Facebook Twitter
    Trending
    • Masa terbaik ganti puasa
    • AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini
    • 5 hobi menyeronokkan dan berfaedah
    • Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu
    • Bina tabiat ini sebelum mula bekerja
    • 4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres
    • Sumayyah binti Khayyat, wanita pertama syahid dalam Islam
    • Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini
    Facebook Twitter TikTok RSS
    RelevanRelevan
    • Halaman Utama
    • Kesihatan

      4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres

      November 5, 2025

      Bahaya tidur selepas makan

      November 4, 2025

      Bahana bangun tidur lambat

      October 31, 2025

      5 sarapan mudah yang akan buat seseorang tersenyum

      October 29, 2025

      Makan sedikit tetapi kenyang lama? Ini rahsianya

      October 29, 2025
    • Kewangan

      Jangan lepaskan peluang dengan bantuan kerajaan ini

      November 5, 2025

      Gaji pertama hilang sekelip mata

      October 30, 2025

      Menabung latih disiplin fikir, sabar sebelum berbelanja

      October 29, 2025

      5 tabiat urus kewangan pada usia muda

      October 28, 2025

      Jangan ‘lepak’ sampai ‘pokai’

      October 28, 2025
    • Pendidikan

      Masa terbaik ganti puasa

      November 7, 2025

      AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini

      November 6, 2025

      5 hobi menyeronokkan dan berfaedah

      November 6, 2025

      Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu

      November 6, 2025

      Sumayyah binti Khayyat, wanita pertama syahid dalam Islam

      November 5, 2025
    • Kerjaya

      Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

      November 5, 2025

      Petanda anda berada di tempat kerja ‘green flag’

      October 31, 2025

      Apabila berpura-pura di tempat kerja adalah satu ‘seni’ 

      October 30, 2025

      Belanjawan 2026: RUU pekerja gig

      October 16, 2025

      Baru mula bekerja? Elak buat 5 kesilapan ini

      October 14, 2025
    • Hubungi Kami
    RelevanRelevan
    Home » Memahami jaminan bekalan makanan dan kedaulatan makanan

    Memahami jaminan bekalan makanan dan kedaulatan makanan

    By May 18, 20226 Mins Read
    WhatsApp Facebook Twitter Telegram LinkedIn Email

    KRISIS makanan yang melanda dunia ketika ini menimbulkan kerisauan banyak pihak.  Bukan sahaja pandemik, krisis makanan dunia diburukkan lagi dengan peperangan melibatkan Rusia dan Ukraine. 

    Keengganan India untuk mengeksport gandum baru-baru ini membuatkan rakyat negara ini bimbang harga produk berasaskan gandum bakal melonjak tinggi. Walaupun telah diberi jaminan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bahawa bekalan tepung gandum negara tidak terkesan, ia belum dapat meredakan kebimbangan rakyat.

    Situasi semasa bekalan makanan dunia sememangnya patut dirisaukan. Menurut Bank Dunia, sehingga 5 Mei lalu, Indeks Harga Pertanian dunia meningkat 41 peratus berbanding Januari 2021. Harga jagung dan gandum juga meningkat masing-masing 54 peratus dan 60 peratus dalam tempoh sama sementara harga beras jatuh kira-kira 14 peratus.

    “Peperangan di Ukraine telah mengubah corak perdagangan, pengeluaran dan penggunaan global dalam cara yang akan mengekalkan harga pada tahap tinggi sehingga penghujung 2024 lantas memburukkan lagi jaminan bekalan makanan dan inflasi,” katanya dalam Unjuran Pasaran Komoditi April 2022.

    Rangkaian Global Menentang Krisis Makanan (GNAFC) dalam Laporan Global tentang Krisis Makanan (GRFC) 2022 pula mendapati, hampir 193 juta manusia tidak mempunyai jaminan bekalan makanan dan memerlukan bantuan segera iaitu meliputi 53 buah negara dan wilayah.

    Jaminan bekalan makanan

    “Jaminan bekalan makanan wujud apabila semua manusia pada setiap masa mempunyai akses fizikal dan ekonomi untuk makanan yang mencukupi, selamat dan berkhasiat yang memenuhi keperluan pemakanan serta keutamaan makanan untuk hidup yang aktif dan sihat.”

    Ini merupakan definisi jaminan bekalan makanan (food security) yang dikemukakan dalam Sidang Kemuncak Makanan Dunia 1996. Menurut Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), definisi tersebut boleh dipecahkan kepada empat dimensi iaitu kebolehsediaan fizikal makanan, akses ekonomi dan fizikal terhadap makanan, penggunaan makanan dan kestabilan ketiga-tiga dimensi tersebut sepanjang masa.

