Facebook Twitter
    Trending
    • Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan
    • Jangan cas telefon sebelah bantal!
    • Naik turun tangga buat badan jadi langsing?
    • 10 individu paling kaya di dunia
    • Rambutku gugur…
    • 5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal
    • Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan
    • Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi
    Facebook Twitter TikTok Instagram RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

      February 2, 2026

      Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

      January 30, 2026

      Rambutku gugur…

      January 29, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Padah lambat makan

      January 27, 2026
    • Kewangan

      10 individu paling kaya di dunia

      January 30, 2026

      5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

      January 29, 2026

      5 persediaan sebelum beli rumah sendiri

      January 22, 2026

      Gaji besar tapi simpanan sikit

      January 14, 2026

      Cara menabung paling ‘bare minimum’

      January 13, 2026
    • Pendidikan

      Jangan cas telefon sebelah bantal!

      February 2, 2026

      Buli: Di sebalik gurauan yang menyakitkan

      January 29, 2026

      Jadilah pengawas sekolah yang dihormati dan disenangi

      January 28, 2026

      Jangan panaskan semula makanan ini dalam microwave

      January 28, 2026

      Apa yang perlu anda tahu sebelum memohon melalui UPU

      January 22, 2026
    • Kerjaya

      Apa yang perlu anda tahu tentang KWSP dan Perkeso

      January 28, 2026

      8 pendapatan sampingan paling realistik di Malaysia tahun 2026

      January 26, 2026

      Tabiat yang tidak disangka bernilai di tempat kerja

      January 23, 2026

      Harga diam dan mengalah di tempat kerja 

      January 21, 2026

      Bila buat baik di tempat kerja mula makan diri

      January 20, 2026
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Bajet 2023: Fokus penciptaan pekerjaan berkualiti, bawa balik bijak pandai dari luar negara

    Bajet 2023: Fokus penciptaan pekerjaan berkualiti, bawa balik bijak pandai dari luar negara

    By Umi FatehahOctober 4, 20225 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    Bajet 2023: Fokus penciptaan pekerjaan berkualiti, bawa balik bijak pandai dari luar negara.- Gambar Hiasan Online Marketing/Unsplash

    MENJELANG pembentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober ini, Relevan mengimbas kembali apa yang telah dibentangkan dalam Bajet 2022 bagi sektor pekerjaan.

    Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, pandemik Covid-19 telah memberi kesan yang signifikan kepada pekerjaan dan mata pencarian rakyat.

    Menurut beliau, kadar pengangguran telah meningkat sehingga 5.3 peratus pada Mei 2020. Ia menurun dengan sederhana pada Ogos 2021 iaitu dengan kadar 4.6 peratus. Kira-kira hampir 750,000 rakyat yang menganggur perlu dibantu pada waktu itu.

    Melihat kepada data yang terkini, kadar pengangguran menunjukkan penurunan yang berturut-turut selama 12 bulan iaitu kepada 3.7 peratus pada Julai 2022 berbanding nilai tertinggi 5.3 peratus pada Mei 2020.

    Beberapa inisiatif telah dibentangkan dalam Bajet 2022 untuk membendung masalah pengangguran dalam negara. Penubuhan program JaminKerja, Malaysia Short-term Employment Programme (MySTEP) dikatakan menjanjikan 600,000 peluang pekerjaan. 

    Kerajaan juga menyediakan insentif sebanyak 30 peratus daripada gaji bulanan bagi tempoh enam bulan pertama dan 40 peratus bagi enam bulan berikutnya tertakluk kepada pekerjaan bergaji RM1,200 ke atas. 

    Ia merupakan usaha kerajaan untuk memberi galakan kepada majikan untuk mengambil pekerja kepada kumpulan tumpuan seperti Orang Kurang Upaya (OKU), orang asli dan bekas banduan.

    Untuk menggalakkan wanita kembali bekerja, insentif tersebut turut dipanjangkan kepada majikan yang menggaji golongan wanita tidak bekerja melebihi 365 hari. 

    Keberkesanan Bajet 2022

    Berdasarkan pembentangan belanjawan tahun lepas, konsultan kerjaya di Career Cube, Nik Akmal Nik Osman berpendapat, inisiatif seperti MySTEP dan insentif JaminKerja hanya menyelesaikan masalah dalam jangka pendek sahaja. 

    Menurut beliau, usaha yang dicadangkan hanya mencantikkan data semata-mata. Ia menurunkan angka pengangguran tetapi realitinya, pekerja-pekerja dalam program tersebut hanya menunggu masa untuk ditamatkan kontrak.

    “Kebanyakan rakyat yang bekerja di bawah JaminKerja dan MySTEP ini hanya menunggu masa tamat kontrak. Justeru ia tidak menyelesaikan masalah secara jangka masa yang panjang. Ini ialah realiti sebenar bagi pekerja yang menyertai program tersebut.

    “Keberkesanan belanjawan yang dibentangkan pada tahun-tahun sebelumnya perlu dikaji. Jika menjanjikan 600,000 pekerjaan, adakah sudah dicapai?” soalnya.

