Facebook Twitter
    Trending
    • Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?
    • 10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi
    • Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka
    • Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?
    • Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini
    • 5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan
    • Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan
    • 10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026

      Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

      February 13, 2026
    • Kewangan

      Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

      February 26, 2026

      Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

      February 25, 2026

      5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

      February 23, 2026

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026
    • Pendidikan

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026

      Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

      February 20, 2026

      Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

      February 18, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Pagar atau pegar, mana satu yang betul?

    Pagar atau pegar, mana satu yang betul?

    By KU SYAFIQ KU FOZIJuly 11, 20235 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ANTARA pagar dengan pegar, perbahasannya berlangsung dari segi logik dan bahasa. - GAMBAR HIASAN

    DALAM bidang bahasa pun kadang-kadang timbul kontroversi yang menjadi perbahasan orang ramai.

    Antara kontroversi yang berlanjutan lama adalah tentang peribahasa “harapkan pagar, pagar makan padi”.

    Ada pihak yang mendakwa, perkataan sebenar dalam peribahasa itu ialah pegar, bukan pagar.

    Pegar merupakan spesies burung yang lebih dikenali sebagai ayam pegar. Menurut Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia, ia merupakan burung bersaiz sederhana yang boleh ditemui berhampiran kawasan sungai di hutan tanah pamah.

    Burung yang nama saintifiknya Lophura ignita/rufa ini tergolong dalam keluarga Phasianidae. Ia dikategorikan sebagai hampir terancam (NT) dalam Senarai Merah Spesies Terancam Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar (IUCN).

    Menurut maklumat yang dikongsikan Zoo Toronto, diet ayam pegar terdiri daripada dedaun, tumbuhan kecil, bijian, buah-buahan seperti tin dan pelbagai jenis serangga.

    Sebelum menjawab perkataan yang tepat untuk peribahasa yang disebutkan tadi, kita ketahui dahulu apa punca perbahasan antara pagar dan pegar ini boleh timbul.

    Logik dan bahasa

    Untuk mengenal pasti punca sebenar perbahasan ini timbul adalah sukar tetapi beberapa tahun lalu, ada pengguna media sosial dan pemblog yang membangkitkan “pegar” sebagai perkataan tepat untuk peribahasa tersebut.

    Pandangan tersebut kemudiannya menular, membuatkan lebih ramai yang percaya bahawa ada kesilapan dalam dokumentasi peribahasa Melayu dan perkataan “pegar” lebih diterima akal untuk peribahasa tersebut.

    Dua hujah yang melatari pandangan tersebut adalah dari segi logik dan bahasa.

    Dari segi logik, dikatakan adalah tidak masuk akal untuk sebuah pagar bertindak memakan padi kerana seperti yang kita tahu, pagar bukanlah objek hidup yang mempunyai mulut atau organ untuk mencerna makanan. 

    Ada juga hujah yang agak terpencil yang mendakwa bendang padi di wilayah Melayu tidak pernah diletakkan pagar.

    Sehubungan itu, dakwa mereka yang menyokong pandangan itu, perkataan “pegar” adalah lebih tepat kerana bijirin seperti padi adalah sebahagian daripada diet ayam pegar.

    Dari segi bahasa pula, dikatakan berlaku kesilapan dalam transliterasi peribahasa itu daripada tulisan Jawi kepada Rumi. Kerana sebahagian pendapat mendakwa pagar dieja tanpa huruf saksi, pa-ga-ro, orang keliru sama ada perkataan itu ialah “pagar” atau “pegar”.

    Membunuh mitos

    Pandangan itu, walaupun tidak dapat ditemui siapa yang pertama mengemukakannya dan apa bukti kesilapan transliterasi yang berlaku, menular dengan cepat dan luas. Ia sangat mudah diterima walaupun hujahnya ringkas dan tiada lanjutan.

    Mungkin ia disebabkan bias kebaharuan – falasi minda apabila kita teruja dan lebih mudah menerima perkara baharu. Disebabkan pandangan itu cuba menafikan perkara yang sekian lama berdiri, orang mudah menerimanya sebagai benar walaupun tanpa bukti dan hujah yang kukuh.

    Persoalannya, adakah dari segi logik dan bahasa, “pegar” lebih tepat berbanding “pagar”?

    ZURINAH HASSAN

    Ketika beberapa orang membangkitkan persoalan ini di Facebook kira-kira dua tahun lalu, Sasterawan Negara, Datuk Dr. Zurinah Hassan ada meletakkan komen pada hantaran Ku Seman Ku Hussain.

    Tulisnya ringkas, “Pegar makan padi ialah logik. Pagar makan padi ialah peribahasa. Perigi cari timba *tak logik. Syurga di bawah tapak kaki ibu lagi tak logik”.

    (*Komen pertama beliau menulis logik tapi dibetulkan pada bahagian balasan)

    Komen ini sudah cukup padat untuk kita faham bahawa tidak ada kesalahan pada peribahasa “harapkan pagar, pagar makan padi”.

