Facebook Twitter
    Trending
    • Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik
    • Punca bateri telefon sentiasa habis
    • Kubis goreng boleh mengundang kanser?
    • 8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi
    • 5 tabiat pagi yang merosakkan otak
    • 4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah
    • Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini
    • Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kubis goreng boleh mengundang kanser?

      February 5, 2026

      5 tabiat pagi yang merosakkan otak

      February 4, 2026

      4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

      February 4, 2026

      Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

      February 2, 2026

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026
    • Kewangan

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026
    • Pendidikan

      Punca bateri telefon sentiasa habis

      February 6, 2026

      Fenomena alam luar biasa sepanjang bulan ini

      February 4, 2026

      Jangan cas telefon sebelah bantal!

      February 2, 2026

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026
    • Kerjaya

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?

    Mungkinkah robot akan ambil alih semua kerja kita nanti?

    By KU SYAFIQ KU FOZIFebruary 1, 2023Updated:February 1, 20234 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    ADAKAH kecanggihan teknologi kecerdasan buatan (AI) pada masa hadapan akan menyebabkan manusia hilang pekerjaan? - GAMBAR HIASAN/ALEX KNIGHT (Pexels)

    “SEBUAH komputer layak digelar cerdas jika komputer itu mampu buat manusia percaya yang ia seorang manusia,” kata Alan Turing.

    Bapa Sains Komputer itu antara bijak pandai yang mula membuka jalan kepada penciptaan kecerdasan buatan (AI). Hari ini, AI semakin canggih dan manusia mula bimbang, adakah kerja-kerja kita akan diambil alih robot yang dilengkapi sistem AI?

    Teknologi AI sudah lama wujud namun dengan perisian-perisian baharu seperti ChatGPT yang dapat mencapai apa yang Turing katakan – buat manusia percaya yang ia seorang manusia – kegusaran golongan pekerja semakin membesar.

    ARTIKEL BERKAITAN: 5 industri dengan permintaan tertinggi pada 2023

    Automasi

    Adam Dalloul menulis di Medium. Katanya, antara cara teknologi AI seperti ChatGPT boleh mengganggu pasaran pekerjaan adalah melalui automasi tugasan dan peranan tertentu.

    Jelas beliau, dengan kemajuan teknologi AI, ia mampu melakukan tugasan yang selama ini dianggap hanya mampu dilakukan oleh manusia. Ini termasuk khidmat pelanggan, kemasukan data dan penciptaan kandungan.

    “Penggunaan AI untuk automasi bukanlah konsep baharu,” katanya. “Dan ia telah memberikan impak kepada pelbagai industri.

    “Contohnya, industri pembuatan telah menyaksikan kehadiran robot-robot dan sistem automasi yang boleh melaksanakan tugas seperti kimpalan dan penyusunan. Begitu juga industri runcit dengan penggunaan kios daftar keluar sendiri dan sistem automasi lain untuk mengendali transaksi pelanggan,” jelasnya.

    Bagi Dalloul, dengan meluasnya penggunaan ChatGPT dan sistem AI lain, lebih banyak pekerjaan yang memerlukan buruh manusia akan diautomasikan, menyebabkan peralihan kerja untuk pekerja.

    “Ini boleh memberi implikasi yang signifikan kepada pelbagai industri, daripada khidmat pelanggan sehingga pembuatan dan kewangan,” katanya.

    ARTIKEL BERKAITAN: Pengesanan kanser paru-paru percuma dengan teknologi AI

    Beradaptasi

    “Fikirkan tentang peta. Selama beberapa dekad lalu, kita menggunakan AI untuk memberikan panduan dari satu tempat ke tempat yang lain.

    “AI mengambil kira penutupan jalan, keadaan trafik semasa dan keinginan pemandu untuk melalui tol atau mengambil mana-mana selekoh, tetapi pemanduan secara asasnya tidak berubah,” kata Ajay Grawal, Joshua Gans dan Avi Goldfarb dari Harvard Business Review. 

    Pandangan itu dikemukakan dalam sebuah artikel yang kandungannya datang daripada mereka tetapi diperkemas penulisannya oleh AI.

