Facebook Twitter
    Trending
    • Petanda badan ‘overdose’ garam
    • Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir
    • Duit raya dan berapa yang wajar diberi
    • Balik kampung dan kos tersembunyi
    • Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?
    • Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?
    • Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang
    • Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Petanda badan ‘overdose’ garam

      March 11, 2026

      Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

      March 9, 2026

      Rasa mengantuk hilang ketika berpuasa. Apa rahsianya?

      March 5, 2026

      Pilihan menu moreh yang lebih seimbang disyorkan pakar nutrisi

      March 5, 2026

      Cara kawal nafsu makan semasa berbuka puasa

      March 5, 2026
    • Kewangan

      Duit raya dan berapa yang wajar diberi

      March 10, 2026

      Balik kampung dan kos tersembunyi

      March 9, 2026

      Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

      March 7, 2026

      Berhutang BNPL untuk beli keperluan raya?

      March 4, 2026

      Apa kesan konflik AS-Iran terhadap Malaysia?

      March 3, 2026
    • Pendidikan

      Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

      March 10, 2026

      Apa yang perlu anda lakukan jika ada darurat perang

      March 7, 2026

      Misi Kathleen Martínez jejak misteri makam Cleopatra

      March 4, 2026

      6 negara ini zon minyak mentah terbesar dunia

      March 3, 2026

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Faktor hormon dan genetik jadi punca lelaki hidap kanser payudara

    Faktor hormon dan genetik jadi punca lelaki hidap kanser payudara

    By Zubaidah IbrahimNovember 21, 20224 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    TANGGAPAN masyarakat mengenai kanser payudara yang hanya dihidapi oleh kaum wanita adalah sangat tidak tepat kerana lelaki juga berisiko, bahkan berpotensi menjadi lebih berbahaya.-GAMBAR HIASAN/FREEPIK

    TANGGAPAN masyarakat mengenai kanser payudara yang hanya dihidapi oleh kaum wanita adalah sangat tidak tepat kerana lelaki juga berisiko, bahkan berpotensi menjadi lebih berbahaya.

    Menurut Pakar Onkologi Klinikal di Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway, Dr. Nik Muhd. Aslan, kanser payudara berpotensi untuk tumbuh dan merebak ke mana-mana sahaja tisu payudara yang terdapat pada seseorang individu, tidak kira sama ada mereka lelaki atau perempuan.

    “Kanser payudara jarang berlaku kepada lelaki, lantas menyebabkan kes yang didiagnosis juga lebih terpencil.

    “Jenis kanser payudara yang paling lazim berlaku kepada lelaki adalah jenis sama yang terdapat pada wanita iaitu karsinoma duktus invasif, karsinoma lobular invasif dan karsinoma duktal in-situ (DCIS),” katanya.

    Jelas Dr. Nik kebanyakan tanda-tanda awal kanser payudara yang dialami oleh lelaki juga sama seperti yang didapati pada wanita.

    ARTIKEL BERKAITAN: Sering digigit nyamuk? ini sebabnya anda ‘magnet’ nyamuk – Relevan

    Misalnya, terdapat ketulan pada tisu payudara, permukaan payudara menjadi seperti kulit limau yang mengeras dan menegang, retraksi puting menyebabkan ia termasuk ke dalam dan terdapat lelehan cecair yang luar biasa keluar daripada puting.

    Faktor hormon

    Pertama, adalah penting untuk memahami bahawa majoriti kanser payudara akan merebak disebabkan tindak balas terhadap hormon estrogen atau progesteron.

    Ini kerana, sel-sel kanser payudara yang positif reseptor hormon (HR-positif) mempunyai reseptor di luar dindingnya yang boleh melekat pada hormon tertentu yang beredar melalui badan dan membolehkan pertumbuhan berlaku.

    Lelaki mempunyai kemungkinan lebih tinggi untuk mengembangkan sel kanser payudara yang positif HR jika dibandingkan dengan wanita.

    “Tisu payudara tumbuh dengan sendiri sebagai tindak balas kepada estrogen yang dominan terdapat pada wanita dan ia disekat oleh testosteron. Walaupun pada umumnya ia adalah hormon wanita, tetapi lelaki juga memilikinya dalam badan mereka, namun pada tahap yang lebih rendah.

    “Sel kanser payudara pada lelaki sangat sensitif terhadap ketidakseimbangan hormon. Disebabkan itu, sebarang faktor atau keadaan yang boleh menyebabkan lebihan estrogen dan kekurangan testosteron akan meningkatkan risiko mereka mendapat kanser payudara,” terang Dr Nik.

