Facebook Twitter
    Trending
    • Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025
    • Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah
    • Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu
    • 6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat
    • Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan
    • Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 
    • 99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024
    • Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      Garam hanya penambah rasa, bukan ubat kurus

      June 23, 2025

      Lelaki pun perlu jaga kulit, ini yang patut anda lakukan

      June 11, 2025

      Jom detoks selepas puas makan juadah Hari Raya Aidiladha

      June 9, 2025

      Kurangkan air manis, banyakkan air kosong

      June 5, 2025

      Diet terlalu sihat juga boleh memudaratkan, ini penjelasannya

      May 6, 2025
    • Kewangan

      Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

      July 1, 2025

      Mampukah generasi kita beli rumah?

      June 19, 2025

      Gaji besar bukan lesen berbelanja sesuka hati

      June 17, 2025

      Panduan ringkas wasiat untuk orang bukan Islam

      May 23, 2025

      Bolehkah wasiat dicabar?

      May 22, 2025
    • Pendidikan

      6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

      June 26, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Menunggu keputusan UPU? Gunakan masa ini dengan 5 perkara bermanfaat 

      June 24, 2025

      99.97 peratus calon layak terima sijil STPM 2024

      June 24, 2025

      Gagal sekali tidak bermakna gagal selamanya

      June 18, 2025
    • Kerjaya

      Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

      June 30, 2025

      Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

      June 27, 2025

      Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

      June 25, 2025

      Buli di pejabat: Tak tengking tapi licik menjatuhkan

      June 13, 2025

      Sam Altman: Penggerak revolusi AI

      June 11, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Purata gaji dan upah rakyat Malaysia RM3,037 sebulan pada 2021, meningkat 3.5%

    Purata gaji dan upah rakyat Malaysia RM3,037 sebulan pada 2021, meningkat 3.5%

    By October 4, 20223 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email
    BILANGAN penerima gaji dan upah bulanan di Malaysia pada 2021 adalah sebanyak 9.7 juta orang. - GAMBAR HIASAN/AFP

    MALAYSIA mencatatkan peningkatan purata gaji dan upah sebanyak 3.5 peratus kepada RM3,037 sebulan pada 2021, berbanding RM2,933 sebulan pada 2020.

    Penengah gaji dan upah bulanan pula meningkat lebih tinggi sebanyak 9.1 peratus kepada RM2,250 sebulan berbanding RM2,062 pada 2020.

    Walaupun meningkat, jumlah tersebut belum dapat mengatasi paras sebelum pandemik pada 2019, iaitu pada purata RM3,224 sebulan dan penengah RM2,442 sebulan.

    Menurut Statistik Gaji dan Upah 2021 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan, bilangan penerima gaji dan upah bulanan di Malaysia pada 2021 adalah sebanyak 9.7 juta orang.

    Kumpulan umur

    Purata serta penengah gaji dan upah bulanan pekerja Malaysia meningkat untuk semua kumpulan umur, kecuali penengah gaji dan upah bulanan untuk kumpulan umur 25 hingga 34 tahun. 

    Ia menurun daripada RM2,052 sebulan pada 2020 kepada RM2,001 sebulan pada 2021. Purata untuk kumpulan umur tersebut pula meningkat daripada RM2,538 sebulan kepada RM2,664 sebulan.

    Purata serta penengah gaji dan upah bulanan bagi kumpulan umur 15 hingga 24 tahun masing-masing meningkat daripada RM1,547 kepada RM1,659 dan RM1,253 kepada RM1,468.

    Peningkatan purata gaji dan upah bulanan tertinggi dicatatkan kumpulan umur 55 hingga 64 tahun, iaitu peningkatan 2.8 peratus daripada RM3,511 pada 2020 kepada RM3,608 pada 2021.

    Kumpulan umur tersebut turut mencatatkan peningkatan penengah tertinggi sebanyak 21.8 peratus, daripada RM2,268 pada 2020 kepada RM2,760 pada 2021.

    Jantina

    Purata serta penengah gaji dan upah bulanan lelaki adalah lebih tinggi berbanding perempuan.

    Pada 2021, purata gaji dan upah bulanan pekerja lelaki adalah sebanyak RM3,085, lebih tinggi berbanding RM2,968 untuk perempuan.

    Dari segi penengah gaji dan upah bulanan pula, lelaki turut mencatatkan nilai yang lebih tinggi, iaitu sebanyak RM2,315 berbanding RM2,145 untuk perempuan.

    Tahap kemahiran dan pencapaian pendidikan

    Gaji dan upah bulanan pekerja mahir mencatatkan peningkatan purata yang lebih tinggi berbanding tahap kemahiran lain.

    Gaji dan upah bulanan pekerja kategori tersebut meningkat daripada RM4,619 pada 2020 kepada RM4,848 pada 2021.

    Pekerja separuh mahir pula mencatatkan purata gaji dan upah bulanan sebanyak RM2,064 pada 2021 dan pekerja berkemahiran rendah mencatatkan purata RM1,749 pada tahun sama.

    Bagi pencapaian pendidikan pula, purata gaji dan upah bulanan untuk pekerja dengan pendidikan tertiari adalah sebanyak RM4,239, pendidikan menengah RM2,169, pendidikan rendah RM1,584 dan pekerja yang tiada pendidikan rasmi mencatatkan purata RM1,454.

    Kawasan dan sektor pekerjaan

    Purata upah dan gaji bulanan pekerja di bandar mengatasi pekerja luar bandar. Pekerja di bandar mempunyai purata gaji dan upah bulanan sebanyak RM3,188 manakala pekerja di luar bandar sebanyak RM2,166.

    Sektor perlombongan dan pengkuarian pula merekodkan purata (RM5,040) serta penengah (RM3,921) gaji dan upah bulanan tertinggi diikuti sektor perkhidmatan (RM3,254/RM2,550), pembuatan (RM2,606/RM1,976), pembinaan (RM2,347/RM1,781) dan pertanian (RM1,776/RM1,490).

    Negeri

    Wilayah Persekutuan Putrajaya mencatatkan purata (RM4,504) dan penengah (RM3,837) tertinggi dalam kalangan negeri-negeri di Malaysia, diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (RM4,013/RM3,054), Selangor (RM3,543/RM2,884), Wilayah Persekutuan Labuan (RM3,268/RM2,611) dan Pulau Pinang (RM3,080/RM2,353).

    Selain lima negeri di atas, Negeri Sembilan merupakan satu lagi negeri yang mempunyai purata serta penengah gaji dan upah bulanan yang melebihi paras nasional, iaitu pada purata RM3,045 dan penengah RM2,297. – RELEVAN

    DOSM featured kerjaya
    Artikel Terkini

    Senarai barang, perkhidmatan dikenakan dan dikecualikan Cukai SST 2025

    July 1, 2025

    Mahu gaji lumayan tapi tidak mahu kerja susah

    June 30, 2025

    Mahu bekerja dalam bidang AI? Ini 6 kerjaya yang perlu anda tahu

    June 27, 2025

    6 amalan menyambut Awal Muharam dengan berkat

    June 26, 2025

    Steve Irwin: Penjelajah, pendidik, pencinta haiwan

    June 25, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.