SEBANYAK 2,025 kes jangkitan Covid-19 dicatatkan semalam berbanding 1,894 kes kelmarin.
Menurut data laman web CovidNow, pertambahan kes baharu itu menjadikan kumulatif kes Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 4,590,583 kes.
Sementara itu, 2,367 kes sembuh dilaporkan semalam, menjadikan jumlah terkumpul kesembuhan adalah 4,497,078 kes.
Semalam turut mencatatkan empat kematian dan satu daripadanya merupakan kematian sebelum tiba di hospital (BID).
Sekali gus, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 setakat semalam adalah sebanyak 35,758 kematian dan jumlah terkumpul BID adalah 7,585 kes.
Jumlah kes aktif Covid-19 di Malaysia pada ketika ini adalah sebanyak 27,747 dengan 26,541 atau 95.7 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah dan 14 kes atau 0.1 peratus di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sebanyak 1,155 kes atau 4.2 peratus pesakit dirawat di hospital, 18 kes atau 0.1 peratus berada di unit rawatan rapi (ICU) tanpa alat bantuan pernafasan dan 19 kes atau 0.1 peratus lagi di ICU dengan alat bantuan pernafasan.– RELEVAN