    Tambah beliau, keadaan seperti sindrom Klinefelter (keadaan genetik yang jarang berlaku yang mana lelaki mempunyai kromosom X tambahan dan menghasilkan tahap androgen yang lebih rendah), kecederaan pada buah zakar, penggunaan perencat androgen, sirosis hati (parut pada hati) dan juga obesiti boleh menjadi faktor yang mengakibatkan paras estrogen lelaki meningkat.

    Walau bagaimanapun, disebabkan majoriti kanser payudara pada lelaki adalah HR-positif, ini juga menjadikan mereka lebih cenderung untuk bertindak balas terhadap rawatan hormon.

    “Lelaki yang didapati menghidap kanser payudara HR-positif boleh memilih kaedah rawatan sama yang kami gunakan untuk merawat wanita dalam situasi yang serupa iaitu terapi hormon menggunakan rawatan seperti Tamoxifen.

    “Seperti kemoterapi, ia adalah satu bentuk terapi sistemik yang boleh digunakan untuk membantu mengurangkan risiko sel kanser daripada merebak atau merawat kanser yang kembali semula selepas rawatan,” kongsinya lagi.

    ARTIKEL BERKAITAN: Makanan tinggi potassium bantu kesihatan wanita, kata penyelidik – Relevan

    Faktor genetik

    Faktor utama lain yang menjadi penyebab terjadinya kanser payudara lelaki ialah, kira-kira satu daripada lima pesakit didapati mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit tersebut.

    Ini kerana lelaki juga boleh mewarisi mutasi dalam gen BRCA1 atau BRCA2 atau gen lain seperti CHEK2 dan PALB2 yang meningkatkan risiko mereka mendapat kanser payudara.

    “Walaupun kita tidak mempunyai pilihan untuk menentukan jenis gen yang kita warisi, namun melakukan pencegahan awal adalah lebih baik daripada mengubati.

    “lelaki yang mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kanser harus mempertimbangkan untuk mendapatkan nasihat doktor bagi menjalani ujian saringan genetik secepat mungkin, terutamanya mereka yang berumur lebih daripada 50 tahun.

    “Ujian ini dilakukan melalui persampelan darah yang mana kaunselor genetik boleh membimbing anda tentang perkara yang perlu diberi perhatian dan apa yang boleh dilakukan dengan keputusan yang diberikan,” ujarnya.

    Jika positif, kaunselor genetik juga boleh memberikan nasihat tentang rawatan masa hadapan untuk pesakit dan apa yang bersesuaian untuk dilakukan oleh keluarga serta anak-anak mereka, sekiranya ada.

    Segera jumpa doktor

    Dr. Nik menegaskan bahawa lelaki yang dikesan awal kanser payudara boleh sembuh lebih awal. “Berdasarkan pelbagai kajian yang saya lihat, lelaki yang didiagnosis dengan kanser payudara mempunyai kadar kelangsungan hidup lapan hingga sembilan peratus lebih rendah berbanding wanita, tetapi ini boleh disimpulkan bahawa lelaki yang menghidap kanser payudara sering didiagnosis lewat.

    “Lelaki kadangkala akan menunggu terlalu lama untuk mendapatkan diagnosis bagi simptom yang mungkin mereka alami atau tidak mengenali tanda amaran kanser payudara.

    “Ini menyebabkan mereka lewat untuk melakukan diagnosis setelah sel kanser bermetastasis kepada keadaan yang lebih berbahaya,” tuturnya lagi.

    Sehubungan itu, Dr Nik menasihatkan golongan lelaki supaya tidak takut untuk mendapatkan pandangan doktor jika mereka mengalami mana-mana gejala yang berkaitan dengan kanser payudara.

    “Kanser payudara boleh diubati dan ia boleh dirawat sekiranya dikesan awal. Pengaruh persepsi lelaki dan kesediaan mereka untuk diperiksa memainkan peranan penting dalam mendapatkan diagnosis awal.

    “Oleh itu, golongan lelaki harus diberi sokongan untuk mendapatkan bantuan apabila mereka memerlukannya,” katanya.- RELEVAN

    Previous Article1,633 kes jangkitan baharu Covid-19 dicatatkan semalam
    Next Article 14 kematian akibat Covid-19 dilaporkan semalam

    Artikel berkaitan

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026

    Gen Z dan budaya ‘flexing’: Perlukah nampak kaya untuk rasa bahagia?

    March 7, 2026
    Artikel Terkini

    Petanda badan ‘overdose’ garam

    March 11, 2026

    Cara ‘golongan terkecuali berpuasa’ nikmati 10 malam terakhir

    March 10, 2026

    Duit raya dan berapa yang wajar diberi

    March 10, 2026

    Balik kampung dan kos tersembunyi

    March 9, 2026

    Kenapa mulut berbau ketika berpuasa?

    March 9, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.