    Untuk mengukur tahap jaminan bekalan makanan negara-negara dunia, unit pemikir majalah The Economist membangunkan Indeks Jaminan Bekalan Makanan Sedunia (GFSI) dengan 28 indikator berteraskan isu kemampuan (affordability), kebolehsediaan (availability), mutu dan keselamatan (quality and safety), selain penambahan terbaharu tahun lalu, isu sumber alam serta daya tahan (natural resources and resilience).

    Pada 2021, Malaysia menduduki tangga ke-39 daripada 113 negara dalam GFSI. Dalam kalangan negara-negara Asia Tenggara, Malaysia merupakan kedua terbaik di belakang Singapura di tangga ke-15. Negara jiran Malaysia yang lain mencatatkan mata yang lebih rendah seperti Thailand di tangga ke-51 dan Indonesia di tempat ke-69.

    Bagaimanapun, daripada 113 negara yang ada, Malaysia mencatatkan peningkatan terbanyak dari 2020 ke 2021 iaitu sebanyak 5.1 mata. 

    Walau bagaimanapun, GFSI tidak dapat memberikan gambaran menyeluruh tentang keupayaan sesebuah negara menjamin bekalan makanan buat rakyat.  Kira-kira tiga tahun lalu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Badan Bertindak Selamatkan Industri Padi dan Beras (Padi Rescue) mempertikai kayu ukur yang digunakan dalam GFSI yang tidak mengutamakan penghasilan makanan ruji secara domestik.

    Menurutnya, isu-isu melibatkan hak petani dan penghasilan makanan ruji secara domestik tidak digarap dalam GFSI sebaliknya indeks tersebut menggalakkan import serta pemerolehan produk makanan secara pasaran bebas.

    “(Dari aspek kemampuan), ia tidak berdasarkan pendapatan isi rumah, tetapi berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kita. Ia melihat KDNK sebagai mekanisme untuk mengukur kekayaan negara. Banyak pihak telah mengkritik hal ini kerana KDNK tidak menggambarkan kesejahteraan masyarakat,” katanya.

    Selain itu, penilaian GFSI terhadap kawalan tarif pertanian juga menunjukkan indeks tersebut lebih menggalakkan import makanan kerana negara dengan kawalan tarif yang lebih rendah akan mendapat markah lebih tinggi.

    Hal sama turut dilihat dalam aspek kebolehsediaan apabila indeks tersebut tidak membezakan antara makanan pengeluaran tempatan dengan makanan yang diimport.

    Utamakan pengeluaran tempatan

    Alternatif kepada GFSI ialah Tahap Sara Diri (SSL). SSL mengukur kemampuan sesebuah negara menghasilkan makanan untuk penggunaan rakyatnya sendiri. Berbanding GFSI, SSL lebih mampan dan kalis krisis. 

    Galakan kepada import mungkin dilihat relevan dan lebih murah pada waktu aman. Namun, dalam krisis, negara berpotensi berbelanja wang yang lebih besar atau putus terus bekalan makanan jika negara pengeksport enggan meneruskan eksport, seperti yang India lakukan baru-baru ini.

    Paling mustahak ialah SSL untuk makanan ruji iaitu beras. Ia merupakan indikator utama jaminan bekalan makanan sesebuah negara. Tanpa pengeluaran makanan ruji yang mencukupi secara domestik, negara berisiko berhadapan krisis makanan yang serius.

    Malangnya, kerajaan masih belum berniat untuk menghasilkan bekalan beras yang mencukupi untuk rakyat secara domestik. Dalam Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2.0, kerajaan meletakkan sasaran SSL untuk beras sebanyak 75 peratus pada 2025 dan 80 peratus menjelang 2030. Peningkatan hanya 17 peratus berbanding 63 peratus pada 2019.

    Kedaulatan makanan

    Konsep kedaulatan makanan mungkin kurang diketahui umum namun, ia merupakan elemen penting dalam perbincangan berkenaan jaminan bekalan makanan. Kedaulatan makanan didefinisikan sebagai hak masyarakat terhadap makanan yang sihat dan sesuai dengan budayanya yang dihasilkan melalui kaedah tertib ekologi dan mampan serta hak mereka untuk mendefinisikan makanan dan sistem pertanian mereka sendiri.

    Konsep ini mula dikemukakan oleh gerakan marhaen global yang menggelarkan diri mereka sebagai La Via Campesina dalam Sidang Kemuncak Makanan Dunia 1996. Ia kemudiannya diperkembang melalui Deklarasi Nyeleni pada 2007.

