Facebook Twitter
    Trending
    • 10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi
    • Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka
    • Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?
    • Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini
    • 5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan
    • Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan
    • 10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa
    • Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Jangan ikut tabiat ini ketika berpuasa

      February 19, 2026

      7 tip supaya segar sepanjang Ramadan 

      February 19, 2026

      Pantang larang selepas cabut gigi

      February 16, 2026

      Elak makanan ini jika sedang haus

      February 13, 2026

      Kes tibi meningkat, kenali tanda awal sebelum jadi lebih serius

      February 13, 2026
    • Kewangan

      Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

      February 25, 2026

      5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

      February 23, 2026

      Berapa banyak simpanan diperlukan untuk bersara di Malaysia?

      February 11, 2026

      Bakal pengantin risau harga emas mencanak naik

      February 6, 2026

      Tabiat buruk yang buat kita tak kaya-kaya

      February 3, 2026
    • Pendidikan

      10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

      February 25, 2026

      Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

      February 23, 2026

      10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

      February 20, 2026

      Bacaan tarawih terlalu panjang? Ini hukumnya

      February 20, 2026

      Elak 7 kesilapan ini ketika sahur

      February 18, 2026
    • Kerjaya

      Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

      February 24, 2026

      10 kerjaya 2026: Gaji tinggi, beban kerja terkawal

      February 12, 2026

      7 orang terkenal memilih untuk tukar kerjaya

      February 12, 2026

      8 pekerjaan ini mungkin pupus lima tahun lagi

      February 5, 2026

      Rasa diri ketinggalan di belakang?

      February 3, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » 10 perkara utama tentang Bajet 2023

    10 perkara utama tentang Bajet 2023

    By KU SYAFIQ KU FOZIOctober 7, 2022Updated:October 7, 20225 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    SEORANG peniaga kedai runcit melihat sesi pembentangan Bajet 2023 di Jalan Chow Kit,Kuala Lumpur. - AFIQ RAZALI/UTUSAN

    KERAJAAN memperuntukkan RM372.3 bilion dalam Bajet 2023, peningkatan ketara berbanding RM332 bilion yang diperuntukkan dalam Bajet 2022 dan RM322 bilion dalam Belanjawan 2021.

    Daripada RM372.3 bilion tersebut, RM272.3 bilion akan digunakan untuk belanja mengurus, RM95 bilion untuk belanja pembangunan, RM5 bilion di bawah Kumpulan Wang Covid-19 dan RM2 bilion lagi disediakan sebagai simpanan luar jangka.

    Banyak pengumuman yang dibuat Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam pembentangan Bajet 2023 di Parlimen. Berikut Relevan senaraikan 10 perkara utama dalam pembentangan tersebut yang perlu diambil perhatian rakyat Malaysia.

    • Peruntukan subsidi Bajet 2022 meningkat 150 peratus

    Kerajaan pada asalnya memperuntukkan RM31 bilion untuk tanggungan, bantuan dan subsidi dalam Bajet 2022. Namun, disebabkan tekanan inflasi global dan peningkatan harga komoditi, kerajaan mengambil langkah responsif dengan mengawal harga barang serta menambah baik subsidi barangan pengguna.

    Sehubungan itu, peruntukan bagi tanggungan, bantuan dan subsidi telah melonjak daripada RM31 bilion kepada RM77.7 bilion. Ia merupakan peningkatan 150 peratus berbanding jumlah asal yang diperuntukkan.

    • Defisit 2022 terkawal, 2023 dijangka lebih baik

    Walaupun peruntukan subsidi meningkat pada 2022, kerajaan menguruskannya dengan memadankan perbelanjaan tambahan dengan hasil tambahan atau penjimatan perbelanjaan lain.

    Dengan itu, kerajaan berjaya mengawal dan mengurangkan paras defisit kepada 5.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2022, lebih rendah berbanding jangkaan 6.0 peratus.

    Untuk 2023, dengan jangkaan kutipan hasil RM272.6 bilion, defisit fiskal diunjur berkurang kepada 5.5 peratus daripada KDNK.

    • Perbelanjaan mengurus, pembangunan meningkat

    Kedua-dua perbelanjaan mengurus dan pembangunan dalam Bajet 2023 meningkat, baik dari segi peratusan mahupun nilai.

    Sebanyak RM272.3 bilion dibelanjakan untuk pembangunan tahun ini, bersamaan 73.1 peratus daripada keseluruhan belanjawan. Untuk pembangunan pula, sebanyak RM95 bilion dibelanjakan, bersamaan 25.5 peratus daripada keseluruhan belanjawan.

    Pengurangan peruntukan untuk Kumpulan Wang Covid-19 daripada RM22.9 bilion (6.9 peratus) pada 2022 kepada RM5 bilion (1.3 peratus) tahun ini memberikan lebih ruang untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan.

    ARTIKEL BERKAITAN: 10 inisiatif untuk kesihatan dalam Bajet 2023

    • Bayaran hutang, persaraan dan emolumen meningkat

    Walaupun dari segi peratusan, tiga kategori bayaran iaitu khidmat hutang, persaraan dan emolumen mencatatkan penurunan, secara nilai ketiga-tiganya meningkat dalam Bajet 2023. 

