Facebook Twitter
    Trending
    • Berapa banyak air perlu minum di sekolah?
    • Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?
    • Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah
    • Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak
    • 7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya
    • 4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan
    • 5 tip beli barangan kemas terpakai
    • Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

      July 9, 2026

      8 petua kawal diri semasa mengalami fasa luteal

      June 24, 2026

      Kerap gosok mata? Ini kesan buruknya

      June 22, 2026

      7 tanda kortisol dalam badan terlalu tinggi

      June 19, 2026

      7 tanda kesihatan terjejas akibat stres berpanjangan

      June 18, 2026
    • Kewangan

      Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

      June 25, 2026

      4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

      June 25, 2026

      5 tip beli barangan kemas terpakai

      June 24, 2026

      Ini 7 punca permohonan pinjaman sering ditolak

      June 23, 2026

      Kesan mati tanpa wasiat dan apa waris perlu buat

      June 16, 2026
    • Pendidikan

      Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

      July 1, 2026

      Kita benci nyamuk. Tapi mengapa alam masih memerlukannya?

      June 24, 2026

      Realiti sebenar pengguna media sosial: Bebas atau dikawal?

      June 22, 2026

      Malaysia terus ‘mendunia’, catat rekod nombor satu ekonomi Islam

      June 22, 2026

      5 universiti tempatan tersenarai dalam carta terbaik dunia 2027

      June 19, 2026
    • Kerjaya

      Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

      June 25, 2026

      7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

      June 25, 2026

      Diberhentikan kerja tiba-tiba? Ini saluran bantuan kewangan yang boleh dimohon

      June 18, 2026

      Diberhentikan kerja? Ini perkara yang anda perlu tahu

      June 11, 2026

      Cara nikmati pekerjaan 9 hingga 5

      June 10, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Maksud “bandung” dalam mi bandung dan “belanda” dalam durian belanda

    Maksud “bandung” dalam mi bandung dan “belanda” dalam durian belanda

    By KU SYAFIQ KU FOZIJuly 20, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    MI bandung bukan berasal dari Bandung dan durian belanda bukan berasal dari Belanda.

    BAHASA kita kaya dengan kepelbagaian kata dan makna. Ada kalanya, kalau kita kurang mendalami ilmu bahasa, makna sesetengah perkataan boleh mengelirukan.

    Ada perkataan yang banyak digunakan dalam nama makanan, binatang atau benda tetapi tidak ramai yang tahu makna sebenarnya. Apatah lagi, ia sering dikelirukan dengan nama tempat atau negara.

    Sebagai contoh, perkataan “bandung” dalam nama makanan mi bandung dan minuman sirap bandung. Ramai fikir, ia merujuk kepada nama tempat, Bandung di Indonesia.

    Begitu juga dengan nama buah, durian belanda. Adakah ia merujuk kepada negara Belanda?

    Relevan mahu kongsikan dengan anda maksud sebenar kedua-dua perkataan ini. Semoga maklumat ini memberi manfaat dan menambah minat anda terhadap ilmu bahasa, khususnya bahasa Melayu.

    Bandung

    PEMANDANGAN daerah Pangalengan di Bandung, Indonesia. – ALDRI SUGANDA/UNSPLASH

    Apabila kita menyebut bandung, ramai yang teringat pada nama tempat di Indonesia, iaitu Bandung yang terletak di wilayah Jawa Barat.

    Menurut Pejabat Pengelola Informasi dan Dokumentasi (PPID) Kota Bandung, ada dua pendapat tentang asal-usul nama ibu kota Jawa Barat ini.

    Pendapat pertama, ia berasal dari kata bendung atau bendungan. Dikatakan, sebelum tertubuhnya pemerintahan kabupaten Bandung, tanah itu merupakan sebuah danau (tasik) yang dinamakan sebagai Danau Bandung.

    Ia dinamakan sedemikian kerana danau tersebut terbentuk apabila air dari Sungai Citarum terbendung oleh lava dari Gunung Tangkuban Perahu. Dari bendungan air itu, terbentuk danau yang juga dikenali sebagai Danau Bandung Purba.