    Menurut Deklarasi Nyeleni, kedaulatan makanan bergerak melangkaui jaminan bekalan makanan yang hanya menumpukan cara untuk menjamin makanan yang cukup melalui bantuan makanan, perdagangan, peningkatan pengeluaran dan mekanisme pasaran di peringkat kebangsaan serta antarabangsa.

    Kedaulatan makanan mengiktiraf makanan sebagai hak asasi semua manusia dan meletakkannya sebagai garis mula serta panduan untuk mencapai keadilan ekonomi, sosial dan politik. 

    “Semua manusia yang mahu bebas dan merdeka perlu menghasilkan makanan mereka sendiri. Kedaulatan makanan adalah lebih dari sekadar hak. Untuk melaksanakan polisi yang membenarkan autonomi dalam penghasilan makanan, perlu ada keadaan politik yang melaksanakan autonomi dalam semua ruang baik negara, wilayah, bandar mahupun komuniti luar bandar.

    “Kedaulatan makanan hanya boleh berlaku jika ia wujud bersama kedaulatan politik masyarakat,” kata wakil Nyeleni dalam deklarasi tersebut.

    Kedaulatan makanan memberikan hak kepada petani untuk menghasilkan makanan sendiri dan membuat pilihan terhadap sistem penghasilan mereka. Deklarasi Nyeleni menggariskan enam prinsip kedaulatan makanan iaitu penumpuan terhadap makanan untuk masyarakat; menghargai penghasil makanan; sistem makanan secara tempatan; meletakkan kawalan secara tempatan; membina pengetahuan dan kemahiran serta bekerja dengan alam.

    Perikatan untuk Kedaulatan Makanan di Afrika (AFSAfrica) berkata, kedaulatan makanan mengiktiraf bahawa kawalan terhadap sistem makanan perlu kekal di tangan petani dan mengiktiraf sumbangan orang asal, penggembala, penghuni hutan, pekerja dan nelayan terhadap sistem makanan.

    “Sejak idea pengeluaran makanan sebagai produk industri untuk memaksimumkan keuntungan diperkenal, syarikat-syarikat telah berlumba-lumba untuk mengawal lebih banyak aspek dalam sistem makanan termasuk tanah, air, benih dan pasaran. Pertanian industri dipandu usaha memaksimumkan apa yang dapat diekstrak dari tanah. Tanah semakin kering dan menagih baja kimia, menghancurkan kepelbagaian bio serta daya tahannya.

    “Idea kedaulatan makanan tidak dibangunkan ahli ekonomi, politik, akademik atau korporat. Konsepnya berevolusi dalam pengalaman dan analisis masyarakat yang menghasilkan bekalan makanan (pengeluar makanan berskala kecil sendiri).

    “Maka, ia tidak diasaskan daripada teori abstrak tentang keuntungan, pertumbuhan dan KDNK. Kedaulatan makanan mengakar dalam realiti kompleks pengeluaran, pembelian, penjualan dan pengambilan makanan. Ia bukan idea baharu, tetapi ia mengiktiraf semua dimensi sistem makanan yang sihat, beretika dan adil,” katanya. – RELEVAN

    featured jaminan bekalan makanan kedaulatan makanan krisis makanan pendidikan

    Artikel berkaitan

    Masa terbaik ganti puasa

    November 7, 2025

    AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini

    November 6, 2025

    5 hobi menyeronokkan dan berfaedah

    November 6, 2025

    Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu

    November 6, 2025

    Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

    November 5, 2025

    4 tanda anda makan bukan kerana lapar tapi stres

    November 5, 2025
    Artikel Terkini

    Masa terbaik ganti puasa

    November 7, 2025

    AI dan keselamatan siber ancaman kepada dunia digital hari ini

    November 6, 2025

    5 hobi menyeronokkan dan berfaedah

    November 6, 2025

    Kurikulum Persekolahan 2027 perkenal subjek baharu

    November 6, 2025

    Bina tabiat ini sebelum mula bekerja

    November 5, 2025
    Ikuti Kami di Media Sosial
    • Facebook
    • Twitter

    Langgan Informasi

    Langgan untuk mendapatkan informasi terkini dari kami.

    Facebook Twitter
    • Halaman Utama
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Pendidikan
    • Kerjaya
    • Hubungi Kami
    Copyright © 2025 Media Mulia Sdn Bhd 201801030285 (1292311-H). All Rights Reserved

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.