SEDANG dilema mahu pilih kerjaya yang sesuai dengan minat atau yang menawarkan gaji tinggi? Pastinya ramai mengalami situasi yang sama. Setiap orang mempunyai minat yang berbeza. Kalau pilih kerjaya berdasarkan minat, kita kerja dengan rasa seronok. Produktiviti juga boleh meningkat kerana tugasan yang diterima bersesuaian dengan minat. Pilih kerjaya berdasarkan gaji pula, ia bermakna anda akan memilih kerjaya yang menawarkan ganjaran lumayan walaupun kurang bersesuaian dengan minat. Dilema antara minat dengan gaji ini normal. Bergantung kepada situasi dan taraf kehidupan, mungkin ada beberapa faktor perlu ditimbang sebelum memilih laluan kerjaya yang bersesuaian. Berikut, Relevan kompilasikan panduan yang dikongsi oleh Indeed…
Umi Fatehah
DIET yang sihat memerlukan lemak yang mencukupi. Diet dengan pengambilan lemak yang tidak mencukupi boleh menyebabkan banyak masalah kesihatan. Pakar pemakanan juga mengesyorkan supaya peratusan tenaga daripada lemak tidak melebihi 10 peratus. Kalau berlebihan juga tak bagus. Permintaan global untuk lemak boleh makan (edible fats) telah meningkat sekitar tiga peratus setiap tahun, didorong pertumbuhan populasi dan perubahan diet orang ramai. Mereka yang berpendapatan rendah sebelum ini cenderung untuk kurang makan lemak kerana mereka tidak mampu; harga lemak, umumnya, lebih mahal. Apabila minyak sawit memasuki perdagangan global lemak boleh makan sekitar 1980-an, keadaan mula berubah. Lebih ramai orang miskin mampu meningkatkan…
PADA 17 Jun ini, umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha. Peristiwa setiap 10 Zulhijjah itu biasanya disambut dengan ibadah korban yang sunat dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ibadah ini dilaksanakan oleh umat Islam bagi mengingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim yang diperintahkan Allah untuk menyembelih anaknya, Nabi Ismail. Sehingga ke hari ini, umat Islam akan mengorbankan binatang sembelihan seperti lembu, kambing atau unta pada 10 Zulhijjah dan hari-hari tasyrik untuk memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Walaupun telah menjadi amalan lazim, satu perkara ini pasti menjadi tanda tanya dalam kalangan masyarakat: bolehkah menggunakan daging…
DALAM budaya masyarakat kita, membeli dan memiliki kereta sendiri ibarat satu perkara yang melambangkan status diri. Disebabkan itu, ramai yang membeli kereta mahal-mahal atau tidak setaraf dengan gaji hanya untuk bermegah diri. Ramai anak muda di Malaysia jatuh muflis atas faktor beli kereta dan tidak mampu membayar semula pinjaman. Kereta itu satu keperluan tetapi kereta yang mewah itu hanya kehendak. Anda hanya perlukan ‘alat’ untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. Jadi, untuk mengelak daripada jatuh muflis kerana salah pilih kereta, berikut Relevan kongsikan cara pengiraan untuk membeli kereta yang bersesuaian dengan tangga gaji berdasarkan perkongsian Agensi…
PIHAK Berkuasa Kawalan Dadah Malaysia (PBKD) meluluskan Vaksin Denggi Qdenga untuk pencegahan demam denggi yang kini boleh didapati di kebanyakan hospital dan klinik swasta di seluruh negara. Pengeluar vaksin berkenaan, Takeda Malaysia berkata vaksin tersebut adalah untuk demam yang berpunca daripada kesemua empat serotip virus denggi. Jelas mereka, vaksin tersebut sesuai untuk individu berusia empat tahun dan ke atas. “Pencegahan denggi yang efektif memerlukan pelbagai pendekatan. Kebolehdapatan Qdenga adalah tambahan yang penting kepada strategi pencegahan dan pengurusan denggi secara bersepadu di Malaysia pada masa ini. “Kami komited untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dan pakar kesihatan bagi memastikan ketercapaian Qdenga…