    Nik Akmal yang juga bekerja dalam industri MySTEP berpendapat, kualiti latihan dibekalkan kepada pelatih MySTEP juga masih lemah. Latihan diberikan hanya sekadar cukup syarat dan latihan yang disampaikan juga bukan daripada pakar bidang tertentu.

    Pendapatnya, kekosongan jawatan bagi sektor pekerjaan tahap rendah tidak dipenuhi oleh rakyat yang menganggur, sebaliknya kerajaan mengimport pekerja warga asing seperti dari Sri Lanka untuk memenuhi sektor pekerjaan itu.

    Menurut beliau lagi, kerajaan hanya memberikan perhatian kepada pengangguran. Sedangkan jumlah guna tenaga tidak penuh (underemployment) ialah dua hingga tiga kali ganda lebih besar dari pengangguran.

    Berdasarkan perkongsian Nik Akmal, merujuk kepada Putra Business School, kira-kira 1.9 juta rakyat dibawah kategori underemployed (orang bekerja di bawah kelayakan).

    Apa yang perlu ditambah baik berdasarkan belanjawan yang lepas?

    Menurut Nik Akmal, Kementerian Sumber Manusia (KSM), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan MyFuture Job ketika ini, menubuhkan pusat sendiri dan menjalankan kajian berasingan berkaitan pengangguran.

    “Masing-masing melakukan kajian sedangkan ia boleh dijalankan bersama-sama. Bukan sahaja ia akan memberi impak yang lebih besar, malah dari segi kos juga akan lebih efisien.

    “Saya harap agar pembentangan kali ini dapat menyelaraskan Majlis Pekerjaan Negara yang betul-betul efektif supaya kementerian tidak membuat kerja yang sama,” katanya.

    Oleh kerana Nik Akmal telah berkongsi kekurangan yang didapati daripada belanjawan yang lepas, beliau berharap agar kali ini penglibatan dan pendapat industri akan dipertimbangkan. 

    Hal ini kerana kerajaan mempunyai matlamat yang sama setiap tahun iaitu untuk mengurangkan kadar pengangguran, manakala pihak industri pula memerlukan lebih banyak pekerja mengikut sektor dan tahap pekerjaan yang tertentu.

    Bukan itu sahaja, negara kita dikatakan kekurangan pakar, terutamanya dalam sektor kesihatan. 

    Menurut Nik Akmal, kerajaan seharusnya mengambil inisiatif untuk mengekang golongan bijak pandai dalam negara daripada berkhidmat di luar negara dan membawa pulang bijak pandai yang merantau di negara orang.

    “Seharusnya pendapat dan penglibatan industri bukan sekadar penyedap dada akhbar atau berita sahaja, sedangkan realitinya pendapat industri tidak diambil serius.

    “Pertemuan, perbincangan dengan industri bukan perkara baharu dalam dunia akademik, ia sudah berlaku sejak 20 tahun lepas tetapi isu itu tetap berlaku sehingga hari ini,” katanya.

    Beliau mempunyai harapan yang tinggi agar kerajaan mempunyai perancangan yang teliti untuk penyelesaian isu pekerjaan dalam jangka masa panjang. 

    Hal ini untuk mengelakkan daripada rakyat berhijrah ke negara luar untuk mencari pendapatan yang stabil kerana peluang pekerjaan dan gaji yang ditawarkan adalah lebih cerah berbanding dalam negara sendiri. 

    “Usaha ini boleh dilakukan dengan membawa masuk pelabur yang menyediakan peluang pekerjaan bagi kemahiran sederhana dan tinggi. 

    “Selain itu, silibus di universiti awam juga perlu dikemas kini dan distruktur semula agar ia lebih tepat dengan permintaan industri dan lebih terkini,” tambahnya.

    Berdasarkan pengalaman Nik Akmal, perbelanjaan di bawah insentif JaminKerja kebanyakannya tertumpu kepada penganjuran karnival kerjaya. Hakikatnya, karnival tersebut bukan platform terbaik untuk pencari kerja atau untuk syarikat ambil pekerja.

    Beliau sebagai konsultan kerjaya dapat melihat bahawa rata-rata medium yang digunakan majikan untuk ambil pekerja ialah secara dalam talian dan rujukan, bukan karnival kerjaya. Fokus dan dana yang besar sepatutnya disalurkan kepada platform lain yang lebih tepat. – RELEVAN

    Previous ArticleApa yang perlu diperhatikan dalam pembentangan Bajet 2023?
    Next Article Purata gaji dan upah rakyat Malaysia RM3,037 sebulan pada 2021, meningkat 3.5%

    Artikel berkaitan

    Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

    February 2, 2026

    Jangan cas telefon sebelah bantal!

    February 2, 2026

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026

    5 tabiat yang boleh bantu anda bersara awal

    January 29, 2026
    Artikel Terkini

    Kesan negatif ‘aluminium foil’ pada makanan

    February 2, 2026

    Jangan cas telefon sebelah bantal!

    February 2, 2026

    Naik turun tangga buat badan jadi langsing?

    January 30, 2026

    10 individu paling kaya di dunia

    January 30, 2026

    Rambutku gugur…

    January 29, 2026
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2026 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.