    KOLABORASI antara manusia dengan mesin akan mengisi pasaran pekerjaan masa hadapan. – GAMBAR HIASAN/TARA WINSTEAD (Pexels)

    Jelas mereka, antara aplikasi awal penggunaan panduan jalan terautomasi adalah dalam industri teksi. Pemandu teksi menggunakan alat berasaskan digital dan AI untuk mencari jalan yang lebih efisien dan dengan telefon pintar, menghasilkan sistem penghantaran yang lebih efisien.

    “Industri teksi menggunakan arahan pemanduan berasaskan AI dan penghantaran digital untuk mencipta titik penyelesaian: buat benda yang sama, menggunakan sistem yang sama tetapi lebih baik.

    “Walau bagaimanapun, syarikat e-hailing seperti Uber dan Lyft (di Malaysia ada Grab dan sebagainya) menggunakan alat yang sama untuk menghasilkan sesuatu yang berbeza. Berbanding panduan dan penghantaran yang lebih baik, mereka mencipta sistem yang sepenuhnya baharu, iaitu e-hailing,” katanya.

    Contoh-contoh tersebut diambil bagi menjelaskan pandangan pemenang Anugerah Nobel dan pakar dalam bidang pertimbangan manusia, Daniel Kahneman tentang persaingan antara keupayaan kognitif AI dengan manusia.. 

    Kita sedar bahawa AI mempunyai kelemahan, tetapi penaakulan manusia juga turut bermasalah. Dalam hal ini, Kahneman berpendapat, AI yang akan muncul sebagai pemenang.

    “Bagaimana manusia beradaptasi itu satu masalah yang menarik,” katanya.

    Peluang

    Berbalik kepada pandangan Dalloul, seperti teknologi-teknologi lain, AI turut mendatangkan peluang-peluang baharu kepada pasaran pekerjaan.

    “Contohnya, ketika tugasan tertentu telah diautomasi, ia memberi ruang kepada pekerja untuk menumpukan perhatian kepada tugasan yang lebih rumit dan bernilai tinggi yang memerlukan kepakaran serta kreativiti manusia.

    “Ini boleh membawa kepada peralihan dalam sifat pekerjaan, dengan penekanan yang lebih besar kepada kolaborasi manusia dengan mesin berbanding automasi tugas-tugas ringkas,” katanya.

    Kata Dalloul, penggunaan AI boleh membawa kepada penciptaan industri dan peranan baharu dalam pekerjaan apabila syarikat-syarikat mencari jalan untuk memanfaatkan AI bagi memacu inovasi dan menambah baik operasi.

    “Ketika AI menjadi lebih signifikan di tempat kerja, adalah penting untuk pekerja dan perniagaan beradaptasi dan terus berada di hadapan demi kemandirian dalam pasaran pekerjaan.

    “Ini mungkin melibatkan pembelajaran kemahiran baharu atau peningkatan kemahiran untuk kekal relevan dalam dunia dengan peranan AI yang semakin penting,” katanya.

    Kemahiran manusia akan terus relevan jika manusia sanggup beradaptasi dengan kemajuan teknologi. 

    Selain itu, kerajaan dan pembuat polisi juga perlu terus berwaspada dengan perubahan yang dibawakan AI dalam pasaran pekerjaan. Tanpa merencatkan pembangunan teknologi, perlindungan terhadap hak pekerja terutamanya melibatkan peluang latihan dan kemajuan perlu diutamakan. – RELEVAN

    Previous ArticleKesan buruk penggunaan gajet terhadap pencapaian akademik kanak-kanak
    Next Article 325 kes baharu Covid-19 dicatatkan semalam

    Artikel berkaitan

    Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

    February 6, 2026

    Punca bateri telefon sentiasa habis

    February 6, 2026

    Kubis goreng boleh mengundang kanser?

    February 5, 2026

    8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

    February 5, 2026

    5 tabiat pagi yang merosakkan otak

    February 4, 2026

    4 cara wanita cantikkan diri sendiri tanpa rasa bersalah

    February 4, 2026
    Artikel Terkini

    Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

    February 6, 2026

    Punca bateri telefon sentiasa habis

    February 6, 2026

    Kubis goreng boleh mengundang kanser?

    February 5, 2026

    8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

    February 5, 2026

    5 tabiat pagi yang merosakkan otak

    February 4, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.