MEMBELI kereta pertama sebagai graduan baharu mempunyai beberapa pandangan yang bercanggah. Ada yang kata tidak perlu lagi dan ada juga yang berkata tidak ada salahnya. Sebenarnya, ia terpulang kepada sama ada kereta itu menjadi keperluan atau tidak. Apabila graduan sudah mula bekerja, pasti ada yang buntu memikirkan kenderaan untuk perjalanan ulang-alik ke tempat kerja. Kalau tempat kediaman berdekatan dengan pengangkutan awam, mungkin anda masih belum memerlukan kereta. Atau bagi yang menetap bersama keluarga, ada yang boleh menghantar dan menjemput. Bagi kedua-dua situasi ini, anda masih belum memerlukan kereta sendiri. Tetapi, sekiranya rumah jauh dari pengangkutan awam dan tidak ada orang…
KEHIDUPAN bekerja ini memenatkan, bukan? Tapi bila difikir-fikirkan semula, apa saja dalam hidup ini yang tak penat? Selepas seharian bekerja dan akhirnya berpeluang untuk menghempaskan badan di katil pada jam 10 malam, pernah tak terlintas di fikiran: kita kerja untuk hidup atau hidup untuk kerja? Kedengaran rumit dan mendalam tapi sebenarnya, jawapan itu ada dalam diri masing-masing. Menurut Placement.com, sesetengah orang memilih hidup untuk bekerja. Hidup untuk bekerja bermaksud mempunyai fikiran berorientasikan kerjaya (career-oriented mindset). Ini bermakna, mereka tetapkan matlamat kerjaya yang jelas, iaitu untuk memanjat tangga kerjaya sehingga ke puncak. Individu jenis ini juga tidak kisah jika kebanyakan masa…
KORTISOL merujuk kepada salah satu daripada hormon yang dihasilkan dalam badan kita yang berfungsi sebagai penghantar kimia (chemical messengers). Walaupun kortisol biasanya dirujuk sebagai hormon stres kerana peranannya dalam memberi tindak balas terhadap stres, ia juga mempunyai banyak fungsi lain. Ramai yang tertanya-tanya sama ada tahap kortisol mempengaruhi peningkatan berat badan. Teruskan membaca artikel ini untuk mengetahui kesannya terhadap berat badan dan apakah cara untuk menurunkan paras kortisol. Apa itu kortisol? Kortisol adalah hormon steroid penting yang tergolong dalam kelas hormon yang dipanggil glucocorticoids. Ia dihasilkan dalam kelenjar adrenal yang terletak di atas buah pinggang anda. Selain membantu dalam tindak…
KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 telah diumumkan pada 27 Mei. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar atas keputusan yang diterima hasil kerja keras dan penat lelah kalian. Sekarang, soalan yang memenuhi fikiran segelintir pelajar ialah: “selepas ni, apa yang perlu dibuat?” Soalan ini normal, setiap dewasa yang sudah bekerja juga pasti ada melalui fasa keliru dan tidak tahu apa yang perlu dibuat selanjutnya. Sebab tidak semua orang tahu minat dan kemampuan masing-masing. Menurut Pegawai Psikologi dari Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan, Muhammad Ridzwan Farizuddin, bagus atau tidak keputusan SPM yang diperolehi seseorang itu, mereka perlu memikirkan apa yang ingin diceburi…
KEPUTUSAN Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 yang diumumkan pada 27 Mei menunjukkan sejumlah 395,924 orang calon yang telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM tahun 2023. Berita gembiranya, 11,713 calon memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran, iaitu meningkat sebanyak 1,604 berbanding tahun sebelumnya. Tahniah diucapkan kepada semua pelajar. Semoga setiap usaha mendatangkan hasil yang diimpikan. Bagi calon SPM ulangan, tahukah anda Lembaga Peperiksaan Malaysia (LP) menawarkan khidmat patching sijil SPM? Perkhidmatan patching sijil SPM memberi peluang kepada calon mengulang untuk menggabungkan keputusan terbaik daripada dua atau lebih peperiksaan SPM ke dalam satu sijil. Ia juga…