    Selepas air itu surut, kawasan tersebut dijadikan penempatan, iaitu kabupaten Bandung.

    Pendapat kedua pula, dikatakan perkataan Bandung diambil dari kenderaan air yang digunakan oleh bupati (ketua kabupaten) Bandung yang bernama Raden Adipati Wiranatakusumah II untuk melayari Sungai Citarum.

    Kenderaan itu dibuat daripada dua perahu yang diikat bersama, digelar sebagai perahu bandung.

    Secara konsensus, itulah maksud bandung – dua benda yang dirangkaikan atau dipasangkan. Ini juga maksud bandung yang dicatat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.

    ABDULLAH HASSAN

    Jadi, apabila kita menyebut air sirap bandung atau mi bandung, ia bukan bermakna minuman dan makanan itu berasal dari kota Bandung tetapi kerana ia dibuat menggunakan dua atau lebih bahan.

    Sirap itu menjadi sirap bandung kerana proses pembuatannya membandungkan air sirap dengan susu.

    Pakar bahasa, Profesor Emeritus Abdullah Hassan pula ada berkata, bandung itu bermaksud campur atau gabung. Sebab itu kita panggil mi bandung; dalam kuahnya dicampur pelbagai bahan seperti sayur, udang, telur, daging dan sebagainya.

    Perkataan bandung juga ada ditemukan dalam nama benda lain, seperti dapur bandung (dapur kembar), ayam bandung (dua anak ayam yang keluar dari satu telur yang sama) dan rumah bandung (dua buah rumah yang bercantum menjadi satu).

    Belanda

    PEMANDANGAN Amsterdam di Belanda. – MORITZ KINDLER/UNSPLASH

    Belanda juga asalnya nama tempat. Ada banyak pendapat tentang asal-usul nama Belanda, sedangkan negara itu lebih dikenali sebagai Netherland atau Holland di Barat.

    Ada yang kata, ia berasal dari sebutan Portugis, iaitu Holanda. Ada juga pendapat yang mendakwa ia datang dari sebutan bahasa Inggeris untuk orang Holland, iaitu Hollander.

    Pendapat lain mendakwa ia datang dari warna rambut orang Belanda, iaitu blonde. 

    Satu lagi lebih menarik. Dikatakan pada abad ke-17, ada muzakarah dalam kalangan ulama di Palembang. Mereka menegaskan yang orang Melayu perlu kuat menolak hasutan bangsa asing yang datang dan suka memecah belah. 

    Menurut bahasa yang diguna pakai ketika itu, perlakuan memecah belah disebut belah nde (belah – memecah, nde – keluarga). Lama-lama, bangsa asing itu terus digelar Belanda.

    Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, definisi Belanda hanya merujuk kepada negara Belanda.

    Namun, menurut Abdullah Hassan, belanda dalam bahasa dan budaya Melayu bermaksud tipu atau tidak benar. 

    Sebab itu buah yang nampak seperti durian tetapi bukan durian dipanggil durian belanda (soursop). Rodensia yang nampak macam tikus tapi bukan tikus dipanggil tikus belanda (guinea pig).

    Begitu juga dengan ayam belanda (turkey), isteri belanda (bantal peluk) dan janji belanda (janji palsu). – RELEVAN

    Previous ArticleBeauty standards, pretty privilege dan kesihatan mental
    Next Article Hampir berputus asa untuk mencari kerja? Ini apa yang anda perlu lakukan

    Artikel berkaitan

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026

    4 kesilapan yang jejaskan simpanan persaraan

    June 25, 2026
    Artikel Terkini

    Berapa banyak air perlu minum di sekolah?

    July 9, 2026

    Fakta Semesta: Kenapa langit warna biru?

    July 1, 2026

    Wajib tahu kewujudan cukai ini sebelum beli aset hartanah

    June 25, 2026

    Ramai tak sedar 5 kesilapan ini buat resume terus ditolak

    June 25, 2026

    7 tabiat ketika bekerja yang menjejaskan kerjaya

    June 25, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.