 16, 2023

      Telinga selalu berdesing? Ia mungkin menjadi petanda masalah kesihatan

      September 15, 2023

      Telur separuh masak bantu pulihkan otot? Ini penjelasan pakar  

      September 12, 2023

      Pakar pemakanan kongsi persediaan penuaan yang sihat

      September 8, 2023
    • Kewangan

      3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

      September 20, 2023

      Jenis-jenis penipuan kewangan, hati-hati jangan terpedaya

      September 19, 2023

      Cukai untuk kediaman kosong: kebolehlaksanaan dan cabaran

      September 15, 2023

      Hampir 2 juta rumah tidak didiami, faktor dan kesannya kepada masyarakat

      September 14, 2023

      Hampir 28,000 unit rumah tidak terjual, ini faktor-faktornya

      September 13, 2023
    • Pendidikan

      Roti terbaik dunia, roti canai dan perbezaannya dengan roti prata

      September 19, 2023

      Aplikasi kesihatan mental:  90% rakyat Malaysia berisiko kehilangan data

      September 13, 2023

      UPM terbit modul perintis nano untuk pelajar sekolah menengah

      September 13, 2023

      Cara buat pengesahan setuju terima dan permohonan rayuan UPU

      September 7, 2023

      Tanam bakau, semai rasa sayang pada alam

      September 7, 2023
    • Kerjaya

      4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

      September 21, 2023

      Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

      September 21, 2023

      5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  

      September 20, 2023

      Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi

      September 19, 2023

      Kelebihan dan kekurangan menyatakan gaji di iklan kerja

      September 18, 2023
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 5 kerjaya dalam bidang kesihatan mental

    5 kerjaya dalam bidang kesihatan mental

    By Umi FatehahJuly 31, 20233 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    LIMA kerjaya dalam bidang kesihatan mental. - GAMBAR HIASAN PRISCILLA DU PREEZ/UNSPLASH

    KEPENTINGAN kesihatan mental tidak boleh dipersoalkan kerana ia penting untuk membantu individu mengendalikan tekanan, membuat keputusan, membentuk hubungan dan menghadapi cabaran. 

    Mengiktiraf dan menangani kebimbangan kesihatan mental bukan sahaja meningkatkan kehidupan individu tetapi juga membawa kesan positif kepada masyarakat.

    Memilih kerjaya dalam kesihatan mental bermakna anda boleh mencari profesion yang bermanfaat dan membantu membuat perubahan ketara dalam komuniti dunia. 

    Berikut merupakan lima kerjaya dalam bidang kesihatan mental bagi sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang ini.

    1. Psikologi

    Psikologi adalah disiplin saintifik yang luas. Ia digunakan untuk mengkaji kesan tingkah laku dan biologi gangguan mental. 

    Pakar psikologi boleh mempunyai kepakaran dalam bidang berbeza seperti psikologi kognitif, psikologi tingkah laku, psikologi klinikal, psikologi perkembangan dan psikologi abnormal. Pakar psikologi menerima latihan untuk menyediakan rawatan melalui model terapi yang berbeza.

    Sebagai contoh, ahli psikologi klinikal mendiagnosis dan merawat individu yang mengalami penyakit mental atau gangguan tingkah laku. Mereka boleh menyediakan terapi tingkah laku, terapi humanistik atau psikoterapi. 

    1. Kaunseling

    Kaunseling ialah bidang kerjaya yang merangkumi subkategori yang berbeza. Kaunselor membantu pesakit meningkatkan kemahiran bertahan (coping skills), menguatkan keyakinan diri dan mengamalkan tingkah laku positif. 

    Klien mengenal pasti masalah yang ada pada diri mereka dan kaunselor akan menawarkan penyelesaian untuk meningkatkan kesihatan mental mereka secara keseluruhan. Kaunselor berkhidmat di pelbagai lokasi bergantung kepada kepakaran mereka, termasuk sekolah, pusat kerjaya, pusat pemulihan, organisasi, klinik swasta dan banyak lagi.

    1. Psikiatri

    Psikiatri ialah bidang perubatan yang dikhaskan untuk kajian, diagnosis dan rawatan penyakit mental. Mereka yang bekerja dalam psikiatri memberi tumpuan kepada merawat emosi, tingkah laku dan kognisi melalui proses perubatan. 

    Lazimnya, pakar psikiatri menjalankan pemeriksaan psikologi dan fizikal untuk mendiagnosis pesakit, mengesyorkan rawatan gabungan ubat serta terapi psikiatri. 

    Faktor utama yang memisahkan psikiatri daripada profesion kesihatan mental yang lain ialah fokusnya kepada kedua-dua komponen sosial dan biologi kesihatan mental. Psikiatri secara amnya dianggap sebagai jalan tengah antara neurosains dan psikologi. 

    1. Pekerja sosial

    Pekerja sosial memberi tumpuan kepada merawat pelanggan dengan meningkatkan keupayaan mereka untuk fungsi sosial. Rawatan ini dilakukan melalui memberi perhatian kepada teori psikologi, sosiologi, ekonomi, kesihatan, undang-undang dan banyak lagi. 

    Pekerja sosial bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup individu dan keluarga melalui usaha berasaskan komuniti, pengurusan sumber dan sokongan terapeutik. Mereka sering berkhidmat untuk komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan dan terdedah kepada masalah kesihatan mental yang mungkin dianggap golongan berisiko.

    Kerja sosial dilakukan dalam pelbagai cara termasuklah klinik kesihatan mental, sekolah, klinik kebajikan kanak-kanak, hospital, pusat perlindungan gelandangan, agensi pembangunan komuniti dan lain-lain lagi. Kebanyakan pekerja sosial hanya memerlukan ijazah sarjana muda, tetapi sesetengah pekerja sosial klinikal memegang ijazah sarjana dan pengalaman klinikal.

    1. Kejururawatan

    Jururawat bekerja di seluruh kepakaran perubatan yang berbeza bagi menawarkan sokongan penting kepada penyedia penjagaan kesihatan lain dalam rawatan dan penjagaan pesakit. 

    Jururawat bebas memilih mana-mana bidang termasuk kesihatan mental untuk membantu menggalakkan dan menyokong kesejahteraan, pemulihan dan keupayaan untuk menghadapi tekanan dan cabaran kesihatan mental. 

    Jururawat kesihatan mental boleh berkhidmat dalam subkepakaran seperti merawat mereka yang mengalami gangguan mental, gangguan makan, ketagihan dan banyak lagi. – RELEVAN

    featured kerjaya kesihatan kesihatan mental
    Artikel Terkini

    4 indikator: Hal penting yang perlu dinilai tentang gaji rakyat Malaysia

    September 21, 2023

    Naik gaji perlu setimpal dengan produktiviti

    September 21, 2023

    5 jawapan kenapa anda perlu diterima bekerja?  

    September 20, 2023

    3 strategi pelaburan hartanah terbaik di Malaysia

    September 20, 2023

    Ramai tidak sedar dan salah faham peranan ahli farmasi

    September 19, 2023
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    © 2023 Relevan. Media Mulia Sdn Bhd .

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.