    Bayaran emolumen meningkat daripada RM86.3 bilion (26 peratus daripada Bajet 2022) kepada RM90.8 bilion (24.4 peratus daripada Bajet 2023). Bayaran khidmat hutang pula meningkat daripada RM43.2 bilion (13 peratus) kepada RM46.2 bilion (12.4 peratus).

    Untuk bayaran persaraan, kerajaan membelanjakan RM29 bilion (7.8 peratus) dalam Bajet 2023 berbanding RM28.2 bilion (8.5 peratus) dalam Bajet 2022.

    • Kementerian Kewangan penerima terbesar

    Berbanding Bajet 2022 yang menyaksikan Kementerian Pendidikan sebagai penerima terbesar belanjawan diikuti Kementerian Kesihatan, Bajet 2023 memperuntukkan paling banyak belanja kepada Kementerian Kewangan.

    Kementerian itu menerima peruntukan sebanyak RM72.2 bilion, diikuti RM55.6 bilion untuk Kementerian Pendidikan dan RM36.1 bilion untuk Kementerian Kesihatan.

    • Jumlah peruntukan, penerima BKM berkurang

    Sebanyak RM7.8 bilion peruntukan disediakan untuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang akan memberi manfaat kepada 8.7 juta penerima. Jumlah tersebut berkurang berbanding peruntukan RM8.2 bilion untuk 9.6 juta penerima dalam Bajet 2022.

    Kerajaan turut memperkenalkan kategori baharu iaitu isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dan menanggung lima orang anak atau lebih yang layak menerima wang tunai sebanyak RM2,500.

    ARTIKEL BERKAITAN: Orang miskin paling terkesan kenaikan harga makanan

    • Bantuan awal persekolahan untuk semua murid

    Bantuan Awal Persekolahan (BAP) yang sebelum ini diberikan kepada ibu bapa  berpendapatan RM3,000 ke bawah diluaskan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.

    Kadar bantuan tersebut turut dinaikkan kepada RM150 berbanding RM100 sebelum ini.

    •  Pengurangan cukai pendapatan

    Kadar cukai pendapatan untuk individu pemastautin dikurangkan sebanyak dua mata peratusan bagi banjaran pendapatan bercukai antara lebih RM50,000 hingga RM100,000.

    Untuk banjaran pendapatan bercukai lebih RM50,000 hingga RM70,000, kadarnya diturunkan daripada 13 peratus kepada 11 peratus manakala kadar untuk banjaran pendapatan bercukai lebih RM70,000 hingga RM100,000 pula diturunkan daripada 21 peratus kepada 19 peratus.

    Pada masa sama, banjaran pendapatan bercukai lebih RM250,000 hingga RM400,000 akan digabungkan dengan banjaran lebih RM400,000 hingga RM600,000 dan dikenakan kadar cukai 25 peratus.

    • Penjawat awam terima RM700, pesara RM600

    Seramai 1.3 juta penjawat awam gred 56 ke bawah akan menerima Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM700 pada tahun hadapan. Bantuan tersebut meliputi Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 yang dinaikkan kepada RM600 dan Kenaikan Gaji Tambahan Khas 2023 sebanyak RM100.

    Bantuan sama turut diberikan kepada sejuta pesara kerajaan dengan nilai sebanyak RM350 yang melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM1.3 bilion.

    ARTIKEL BERKAITAN: Komitmen kerajaan mendepani cabaran masyarakat menua

    • Responsif, Bertanggungjawab, Reformis

    Akhir sekali, Bajet 2023 dipandu oleh tiga nilai, iaitu responsif, bertanggungjawab dan reformis. Menurut Tengku Zafrul, tiga nilai tersebut akan digerakkan secara berikut:

    Bajet 2023 akan segera responsif kepada sebarang cabaran dan melalui bantuan yang komprehensif kepada Keluarga Malaysia, bukan sekadar kumpulan B40 tetapi juga M40, wanita, belia, OKU dan semua segmen masyarakat.

    Bajet 2023 juga bertanggungjawab untuk mengimbangi dasar fiskal yang mengembang dengan melaksanakan pembaharuan fiskal ke arah kemampanan kewangan kerajaan dalam jangka panjang. Bajet tersebut bertanggungjawab membina daya tahan negara bagi mendepani sebarang krisis yang mendatang.

    Bajet 2023 juga merupakan reformis yang mengambil peluang mengubah landskap pembangunan negara agar lebih inklusif dan mampan di samping menyokong industri negara yang kukuh melalui pelaburan strategik. – RELEVAN

    Previous Article10 inisiatif untuk kesihatan dalam Bajet 2023
    Next Article 980 kes Covid-19 dirawat di hospital

    Artikel berkaitan

    Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka

    February 25, 2026

    Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

    February 25, 2026

    Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

    February 24, 2026

    5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

    February 23, 2026

    Kejar waktu mustajab berdoa ini di bulan Ramadan

    February 23, 2026

    10 perkara yang jatuh hukum makruh sepanjang berpuasa

    February 20, 2026
    Artikel Terkini

    10 negara termiskin tapi kaya hasil bumi

    February 25, 2026

    Cara terbaik pujuk anak kenal minat mereka

    February 25, 2026

    Berapa banyak simpanan perlu ada sebelum umur 30?

    February 25, 2026

    Atasi rasa letih, stres kerja ketika berpuasa dengan cara ini

    February 24, 2026

    5 pengajaran kewangan yang boleh dipelajari daripada Ramadan

    February 23, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.