    Komen itu dilanjutkan dalam satu hantaran ringkas oleh Zurinah beberapa hari kemudian. Tulis beliau,” Kata mereka, bukan pagar makan padi kerana tak logik pagar boleh makan. Kalau begini habislah peribahasa yang lain seperti kawan makan kawan, syurga di bawah tapak kaki ibu, tanam padi tumbuh lalang, perigi cari timba dan banyak lagi. Mana ada logik.”

    Mencari logik

    Apa yang ingin disampaikan Zurinah sangat mudah: banyak peribahasa Melayu yang memang tidak ada makna literal yang logik. Seperti perigi mencari timba, ia mustahil. Perigi tidak bermata dan berkaki, ia tidak boleh cari apa-apa.

    Sebab itu, dalam mentafsir peribahasa, kita perlu tahu makna suratan dan siratan. Mencari logik dalam makna suratan peribahasa adalah sia-sia. Logik peribahasa terletak pada makna siratannya.

    Menurut Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, harapkan pagar, pagar makan padi bermaksud orang yang kita percayai berkhianat kepada kita. Persoalan khianat dalam makna siratan peribahasa itu sesuai dengan perkataan pagar yang tugasnya melindungi.

    Jika kita mengubah kata “pagar” kepada “pegar”, maknanya juga berubah. Walaupun secara literal pegar lebih logik untuk memakan sesuatu berbanding pagar, secara tersiratnya jika kita mengharapkan seekor pegar menjaga padi, itu satu kebodohan.

    Secara mudahnya, harapkan pagar, pagar makan padi bermakna pengkhianatan. Harapkan pegar, pegar makan padi bermakna kebodohan.

    Harapkan pagar, pagar makan padi menyasarkan kesalahan kepada orang yang diberi amanah. Harapkan pegar, pegar makan padi menyasarkan kesalahan kepada orang yang memberi amanah.

    Kesimpulannya, dari segi logik, tidak ada yang salah dengan peribahasa “harapkan pagar, pagar makan padi”. Penggunaan “pagar” dalam peribahasa itu bersifat personifikasi, yakni pemberian sifat-sifat manusia kepada benda tak bernyawa.

    Kalau pohon boleh melambai, alam boleh mengerti, malam boleh mendakap tubuhmu di bawah langit yang sama, kenapa pagar tak boleh makan?

    Hujah bahasa

    Selesai soal logik, bergerak kepada soal bahasa. Hujan salah transliterasi kerana pagar dieja tanpa huruf saksi alif sebenarnya tidak kukuh.

    Akademi Jawi Malaysia ada menjelaskan hal ini pada 2016. Dapatan mereka, terdapat bukti bahawa pagar ditulis dengan huruf saksi alif dalam buku-buku yang mengumpulkan peribahasa Melayu seawal 1953 dan 1956.

    Malah, ejaan tanpa huruf saksi alif pada suku pertama juga tidak semestinya disebut dengan bunyi e-pepet. Sebagai contoh, perkataan Pahang yang dieja dengan pa-ha-nga, ia tetap disebut sebagai Pahang bukan Pehang.

    Sehubungan itu, dari segi bahasa, hujah tetap condong kepada perkataan “pagar” berbanding “pegar”. 

    Pengajaran

    Polemik tentang peribahasa “harapkan pagar, pagar makan padi” malangnya masih berlangsung sehingga kini. Ia menjadi mustahak apabila polemik ini menyebabkan para pelajar di peringkat sekolah menjadi keliru.

    Apabila berhadapan polemik sebegini, kita perlu mencari asas kepada dakwaan-dakwaan yang timbul. Sikap menganggap sesuatu sebagai kebenaran hanya kerana kita rasa ia betul dan mengikut logik sendiri adalah tidak sihat dan saintifik.

    Fenomena ini dinamakan sebagai pascakebenaran (post-truth) yang semakin menular apabila pengaruh media sosial semakin kuat dalam kehidupan manusia. Disebabkan pascakebenaran, semakin banyak hal yang sudah teguh kebenarannya dipersoal semula secara semberono, seterusnya mewujudkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

    Ini pengajaran yang boleh kita ambil dari polemik “pagar” atau “pegar” ini. Hal yang memberontak, melawan dan baharu tak semestinya betul. Ia perlu disemak dan diuji, barulah ia boleh dianggap sebagai kebenaran. – RELEVAN 

    Previous ArticleGrounding terapi semula jadi bumi, bantu redakan tekanan sambil healing
    Next Article Rama-rama jadi inspirasi penyelesaian masalah matematik

    Artikel berkaitan

    Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

    February 26, 2026

    10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

    February 25, 2026

    Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka

    February 25, 2026

    Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

    February 25, 2026

    Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

    February 24, 2026

    5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

    February 23, 2026
    Artikel Terkini

    Musim isi borang cukai sudah tiba. Apa perlu anda tahu?

    February 26, 2026

    10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

    February 25, 2026

    Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka

    February 25, 2026

    Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

    February 25, 2026

    Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

    February 24, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.